≡ Menu

Anda stress?

Kini stress menjadi fenomena yang melanda semua peringkat umur. Baik kanak-kanak mahupun dewasa, stress kini melanda menerjah semua peringkat umur tanpa mengira lelaki mahupun perempuan lebih-lebih lagi mereka yang sudah bekerja. Ramai yang akan mengadu “Ohhh, stressnye,” atau seumpama dengannya. Pada ketika itu, masing-masing akan mengambil keputusan untuk tidur ataupun melakukan kerja lain.

 

Stress merupakan tekanan atau gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang. Kebiasaannya, stress berlaku apabila seseorang itu menerima tekanan yang menghasilkan tindakbalas terhadap sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang itu berasa takut, terancam atau sebagainya. Stress menyebabkan badan menghasilkan hormon adrenalin dan cortison yang mengakibatkan jantung berdegup lebih kencang, pernafasan bertambah laju dan kenaikan tekanan darah.

 

Menurut kajian,  lebih daripada 40 juta pekerja di Eropah mengalami stress di tempat kerja atau nisbah 1;3. Gangguan stress berlaku hasil daripada 2 faktor, faktor dalaman atau luaran.  Antara faktor dalaman yang menyebabkan gangguan stress ialah:

1-Kurang keyakinan diri

2-Putus asa

3-Terlalu ingin menjadi yang terbaik

4-Terlalu menjaga hati seseorang

5-Perpisahan, penceraian atau kematian

6-Kurang pengetahuan agama

 

Manakala, faktor luaran merupakan faktor yang berlaku hasil daripada tekanan sesuatu pihak atau seseorang. Antara faktor luaran ialah:

1-Ketua atau majikan.

2-Keluarga

3-Rakan

4-Pasangan hidup

5-Perbezaan budaya

6-Kewangan

7-Suasana persekitaran

 

Hasil daripada pertembungan antara dua faktor ini menjadikan seseorang itu stress dan akhirnya mengakibatkan perubahan pada emosi, fizikal dan kesihatan. Namun begitu, dengan beberapa tips yang berguna untuk menangani stress, seseorang itu mampu melakukan sesuatu pekerjaan tanpa mengalami gangguan stress.

1-Sebelum melakukan sesuatu perkara atau memulakan aktiviti harian anda, rancang dahulu perkara yang anda inginkan sebelum anda melakukannya. Pastikan perancangan anda bukan sahaja perancangan harian, tetapi perancangan untuk sebulan dan perancangan jangka panjang.

 

2-Pastikan anda sentiasa bersabar dan tenang semasa anda melakukan sesuatu perkara. Latih diri anda supaya beristighfar apabila anda berasa hendak marah atau mula merasai tekanan. Berhenti serta merta jika tekanan mula terasa.

 

3-Lakukan kerja anda dengan penuh minat keranaminat akan menjadikan diri anda menggemari sesuatu pekerjaan walaupun ianya susah.

 

Memang tidak diakui bahawastress boleh diatasi dengan beberapa teknik kesihatan. Namun begitu, pengambilan ubat untuk menangani stress tidak digalakkan kerana ianya mengandungi bahan kimia yang mungkin membahayakan kesihatan. Rata-rata mereka yang mempunyai stress sering mengambil ubat untuk menghilangkan stress. Akhirnya kesan pengambilan ubat itu menjadikan seseorang itu berada dalam keadaan murung dan mengalami skizoferinia iaitu sejenis gangguan mental yang mengakibatkan seseorang itu sukar untuk berfikir, sukaruntuk membezakan antara realiti dan khayalan, dan bertindak normal.

Antara tips fizikal yang membolehkan seeorang itu menangani stress ialah:

1- Lakukan pengurutan atau body massaga kerana urutan akan menlancarkan kembali perjalanan darah ke seluruh anggota badan dan menghilangkan rasa letih.

 

2-Bersukan kerana sukan boleh mnjadikan badan anda sihat dan sekaligus menjadikan minda anda mampu berfikir secara sihat.

 

3-Lakukan perkara yang anda gemari apabila anda mempunyai masa luang seperti memancing, berjalan-jalan atau lakukan hobi anda. Elakkan daripada melakukan perkara yang mempunyai unsur-unsurmaksiat kerana ianya akan menjadikan anda mudah stress.

 

4-Banyakkan pengambilan air masak dan air mineral kerana air masak dan air mineral mengandungi kandungan oksigen yang diperlukan oleh otak. Jangan sesekali mengambil minuman keras seperti bir, whiskey atau arak kerana ianya boleh menjadikan otak anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.

 

5-Bagi mereka yang beragama Islam, anda digalakkan untuk menunaikan solat kerana solat merupakan ibadah. Malah ianya juga merupakan terapi kesihatan yang terbaik untuk diri anda. Seusai solat, lakukan meditasi untuk tambahan menenangkan jiwa anda.

 

Memang tidak dinafikan bahawa ajaran agama merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi stress. Namun begitu, ramai yang menolak dan mengambil ubat-ubatan dan akhirnya memberi kesan ayng buruk pada kesihatan anda. Andai kata anda sebelum ini sering mengambil ubat-ubatan untuk menghilangkan stress anda, berhentilah. Andai kata anda mengalami stress akibat putus cinta, ketahuilah bahawa masih ramai lagi mereka yang lebih baik daripada bekas pasangan anda. Akhir kalam, jangan biarkan stress menguasai diri andakerana ianya memburukkan lagi keadaan anda, bukan menambahbaik.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment