≡ Menu

Berinai Dimanakah Silapnya

Kini di mana-mana majlis perkahwinan, acara berinai menjadi kewajiban bagi pengantin lelaki dan perempuan untuk berinai. Seperti yang kita maklum, majlis berinai ini mempunyai 3 jenis:

1-Berinai curi

Ianya biasa diadakan pada waktu petang 3 hari sebelum hari perkahwinan. Kebiasaannya, kedua tangan dan kaki pengantin perempuan akan diinai untuk tatapan kaum keluarga dan saudara mara.

2-Berinai kecil

Ianya sama seperti berinai curi, tetapi diadakan pada waktu petang 2 hari sebelum majlis perkahwinan. Seperti inai curi, ianya juga untuk tatapan kaum keluarga.

3-Berinai besar

Biasanya acara ini diadakan sebelum majlis berlangsung atau selepas majlis akad nikah.Menurut adat resam melayu, ianya diadakan untuk tetamu khas jemputan pengantin.

Adapun berinai ini sering menjadi permasalahan di sisi agama apabila adat ini bercanggah dengan syariat Islam. Sering kali ianya menjadi perkara yang dikatakan tidak menjadi masalah sedangkan ianya salah disisi agama.

*Inai yang menjadi kesalahan disisi agama*

Sebenarnya, hukum memakai ini ini harus menurut pandangan mazhab Syafie dan Hambali. Malah pendapat muasarah(terkini) juga mengatakan hukum memakai inai ini harus. Akan tetapi, persoalannya, apakah yang menjadikan hukum memakai inai ini haram?

1-Hukum memakai inai menjadi haram apabila ianya dipakai oleh kaum lelaki. Inai ini sebenarnya merupakan alat perhiasan kaum wanita. Hadith Rasulullah S.A.W berbunyi:

“Allah melaknat orang yg menyerupai wanita dari kalangan kaum lelaki, dan juga perempuan-perempuan yg menyerupai lelaki dari kalangan wanita.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tirmizi)

Seperti yang kita tahu, di majlis perkahwinan, pengantin lelaki akan berinai di tapak tangan dan hukum memakai inai di tapak tangan bagi lelaki sebenarnya haram kerana inai merupakan perhiasan khas bagi kaum wanita sahaja. Hadith diatas jelas menerangkan kepada kita bahawa haram kaum lelaki itu menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Dalam hadith yang lain pula:

“Bahwasanya Nabi SAW didatangkan kepadanya seorang mukhannath (khunsa@lelaki menyerupai wanita) yang mewarnakan tangannya dengan inai. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita.” Lalu diperintahkan lelaki itu dihantar ke naqi’ah(nama tempat) (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: “Kenapa dia tidak dibunuh?” Lalu baginda S.A.W bersabda: “Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yg soheh)

Hadith diatas jelas menunjukkan bahawa inai bagi kaum lelaki adalah haram. Dan keterangan ini pula dikuatkan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan

“Bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak.”

Kenyataan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan kepada kita bahawa inai hanya dibenarkan untuk kaum lelaki apabila dalam beberapa urusan sahaja. Adapun hukum berinai yang dibenarkan untuk kaum lelaki ialah hanya pada urusan kesihatan seperti berinai untuk merawat penyakit kuku buruk, dan pada rambut dan janggut sekiranya terdapat uban. Hal ini dijelaskan oleh Syeikh Masyhur Hassan Salman yang bermaksud:

“Mewarnakan atau inai bagi lelaki dibolehkan pada keadaan yang digunakan oleh para Sahabat Nabi SAW dan Tabie’en dan juga dipakai pada janggut dan rambut sekiranya pada kedua-duanya terdapat uban, manakala pada tangan-tangan dan kaki-kaki maka tidak dibolehkan bagi lelaki untuk memakai inai melainkan hanya untuk berubat dengannya, adapun jika ia digunakan untuk tujuan perhiasan, padanya penyerupaan seperti perempuan, maka tidak dibolehkan baginya mewarnai kaki atau tangannya melainkan untuk tujuan perubatan. Adapun uban pada janggut dan rambut walaupun sedikit maka daripada sunnah Nabi SAW baginya mewarnai ubannya. Pernah dilakukan Nabi SAW, mewarnai janggut baginda dan rambut-rambut baginda yg sedikit.”

Bagi pendapat mengatakan bahawa boleh mewarnakan uban dengan inai, terdapat hadith yang mengatakan boleh untuk menggunakan inai:

“Sesungguhnya sebaik-baik bahan untuk mengubah (mewarna) uban ini adalah inai dan khatam”(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)‌

2-Hukum berinai bagi kaum wanita pula terbahagi kepada dua, iaitu harus dan haram. Inai ini merupakan perhiasan wanita dan harus bagi wanita itu memakainya samada di majlis perkahwinannya atau lain-lain keadaan. Sabda Rasulullah S.A.W:

Dari Ummul Mukminin A’isyah r.a. berkata: ” Seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan. itu menjawab: Aku adalah seorang wanita.Rasulullah S.A.W bersabda: Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai inai dijarimu.”

Hadith diatas menunjukkan kepada kita bahawa inai adalah harus bagi kaum wanita kerana ianya adalah perhiasan dan membezakan antara lelaki dan wanita. Persoalannya, apakah yang menjadikan inai itu haram buat kaum wanita?

Hukum inai buat kaum wanita akan menjadi haram apabila inai itu diukir menjadi bentuk. Seperti yang kita maklum, ukiran inai di tangan wanita kini menjadi trend bagi setiap wanita untuk melakukannya samada ketika majlis kahwin atau pada keadaan biasa. Perkara ini menjadi khilaf dalam menentukan hukumnya samada adakah ianya dibolehkan atau tidak. Ada pendapat mengatakan bahawa hukumnya adalah haram kerana ianya menyerupai tatu. Hadith Rasulullah S.A.W ada menyebut mengenai hukum tatu:

Dari Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w melaknati orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu(al-Wasyimah) dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim)

Hadith diatas jelas menunjukkan bahawa tatu adalah haram disis agama samada lelaki mahupun perempuan. Akan tetapi, menurut pendapat Syeikh Imam Nawawi RHM, definisi Al-Wasyimah ialah

“Al-Wasyimah ialah memasukkan(cucuk) jarum atau batu kecil atau seumpamanya pada belakang telapak tangan, pergelangannya, bibir atau mana-mana kulit wanita sehingga mengalirkan darah, kemudian pada tempat aliran darah itu diletakkan celak atau inai(النورة), maka ia menjadi warna kehijauan.”(Imam Syarf bin Yahya an-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, Kitab al-Libas wa az-Zinah.)

Manakala pendapat Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani pula, definisi Al-Wasyimah ialah:

“Al-Wasym(tatu) ialah Jarum dimasukkan(dicucuk) atau selainnya di dalam badan sehingga mengalirkan darah, kemudian diletakkan pada tempat(berdarah itu) dengan celak atau selainnya maka ia(tempat berdarah itu) bertukar kepada warna kehijauan.” (Imam Ibnu Hajar al-Asqallani, Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Kitab al-Tib, Bab al-‘Ain Haq)

Perkara ini menunjukkan bahawa tiada nas atau dalil yang mengharamkan hukum mengukir inai di tangan. Persoalannya, mengapakah mengukir inai di tangan menjadi haram?

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Allah melaknat orang yg melukiskan sesuatu pada kulit mereka(membuat tatu)”

(Hadith Riwayat Bukhari Muslim)

Hadith diatas menunjukkan bahawa hukum melukis sesuatu di kulit adalah haram. Dan di tangan juga merupakan kulit dan haram mengukir inai di tangan kerana ianya meyerupai tatu meskipun ianya tidak dilakukan dengan cara mencucuk atau melukakan.

Hukum mengukir inai di tangan menjadi haram kerana ianya meyerupai kaum masyarakat Hindu. Masyarakat Hindu sering melukis inar berbentuk bunga aau tumbuh-tumbuhan ketika majlis perkahwinan mereka dan ada sesetengah mereka melakukannya ketika dalam keadaan biasa. Yang menjadikan hukum mengukir inai ini haram kerana ianya menyerupai kaum India dan haram bagi ummat Islam menyerupai sesuatu kaum. Rasulullah S.A.W bersabda:

Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka.” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan dishahihkan Ibnu Hibban)

Meskipun Qawaid Usul Fiqh mengatakan bahawa:

“الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم”

‘Asal usul hukum itu adalah harus diamalkan, selagimana tiada nas yang mengharamkannya’.

Akan tetapi, hadith Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa Allah Taala melaknat mereka yang melukiskan sesuatu di kulit dan haram bagi kita menyerupai sesuatu kaum. Disini jelas menunjukkan bahawa ada nas yang mengharamkan bahawa hukum mengukir inai di tangan adalah haram walaupun hukum Qawaid Fiqh mengatakan harus. Ustaz Azhar Idrus juga mengatakan bahawa inai ini adalah harus selagi mana ianya tidak mengikut budaya sesuatu kaum:

3-Inai juga boleh menjadi haram bagi anak dara. Ini kerana hukum berinai sebenarnya harus bagi semua wanita samada isteri mahupun anak dara. Yang menjadi haram apabila ianya didedahkan kepada lelaki ajnabi atau lelaki yang halal bagi anak dara itu bernikah kerana ianya termasuk dalam kategori tabarruj atau berhias secara berlebih-lebihan untuk menarik perhatian meskipun tidak mendedahkan aurat. Permasalahan sekarang ini, ianya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki.  Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah  dilarang.  Banyak ulama juga menegaskan hukum yang sama dalam masalah berinai bagi kaum wanita. Boleh berinai sekiranya ianya hanya di dalam rumah tetapi haram jika keluar dan memakainya secara berlebih-lebihan.

Kini jelas kepada kita bahawa hukum berinai ini mempunyai banyak pendapat dan adat berinai ini ada bercanggah dengan Islam. Meskipun ramai mengatakan ianya adalah adat, tetapi adakalanya apabila adat itu bercanggah dengan Islam, maka wajib bagi kita untuk tinggalkannya kerana haram bagi kita menyerupai sesuatu kaum.

Dunia Maklumat

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

hukum berinai,hukum memakai inai,hukum berinai dalam islam,cara pakai inai di tangan yang mudah,hukum pakai inai bagi anak dara,hukum pakai inai,berinai,hukum memakai inai di kuku,berinai dalam islam,corak inai yg cantik,hukum malam berinai,hukum berinai bagi lelaki,hukum lelaki berinai,Cara Memakai Inai,hukum melukis inai di tangan,hukum memakai henna berukir,cara buat inai celup,cara menghilangkan inai di kuku,cara melukis inai dengan mudah,inai pengantin lelaki,adat berinai dalam islam,inai putih,hukum melukis inai,hukum pakai inai di kuku,xnxx anak kecil,Cara menghilangkan inai,cara melukis inai pengantin,lelaki berinai,lukis inai sendiri,xnxxinai,cara hilangkan inai di tangan,cara menghilangkan inai di kuku dengan cepat,ukiran inai arab,malam berinai,hukum lelaki memakai inai ketika berkahwin,cara nak hilangkan inai di kuku,corak inai simple tapi cantik,maksud malam berinai,Xnxx Fukum,hukum lelaki memakai inai,cara membuat inai celup,corak inai bunga ros,inai untuk buat lukisan,xnxx melayu,hukum mengukir inai di tangan,inai india halal,hukum lukis inai,arti mimpi berinai,inai celup sah sembahyang atau tidak,hukum lelaki pakai inai masa nikah,melayu xnxx,jual henna warna oren,inai yang halal,inai kaki melayu,waktu sunnah berinai,WAnita haid xnxx,pakai inai ukir salahkah,hukum wanita memakai inai,xnxx anakkecil,xnxx video budak2 dipakai sabun,Tentang berinai,Pakai inai dibibir boleh atau tidak,memakai inai dihari pernikahan menurut islam,kuku berinai solat,kebaikan inai kening,Motif berinai dalam islam,Pakai Inai Daun Masa Datang Bulan,boleh kah berhinai dalam hukum islam,pakai inai segera sah tidak mandi wajib,tafsir mimpi jari berinai,inai kuku letak di bibir,hukum pengantin perempuan berinai,hukum pakai corak inai ditangan,haram kah kalau memakai inai,Hadis kuku berinai,corak kuku berinai,cherry inai halalkah?,cara pakai inai lukis,cara pakai inai kening,buat inai corak pada tangan halal atau tidak,berinai menurut islam,asal mula wanita menggunakan inai,apakah hukum melukis,apa hukum melukis inai di tangan,apa hukum berinai,apa berinai sah shalat,anak kecil xnxx,Anak kecil xnxc,hukum berinai corak dalam islam,hukum berinai di,hukum mmakai inai bgi wanita,hukum memakai inai waktu kahwin,hukum memakai inai tanpa tujuan nikah,hukum memakai inai semasa perkahwinan,hukum memakai inai kening,hukum memakai inai india,hukum memakai inai daun,hukum memakai inai bertulisan,hukum memakai eid henna saat pernikahan,hukum berinai di tangan,hukum melukis corak inai di tangan,hukum islam untuk wanita yang memakai pacar dan diukir ukir dikaki dan tangannya,hukum inau lukis ditangan,hukum henna kening,Hukum Cara ukir inai,adakah sah solat jika inai masih ada di tangan
{ 5 comments… add one }
  • saya hamba allah 21/10/2015, 11:26 am

    panjangnya cerita but this story is best…

  • Wany 11/07/2016, 4:28 pm

    Kalau Allah menglakhanat kaum lelaki yg memakai inai kenapa masih ada lagi kaum lelaki yang memakai inai walaupon dah tahu Allah melakhanat???????…

    • Naik pelik 03/07/2017, 1:09 am

      Allah melaknat perempuat yg membentuk kening (cukur atau cabut)… tp skang bkn stakat banyak..malah berleluasa… nk kata xtau mustahil.. dakwah skang ni semakin meluas.

      Kita tau mengumpat berdosa tapi still………….

      Pokok nya iman..

  • Eda aiman 17/12/2016, 5:15 pm

    Negara kita Malaysia telah melantik Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memutuskan soal hukum hakam. Rujuklah pada sumber yang sahih yang telah disediakan. Jangan melulu hanya berpandukan pada seorang uztaz sahaja. Terus menyatakan hukum yang diberikan oleh individu tersebut adalah benar.

    Menurut MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MALAYSIA:
    (sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak)

    Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak Keputusan:
    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
    Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

    Maka dengan ini, bertaubatlah kamu sekiranya anda salah seorang yang pernah mengharamkan sesuatu yang halal hukumnya dari segi syarak.

    “Hai orang-orang yang beriman: Janganlah kamu mengharamkan yang baik-baik (dari) apa yang Allah telah halalkan buat kamu, dan jangan kamu melewati batas, karena sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang suka melewati batas. Dan makanlah sebagian rezeki yang Allah berikan kepadamu dengan halal dan baik, dan takutlah kamu kepada Allah zat yang kamu beriman dengannya.” (Al-Maidah: 87-88)

  • Azlan 18/03/2017, 2:19 pm

    Jika lelaki memakai inai , adakah solatnya sah ? Mohon penjelasan

Cancel reply

Leave a Comment