≡ Menu

Bersumpah Tidak Mahu Bersetubuh Dengan Isteri

BERSUMPAH TIDAK MAHU BERSETUBUH DENGAN ISTERI

Alam perkahwinan adalah alam yang banyak menguji pelbagai aspek kehidupan begi seorang manusia. Begitu juga dari sudut bersumpah. Dalam alam perkahwinan, diantara hubungan antara suami dan isteri, terdapat satu perkara yang dikenali sebagai ila’. Ila’ bermakna seorang suami bersumpah tidak akan meniduri isterinya. Dengan sumpah ini seorang isteri menderita kerana tidak dicampuri dan tidak pula diceraikan oleh suami.

Firman Allah ta’ala:

للذين يؤلون من نساءهم تربص أربعة أشهر فإن فاءو فإن الله غفور رحيم

 “Bagi orang yang meng-ila’ isterinya harus menunggu empat bulan. Kemudian jika mereka kembali (kepada isterinya), maka sungguh Allah Maha Penggampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah Al-Baqarah:226)

Didalam kitab Tafsir Munir  يؤلون  membawa makna ‘qasam’ yang bermakna sumpahan bagi mereka yang bersumpah tidak mahu meniduri isterinya.

-Sebab penurunan

Penurunan surah Al-Baqarah ayat 226 ialah orang arab zaman jahiliyah menjadikan ila’ sebagai satu amalan. Apabila suami meminta kepada isterinya untuk bersetubuh  tetapi ditolak oleh  isterinya maka suami akan bersumpah tidak mahu bersetubuh selama setahun atau dua tahun atau lebih.

Selain itu, dari Ibnu Majjah :

“Satu ketika Zainab r.a telah menolak hadiah dari Rasullullah S.A.W maka rasullullah S.A.W telah meng-ila’ Zainab r.a.”

Hukum ila’ :

Allah Taala telah menetapkan tempoh ila’ selama empat bulan. Apabila seorang suami telah meng-ila’ isterinya, maka suami tidak boleh bersetubuh bersama isterinya selama empat bulan. Akan tetapi, sekiranya suami kembali menyetubuhi isterinya sebelum cukup empat bulan maka akan dikenakan kiffarah sumpah (yamin) iaitu:

-Memberi 10 orang miskin makanan yang sama seperti dia memberi ahli keluarganya.

-atau memberi orang miskin pakaiaan.

-atau membebaskan seorang hamba.

-atau sekiranya tidak mampu maka berpuasa tiga hari berturut-turut. Dari Imam Isnawi: puasa kiffarah mestilah berturut-turut.

Jika si suami meninggal dunia sebelum sempat melunaskan kifarahnya,maka kifarahnya terletak di bahu warisnya. Sekiranya suaminya bersetubuh dengan isterinya selepas empat bulan maka wajib baginya bertaubat kepada Allah S.W.T. Ini kerana sumpah ila’ itu seolah-olah menyeksa isteri.

Timbul permasalahan sekiranya lebih empat bulan dan suami tidak menyetubuhi isterinya, maka disini, ulama fiqh berkhilaf pendapat mengenai hukum ila’:

Pendapat Imam Syafie mengatakan tidak berlakunya ila’ kecuali sumpahan dengan nama Allah S.W.T.

Setelah berlalu empat bulan tanpa ada sebarang jawapan dari suami, maka itu adalah tanda si suami mahu menceraikan isterinya. Maka menurut hukum fiqh, jatuhlah talak satu kepada isteri secara kinayah. Akan tetapi, si isteri hendaklah merujuk kepada hakim untuk memastikan adakah jatuh talak tersebut atau tidak.

Dalam kitab Feqh Syafie Muyassar,Lafaz ila’ terbahagi kepada dua:

1-Lafaz  jelas: contoh “aku bersumpah dengan nama Allah,dan aku tidak akan bersetubuh dengan engkau.”

2-Lafaz kiasan: contoh “aku bersumpah dan tidak mahu menyentuh engkau” atau “aku tidak mahu sentuh engkau”.

Maka jatuh ila’ sekiranya menggunakan lafaz ini . Selepas empat bulan,sekiranya tidak disetubuhi atau tidak diceraikan oleh suami, maka si isteri hendaklah bertanya kepada suami sama ada meneruskan perkahwinan atau diceraikan. Sekiranaya suami tidak memberi jawapan dan terus menyetubuhi isteri maka wajib keatas suami kifarah yamin.

Tanda seorang suami merujuk isteri:

Mengenai tanda seorang suami itu merujuk kembali kepada isteri, terdapat beberapa pandangan mengikut ulama fiqh:

Pendapat jumhur ulama’ mengatakan tidak akan dikatakan rujuk melainkan dengan bersetubuh sekiranya tidak uzur. Sekiranya uzur, sah rujuk dengan kata-kata.

Pendapat kedua pula mengatakan jimak(bersetubuh) walaupun dalam keadaan sihat atau sakit (uzur).

Pendapat ketiga pula mengatakan bahawa sah merujuk dengan kata-kata (lisan).

Dalam kitab Syaikh Ibrahim Al-Baijuri membahaskan konsep ila’ menggunakan tempoh empat bulan sama ada sebelum cukup tempoh atau cukup tempoh. Sekirannya mahu merujuk,maka rujuklah beserta kiffarah dan sekiranya mahu menceraikan maka ceraikanlah tetapi dengan syarat talak menggunakan hakim (yang berkuasa).

Manakala, dalam kitab Kifayatul Akhyar, telah dibahaskan permasalahan ila ini dan mengatakan dalam tempoh empat bulan,sekiranya si suami menjadi gila dan akhirnya pulih kembali, maka hukumnya sah rujuk kerana syarat rujuk adalah jimak kembali.

Kesimpulan:

Ila’ tidak akan terjatuh melainkan bersumpah dengan nama Allah S.W.T.  Tempoh ila’ adalah selama empat bulan dan sekiranya bersetubuh dalam tempoh ila’ maka baginya kifarah yamin. Dan sekiranya cukup empat bulan dan suami menyetubuhi isterinya maka wajib keatasnya bertaubat kepad Allah S.W.T.

– Rahsia Menambat Nafsu Isteri – Ebook terbaik buat para suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi

– Rahsia Menambat Nafsu Suami – Ebook terbaik buat para isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

hukum ila,hukum isteri tidak mahu bersetubuh,apa hukum isteri tidak mahu bersetubuh dengan suami,Sumpah ila,hukum isteri tak mahu disetubuhi,hukum suami tidur berasingan selama 3 bulan berturut,hukum tidak bersetubuh selepas nikah,kesimpulan ila
{ 3 comments… add one }
  • Rahsia Hebat Diranjang 02/10/2013, 5:38 am

    Dah 2 hari saya cari maklumat tentang nie… nasib baik jumpa blog awak…
    thanks.. info nie banyak bantu saya.

  • dalam delema 11/10/2015, 4:16 pm

    aaa

Cancel reply

Leave a Comment