≡ Menu

Biar Kaya Baru Boleh Bergaya

money_is_not_a_problem_when_its_prom_night_640_06

Kewangan ialah suatu aspek yang sangat  penting dalam keusahawanan. Wang ialah nadi  perniagaan. Selain perniagaan, perancangan dan pengurusan kewangan juga amat penting  dalam kehidupan seharian dan seterusnya memastikan perjalanan hidup lebih tersusun  dan teratur.
 
Tetapi apa yang lebih penting adalah  bagaimana menguruskan kewangan secara bijak,  tidak kira sama ada anda orang kaya ataupun  kurang berharta. Dalam pengurusan kewangan,  ada beberapa perkara yang perlu diambil berat  berkenaan sikap. Saya kongsi beberapa perkara  di sini.
 
Bersaing dengan Si Tipah
 
Teringat saya suatu ketika dahulu drama komedi di televisyen, kisah mengenai dua orang jiran bersebelahan rumah yang bersaing  harta. Apabila seorang menukar langsir, si  Tipah pun mahu menukar langsir juga. Apabila  seorang beli kereta baru, yang seorang Iagi  pun mahu beli kereta baru yang Iagi hebat.  Apabila seorang buat extension rumah, si  Tipah pun mahu buat extension rumah juga!
Maka, kedua-dua jiran ini bersaing harta. Sehingga akhirnya, mereka terpaksa menjual  segala-galanya kerana tidak mampu membayar  hutang! Walaupun kisah komedi ini di  televisyen, realiti kehidupan sebenar juga  ada berlaku. Mat Salih menggelarnya “Keeping  up with the Jones.”
 
Ada kalanya kita secara tidak sedar ingin  upgrade harta kita untuk bersaing dengan  orang lain. Mungkin dengan jiran, rakan sekerja atau ahli keluarga. Jauhkan daripada  sikap ini kerana ia boleh menjadi punca  terperangkap dengan hutang-hutang yang sukar  dibayar. Ukur baju pada badan sendiri. Usah  jadikan orang lain sebagai pengukur kejayaan  kita, tetapi jadikan diri kita sendiri  sebagai pengukur.
 
Pernahkah kita terfikir untuk bersaing dalam:
 
1. Menambah ilmu pengetahuan dengan  menghadiri majlis pengajian di masjid?
 
2. Bersedekah dan menderma?
 
3. Siapakah yang paling kerap mengunjungi ibu  di kampung?
 
Biar Papa Asal Bergaya
 
Saya berasal dari Perak dan orang Perak ada  pepatah yang suka disebut: “Bior pape ase  bergaye”. Maksudnya, biar miskin, tetapi  perlu bergaya.
 
Seboleh-bolehnya, janganlah begitu.  Bergayalah mengikut kemampuan sahaja. Kalau  bergaya tetapi poket kosong tidak guna juga.  Bergaya memerlukan kos yang lebih. Bergaya  dengan seluar berjenama Gucci, baju beqenama  LV, kaca mataberjenama Rayban, telefon  berjenama Vertu dan berkereta mewah ke sana  sini hanya akan menambah kos “maintenance anda.
Saya pernah mendengar kisah benar. Ada  seorang hamba Allah yang sangat berkeinginan  memandu kereta Mercedes tetapi pendapatannya  tidak mencukupi. Maka setiap hari dia hanya  makan mi segera dan mengikat perut untuk menampung perbelanjaan kereta mewah itu.  Keperluan-keperluan lain juga turut  dikorbankan. Adakah ini gaya hidup yang diinginkan? Lebih baik “Bior kaye baru boleh bergaye”!
 
Terpedaya dengan Iklan
 
Dalam sehari, manusia terdedah kepada lebih  1,000 buah iklan. Iklan di televisyen,  akhbar, brosur, leaflet, radio, Internet,
e-mel dan sebagainya. Jangan terpedaya dengan  iklan dan membeli sesuatu yang anda tidak  perlukan!
 
Kebanyakan iklan dicipta oleh golongan profesional dalam bidang pengiklanan. Mereka  mempelajari psikologi manusia bertahun-tahun  lamanya. Tujuan mereka adalah satu sahaja  iaitu untuk mendapatkan pembelian.
 
Sering kali iklan menggunakan kaedah-kaedah  psikologi manusia untuk menjual sesuatu,  walaupun kita tidak perlukannya. Pelbagai  teknik digunakan bagi menyentuh emosi bakal  pembeli untuk membuat tindakan membeli.
 
Lain kali apabila anda mendengar iklan yang  membuatkan anda ingin membeli, berhenti  seketika. Fikirkan secara rasional dan bukan  dengan emosi, sama ada anda benar-benar  memerlukannya atau sekadar emosi anda yang  tewas dengan psikologi pengiklanan. Bukan  untuk mengatakan pengiklanan tidak baik. Ia  merupakan keputusan belian anda sama ada  keputusan yang baik ataupun tidak.
 
Ingat, berjaya dalam kewangan bukan sekadar  berjaya memperoleh pendapatan yang baik,  tetapi berjaya mengawal ke mana perginya  pendapatan tersebut!
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: