≡ Menu

Agar Tidak Jemu atau Lelah Berkhidmat Kepada Ibu Bapa

SAM_0822

1. Al-Ouran
 
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan Dia dengan sesuatu apa pun, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.” (Surahal-Nisa’4: 36)
 
Begitu juga dengan firman Allah, maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’ 17: 23)
 
2. Hadis
 
1.Reda Allah terletak pada keredaan ibu bapa
 
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa. Manakala kemurkaan Allah terletak pada
kemurkaan ibu bapa.” (Riwayat al-Tirmizi)
 
2. Dosa besar menderhakai ibu bapa
 
Abi Bakrah r.a. berkata, Nabi s.a.w. pemah bertanya tiga kali yang bermaksud: “Mahukah aku beritahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu, ya Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah,  derhaka kepada ibu bapa (perawl menerangkan  bahawa Baginda ketika itu duduk sambil  bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang  palsu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
3. Ibu lebih utama berbanding ayah
 
Seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w.  dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling  berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab, mafhumnya: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.” (Riwayat al-Bukhari)
 
4. Kewajipan meminta izin ibu bapa sekalipun dalam urusan agama
 
Daripada Abdullah bin ‘Amru, bahawa ada seseorang datang kepada Nabi s.a.w. dan meminta izin untuk pergi berjihad, maka
Baginda bertanya: “Adakah kedua-dua orang tuamu masih hidup?” Dia menjawab: “Ya.”Baginda bersabda: “Kepada mereka sahajalah kamu berjihad.” (Riwayat al-Nasa’i)
 
5. Kewajipan meminta izin ibu bapa sekalipun dalam urusan agama
 
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Janganlah kalian membenci ayah kalian. Sesiapa yang membenci ayahnya, maka dia kufur.” (Riwayat al-Bukhari)
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment