≡ Menu

4 Rahsia Cara Jauh Daripada Dosa

4 Rahsia Cara Jauh Daripada Dosa

Dosa tidak memilih sasaran, tempat dan masa. Namun, manusia yang sering kali menjadi sasaran dosa, boleh memilih untuk tidak melakukan sesuatu dosa pada masa dan tempatnya. Terdapat empat rahsia utama untuk mengelakkan dan seterusnya meninggalkan dosa yang tidak akan pernah lari daripada manusia:
 
Rahsia 1
 
Dekat dengan al-Quran
 
Hati yang dekat dengan peringatan dan kalam Allah yang terdapat dalam al-Quran pasti akan sentiasa beringat sebelum melakukan apa-apa perkara.
 
Bacaannya bukan hanya alunan di bibir, malah inti sarinya meresap ke dalam jiwa seorang hamba yang sentiasa takut untuk melakukan dosa dan maksiat.
 
Rahsia 2
 
Meneladani Orang Soleh
 
Kisah-kisah kehidupan para nabi, rasul, wali Allah dan orang soleh menjadi tatapan setiap waktu. Kehidupan mereka yang dilimpahkan nikmat dan kurniaan daripada Allah menjadi pendorong untuk meraihnya.
 
Manakala, dugaan dan cabaran yang Allah timpakan bertindak sebagai pemangkin untuk meneruskan kehidupan di dunia tanpa palitan dosa dan maksiat.
 
Rahsia 3
 
Ingat Kesan Sampingan Dosa
 
Sentiasa beringat bahawa balasan dan hukuman daripada Allah akibat dosa yang dilakukan pasti akan diterima. Hukuman ini dibayar secara tunai sama ada sejurus selepas dosa tersebut dibuat, pada keesokan hari, tahun mendatang ataupun balasan yang berganda-ganda di akhirat kelak.
 
Yang pasti, balasan Allah pasti akan ditimpakan kepada mereka yang tidak malu membuat kemungkaran di bumi Allah ini. Hanya orang yang beringat tentang hukuman buruk yang akan diterima akan meninggalkan perbuatan dosa dalam hidupnya.
 
Rahsia 4
 
Patuh dan Taat
Peringatan tentang halal dan haram sesuatu perkara tersemat rapi dalam genggaman manusia yang mahu dirinya jauh daripada melakukan dosa. Tidak kiralah dosa besar seperti meminum arak, berjudi, berzina, membunuh dan sebagainya ataupun dosa kecil seperti mengumpat, riyak, takbur dan lain-lain.
 
Dirinya juga akan sentiasa berhati-hati dengan segala perkara yang samar-samar antara halal dengan haram, dan sudah pastilah keredaan Allah itu yang terutama bagi dirinya dalam melakukan apa-apa jua perkara.
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment