≡ Menu

Apa yang anda tahu tentang Wahabi

Wahabi, adalah satu fahaman yang semakin berkembang di Malaysia. Fahaman Wahabi ini mula muncul di Asia bermula daripada Indonesia dan kini menular di dalam masyarakat Malaysia. Namun begitu, kejahilan masyarakat dalam ilmu agama menyebabkan mereka tidak tahu apakah asal-usul Wahabi.

Fahaman Wahabi yang tersebar di Arab Saudi dan beberapa daerah dalam dunia Islam ditaja oleh pemimpinnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Ia adalah kesinambungan daripada aliran salafi yang dibawa oleh Imam Ahmad dan Ibnu Taimiyah. Syeikh Muhammad binAbdul Wahab mendapat kekuatan apabila beliau bergabung dengan keluarga Ibnu Saud.Akhirnya, mereka berjaya mengambil alih kuasa di Semenanjung Arab dan membentuk kerajaan beraja Arab Saudi.Fahaman Wahabi dengan tegasnya mengemukakan dua prinsip yang penting iaitu tauhid yang bersih dari sebarang syirik, dan menghalang sebarang bentuk bid’ah (ajaran baru). Halal danharam diambil terus daripada sumber al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Sebarang perkataansarjana Islam perlu dikaji semula, lalu mereka membuka kembali ruang mengeluarkan hukumdengan luas. Mereka menentang ziarah kubur wali-wali dan menganggap amalan ini membawakepada syirik. Namun, hukum berbeza apabila menziarahi kubur bagi tujuan mengambil pengajaran dan memperingati hari akhirat bukannya dengan tujuan berdoa kepada si mati atau bertawassul melalui orang yang sudah mati.

Semasa mereka menguasai Mekah dan Madinah, mereka bertindak merobohkan bangunan-bangunan yang didirikan atas kubur-kubur parasahabat, para tabi’in dan tempat-tempat bersejarah yang dipuja secara melulu.Mereka menentang perayaan seperti maulid (sambutan hari lahir) dan sebagainya yang tidak ada pada zaman Nabi Muhammad dan mengemukakan beberapa pendapat yang lebih kerasdaripada Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Taimiyah.

Fahaman ini disokong oleh gerakanSyeikh Muhammad Abduh di Mesir, Syeikh Abdul Hamid bin Badis di Algeria, Syeikh Ahmaddi Punjabi, India dan beberapa tempat lagi dunia Islam.

KESIMPULAN MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Kesemua mereka yang disebut di atas adalah daripada golongan Ahli Sunnah wal Jamaah.Walaupun terdapat pertelingkahan dan perselisihan yang keras dan tajam antara satu sama lain,namun pertelingkahan itu tidak tersasar daripada dasar-dasar akidah. Walau bagaimanapun, ia boleh membawa kesan-kesan buruk dalam hubungan sesama umat Islam. Perselisihan pendapatdan pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dalam mentafsirkan teks yang sama dan kadang-kadang kerana perbezaan masa dan tempat serta cabaran yang dihadapi dan keperluan hujah bagimenghadapi cabaran luaran.Dengan kemudahan sumber-sumber rujukan dan hubungan yang ada pada zaman inimenghidupkan semula persefahaman sesama aliran. Pada masa yang sama ia tidak dihabiskandengan pertelingkahan sesama sendiri tetapi lebih memberi tumpuan bagi menghadapi masalah pokok yang melanda umat Islam dan menentang musuh yang sebenarnya

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment