≡ Menu

Burung Hud-hud Pada Zaman Nabi Sulaiman

Burung Hud hudIni burung Hud-Hud. Dalam kisah Nabi Sulaiman dicerita tentang ketegasaan beliau saat menghimpunkan tenteranya, manusia, jin dan haiwan dalam satu perhimpunan. Setelah diperiksa, burung Hud-hud didapati tidak hadir, lalu dengan tegas Nabi Sulaiman dan berkata “Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata”.

Disebut oleh para ulama, antara hukuman (iqab) yang dikenakan oleh Nabi Sulaiman terhadap burung adalah dicincang, lalu dijemur ditengah panas dan diberi makan kepada semut-semut. betapa tegas Nabi Sulaiman terhadap tentera-tenteranya.

Tidak lama kemudian tibalah burung Hud-hud, memberikan alasan bahawa kelewatannya adalah kerana terserempak dengan Ratu Balqis ( menurut sebahagian ulama nama asalnya adalah Balqamah atau Talqamah) yang memerintah Kerajaan Saba’ yang mana telah kembali ingkar kepada Allah. Lalu Nabi Sulaiman menghantar utusan untuk memerangi kerajaan Saba’ sekiranya tidak bertaubat kembali mentaati Allah.

Kerajaan Saba’ sebelum itu bertuhankan Allah, namun lama-kelamaan rakyatnya menyembah matahari, sehinggalah diberi amaran oleh Nabi Sulaiman untuk diperangi.

Di Mesir banyak burung hud-hud ini, boleh tengok di mana-mana. Bila anda datang ke Mesir kalauboleh kenal perihal-perihal yang ada hubungkait dengan agama, seperti burung Hud-hud ini jelas diceritakan didalam al-Quran. Jangan asyik kenal Piramid, Piramid itu Firaun, Firaun itu Taghut jalannya.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

burung hud hud
{ 1 comment… add one }
  • KedaiBaru 15/06/2013, 9:58 am

    Hebat nabi sulaiman dulu, dia boleh memerintah semua makhluk yang ada di didunia

Leave a Comment

Next post:

Previous post: