≡ Menu

10 Penjara Terdahsyat Di Dunia Part 2

Sebelum ini, admin ada memaparkan 5 penjara yang terkejam di dunia. Kali ini, admin Dunia Maklumat.com tampil kembali dengan membawakan kepada anda semua 5 penjara yang terkejam di dunia.

Penjara mungkin adalah antara tempat terakhir bagi banduan yang bakal menjalani hukuman mati atau banduan sepanjang hayat. Di Malaysia, banduan sepanjang hayat mempunyai peluang memohon keampunan dari Sultan sebanyak 3 kali. Jika permohonan pengampunan itu ditolak, maka mereka akan menghabiskan hayat mereka di penjara. Manakala di negara lain, banduan sepanjang hayat boleh memohon pelepasan Parol atau pelepasan awal. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada jenis jenayah yang dilakukan. Berikut adalah 5 penjara yang terkejam di dunia.

 

5) Penjara Candiru, Brazil

Penjara Candiru

 

Penjara Candiru terletak di Brazil ini menjadi terkenal selepas peristiwa rusuhan yang mengakibatkan 103 banduan mati ditembak oleh pihak polis dan warden penjara. Peristiwan rusuhan yang berlaku pada tahun 1992 itu dikatakan berpunca daripada pergaduhan antara kumpulan. Pihak warden penjara cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut tetapi gagal. Akhirnya pihak pentadbiran penjara terpaksa memanggil pihak polis Brazil. Kehadiran pihak polis yang lengkat dengan senjata api mengakibatkan berlakunya pergaduhan yang mengakibatkan kematian 103 orang penghuni penjara.

 

4) Penjara La Sabaneta, Venezuela

 

La Sabaneta Prison

 

Terletak di Venezuela, Penjara La Sabaneta mungkin menjadi penjara terakhir yang tidak diingini bagi mana-mana penjenayah yang ditangkap di Venezuela. Pada tahun 1994, berlakunya rusuhan di dalam penjara sehingga mengakibatkan  100 orang banduan menemui ajal. Di penjara ini, kekerasan dan kekejaman merupakan santapan harian buat para banduan. Dengan keadaan fasiliti penjara yang sangat minimum, bahkan rawatan perubatan juga minimum, adakalanya tiada langsung, penjara ini merupakan destinasi terakhir bagi mereka yang bergelar penjenayah untuk masuk.

 

3)Tadmor Prison, Syria

 

Penjara Tadmor

 

Dibina pada tahun 1970 oleh Hafez Al-Assad yang berfahaman Syiah Nusairiah, Penjara Tadmor ini terletak kira-kira 200 km timur gurun Syria. Dikenali dengan penderaan yang kejam, penyeksaan yang teramat sadis dan ketiadaan hak asasi manusia, Penjara Tadmor menurut bekas banduan Penjara Tadmor, Dr. Bara Sarraj,  penjara ini lebih dikenali dengan nama ‘Symphony Of Fear”

 

Language cannot describe it. Fear is the internal sensation when you physically feel your heart between your feet and not in your chest; fear is the look on people’s faces, and their darting eyes when the time for the torture sessions comes near. – Bara Sarraj, From Tadmor to Harvard

Pada 26 Jun 1980, telah berlaku satu percubaan untuk membunuh Hafez Al-Assad yang mana ketika itu merupakan Presiden Syria. Hasil daripada percubaan itu, Rifaat Al-Assad, adik kepada Hafez Al-Assad telah menghantar kira-kira 60 tentera Syria ke Penjara Tadmor. Pada hari itu jugalah berlakunya  pembunuhan besar-besaran yang mana rata-rata penghuni penjara adalah banduan politik, ditangkap atas tuduhan menyertai gerakan Ikhwanul Muslimin. Kira-kira 500-800 banduan telah diseksa dan dibunuh dengan kejam. Darah yang mengalir dari tubuh mereka yang diseksa dikatakan mengambil masa 2 minggu  untuk dibersihkan.

Pada tahun 2001, Penjara Tadmor telah ditutup oleh basyar Al-Assad, anak kepada hafez Al-Assad yang juga berfahaman Syiah Nusairiah. Akan tetapi, ianya dibuka semula pada tahun 2005 dan kira-kira 350 banduan telah ditahan.

 

2)Guantanamo Prison, Cuba

Guantanamo Prison

 

Penjara Guantanamo yang terletak di Cuba ini merupakan komplek penjara tentera. Ianya merupakan hasil daripada Joint Task Force Guantanamo yang terletak di pengkalan Tentera Laut Amerika Syarikat yang berpusat di Teluk Guantanamo. Dengan keluasan kira-ra 17 km, ianya dioperasikan oleh Amerika Syarikat sejak tahun 2002.

Terdiri daripada 3 kem, iaitu Kem Delta, kem Iguana dan Kem X-Ray yang merupakan bekas berek tentera, jumlah tahanan yang ditahan disini mencecah 660 penghuni. Rata-ratanya ditahan atas tuduhan pengganas. Rata-rata banduan ini berasal daripada 44 buah negara, ditahan kerana kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda. Mereka ini ditahan kerana dikatakan terbabit dalam serangan terhadap WTC pada 11 September 2001.

 

1)Black Dolphin Prison, Russia

 

Black Dolphin Prison

 

Black Dolphin Prison merupakan destinasi terakhir bagi banduan sepanjang hayat di Rusia. Terletak di sempadan antara Rusia dan Kazakhstan, penjara ini terkenal dengan sistem sekuriti yang kuat. Di penjara inilah, dimana tahanan kanibal turut ditahan. Menurut warden penjara, tiada jalan keluar bagi banduan yang ditahan di Balck Dolphin Prison, melainkan kematian sahaja.

Setiap banduan akan dikurung di dalam sel mereka dna diperhatikan melalui kamera CCTV hampir 24 jam. Sepanjang proses pemerhatian, mereka tidak dibenarkan duduk di katil sehinggalah waktu tidur. Setiap 15 minit, pengawal penjara akan melakukan rondaan setiap sel bagi memastikan banduan yang dikurung tidak terlepas dari pandangan mereka. Apabila dibawa daripada satu blok ke satu blok yang lain, mata mereka akan ditutup dengan ‘blindfold’ manakala tangan digari dan tubuh dibongkokkan. Ianya dilakukan untuk melemahkan banduan sekaligus mengawal mereka daripada bertindak luar jangkaan.

Mereka yang menjalani hukuman di penjara ini adalah mereka yang disabitkan kesalahan seperti pedofilia, kanibal, dan pembunuhan kejam. Kira-kira 700 banduan ditahan disini dan mereka dikawal kira-kira 900 orang pengawal.

 

Penjara mungkin merupakan destinasi terakhir dalam hidup seorang manusia di muka bumi ini. Ingatlah bahawa jenayah tidak berbaloi untuk dilakukan walau sekecil nilai sekalipun kerana hukuman yang bakal dijalani itu memeritkan kehidupan kita di kemudian hari..

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

kisah banduan sepanjang hayat,10 penjara terdasyat di dunia part 2,banduan hayat,penjara black dolphin di rusia,penjara terkejam di dunia
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment