≡ Menu

Akhirnya Farid Kamil Bersuara Juga

Farid KamilKini isu uniform PDRM yang dipakai oleh artis Malaysia, Farid Kamil mencetuskan pelbagai kontroversi dan spekulasi para blogger. Namun begitu, Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle tidak bersuara sehinggalah akhirnya, Farid Kamil membuat keputusan untuk bersuara mengenai uniform PDRM yang dipakainya pada majlis perkahwinan mereka.

Menurut Farid Kamil, kontroversi itu bermula daripada tindakan seorang blogger yang memutar belit dengan tujuan untuk memalukannya. Katanya:-

“Konsep pakaian yang saya tampilkan pada malam itu ada adalah suatu yang istimewa mengikut kehendak saya. Pakaian seragam itu direka sendiri, jadi tidak perlu meminta surat kebenaran sesiapa. Buat masa sekarang, pihak pengurusan saya iaitu Metrowealth International Group (MIG) sedang meneliti apa yang ditulis menerusi blog dan media. Jika perlu, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka. PDRM sebenarnya sudah memberi lampu hijau untuk saya memakai pakaian seragam pada malam itu. PDRM mahupun ATM tidak mengambil apa-apa tindakan cuma saya menunggu keputusan MIG untuk membersihkan nama saya.”

Manakala, menurut Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komisioner Polis, Zulkifli Alias, Farid Kamil tidak melakukan sebarang kesalahan kerana uniform yang dipakainya sebenarnya bukan uniform PDRM dan istiadat sword bearer( Lalu bawah pedang) itu juga bukan istiadat PDRM. Tambahan pula, ianya bukan suatu kesalahan, hanyalah sedikit kekeliruan sahaja.

Akan tetapi, berbeza pula dengan pihak lain. Menurut Leftenan Komander Rahimah Taib, Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan berkata pihaknya akan menghantar surat teguran kepada Farid Kamil supaya tidak lagi mengulangi kesilapan ini. Ianya merupakan berita baik buat Farid Kamil kerana tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadapnya. Menurut beliau:-

“Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat. Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara. Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar.”

Walaubagaimanapun, perkara ini diharap menjadi teguran kepada mereka supaya berhati-hati dalam memilih pakaian dan istiadat perkahwinan. Mujur tiada tindakan undang-undang diambil. Walaubagaimanapun, tahniah buat Farid Kamil dan Diana Danielle mengenai kehamilan Diana…

pakaian farid kamil unifom Congratulation…

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

pakaian istiadat pdrm,farid kamil pakai baju askar,farid kamil pakai baju tentera,Pakaian Istiadat Mejar TUDM,anggota udara menerima lencana,rafizi ramli wife,pegawai tentera udara uniform,pangkat asgar brunei,pakaian lengkap seragam pegawai polis brunei pangkat ASP,lamvang pangkat dalam sprm,kahwin askar,baju warder brunei,baju tudm,baju pegawal tentra,uniform tldm
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment