≡ Menu

9 Mimpi Baginda Rasulullah S.A.W

Sesetengah daripada kita menganggap mimpi itu adalah mainan tidur. Ada juga yang mengatakan bahawa mimpi itu berlaku apabila seseorang itu mengalami keletihan yang teramat. Dan tidak kurang juga mengatakankan bahawa mimpi itu adalah antara petanda awal bagi suatu perkara yang berlaku.

 

Terdapat beberapa orang ulama’ dan cendekiawan Islam yang mahir dalam mentafsir mimpi seperti Syeikh Muhammad Ibnu Sirin yang dikenali melalui karangannya Tafsir Mimpi Ibnu Sirin. Walaubagaimanapun, ada pendapat yang mengatakan mimpi itu adalah mainan syaitan. Ini adalah antara sebab mengapa Islam menggalakkan kita mengamal adab tidur walaupun membaca sepotong doa tidur. Namun begitu, ada juga mimpi yang benar seperti mimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W kerana syaitan mampu menyerupai hampir semua makhluk melainkan Rasulullah S.A.W. Oleh itu, amat molek sekiranya kita dapat mengamalkan adab tidur agar kita tidak tidur tanpa sebarang pelindungan daripada syaitan.

 

Rasulullah S.A.W juga pernah mengalami mimpi yang mana Rasulullah S.A.W telah bermimpi sebelum Rasulullah S.A.W di Israqkan. Seperti yang kita ketahui, peristiwa Isra’ Mi’raj berlaku pada 27 Rejab yang mana pada malam itulah Allah Taala menyuruh ummat Islam menunaikan solat 5 waktu. Berikut adalah hadith mengenai mimpi Rasulullah S.A.W sebelum Baginda di Israqkan:

 

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

 

Antara manfaat yang oleh kita ambil daripada haadith mengenai mimpi Rasulullah S.A.W ialah

1) Kita digalakkan supaya taat dan patuh kepada kedua ibu bapa selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Dalam Al-Quran, Allah Taala berfirman dalam surah Al-Isra’:

*وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

*وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

(Surah Al-Isra, Juzuk 15, Surah ke 17, ayat 23-24.)

 

2) Keberkatan wudhuk yang sempurna mampu menyelamatkan kita daripada azab kubur yang pedih. Bukan sekadar untuk beribadah, wudhuk juga menjadi penyelamat kita daripada azab kubur. Zikir mampu menyelamatkan kita daripada hati kita diganggu oleh syaitan. Ini antara sebab mengapa para ulama’ menyusun amalan selepas solat. Namun begitu, ada pendapat yang mengatakan bahawa amalan selepas solat adalah bida’ah kerana ianya tidak dibuat di zaman Rasulullah S.A.W. Sebenarnya amalan selepas solat mampu menjaga hati kita daripada diganggu oleh syaitan. Walaupun ianya bida’ah, amalan zikir selepas solat adalah bida’ah hasanah (bida’ah yang baik). Tidak ada dalil yang mengatakan bahawa zikir selepas solat adalah haram atau makruh bahkan ada pendapat ulama menyokong amalan zikir selepas solat.

 

3) Solat dan puasa adalah antara 5 rukun Islam yang wajib bagi setiap muslim. Dan solat juda adalah perkara pertama yang dihisab oleh Allah Taala di Hari Akhirat kelak. Sebab itulah kita diwajibkan menunaikan solat 5 waktu dan qada’ sekiranya tertinggal kerana solat itu adalah tiang agama. Puasa adalah amalan yang sering diamalkan seluruh ummat Islam pada bulan Ramadhan. Puasa dapat mendidik dan mengawal nafsu dan ianya bukan sahaja diamalkan di bulan Ramadhan, ianya juga boleh diamalkan sebagai amalan sunat seperti puasa pada hari Isnin dan Khamis.

 

4) Mandi junub dibuat oleh mereka yang berhadas besar dan mandi junub yang sempurna menjadi peneman kita di Akhirat kelak. Haji dan Umrah adalah rukun Islam yang terakhir. Haji adalah ibadah yang fardu ke atas setiap muslim walaupun sekali seumur hidup.

 

5)Islam melarang kita memutuskan silaturrahim sesama manusia. Islam juga melarang kita daripada bermusuh-musuhan sesama muslim kerana sifat bermusuh-musuhan ini dapat membawa kita kepada perkara yang buruk. Kita juga digalakkan bersedekah kerana sedekah mampu mengelakkan diri kita daripada ditimpa bala. Akan tetapi, ada di kalangan kita terlalu kedekut untuk memberi sedekah walaupun 10 sen sekalipun. Bersedekahlah sekadar yang mampu walaupun 10 sen dengan ikhlas. Tidak rugi andai kata kita memberi sedekah.

 

BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

9 mimpi nabi muhammad saw
{ 1 comment… add one }

Leave a Comment