≡ Menu

Cara Membuka Akaun Maybank2u – Maybank Online Banking

maybank2u visaMAYBANK2U ONLINE

Hari ini saya akan kongsikan kepada anda bagaimana ingin membuka akaun perbankan atas talian, Maybank2u dengan penerangan mudah. Adalah lebih baik sekiranya pengguna lebih memahami bahasa Inggeris kerana segala urusan atas talian ini dijalankan dalam bahasa Inggeris. Namun, bahasa Melayu boleh menjadi pilihan kedua pengguna sekiranya mereka tidak memahami bahasa Inggeris.

Untuk membuka akaun maybank2u, pengguna perlu mempunyai akaun maybank. Akaun maybank boleh dibuat dimana-mana cawagan Maybank denganpembayaran deposit serendah RM250 sahaja.

Langkah pertama untuk membuka akaun maybank2u ialah dengan meminta id login bersama pin di cawangan ATM maybank ataupun di kaunter cawangan Maybank. Pengguna kemudian dikehendaki untuk mengakses laman rasmi maybank iaitu, www.maybank2u.com.my dan klik pada paparan login. Skrin berikutnya akan menunjukkan ‘first time login’. Pengguna perlu klik diruangan tersebut dan memasukkan pin berserta nombor kad ATM.

Skrin berikutnya akan memberikan maklumat keselamatan tentang akaun maybank2u kepada pengguna. Kemudian, skrin terma dan syarat akan dikeluarkan. Pengguna dinasihatkan supaya membaca maklumat tersebut demi kebaikan pengguna. Setelah selesai, klik pada ruang ‘terima’. Maybank2u dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang rapi untuk mengelakkan pengguna daripada ditipu oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab daripada mencuri akaun maybank2u.

Pada peringkat terakhir, pengguna akan disuruh memasukkan username dan login password pertama mereka untuk melengkapkan pendaftaran dan menerima akses penuh keatas maybank2u. Seterusnya, pengguna diminta untuk memilih gambar peribadi yang terdapat di web sebagai langkah keselamatan semasa login. Pengguna diminta untuk membuat pilihan 3 soalan dan menjawabnya sebagai langkash keselamatan sekiranya mereka mengalami masalah semasa login seperti kehilangan password atau id login.

Tahniah, anda telah berjaya login dan memiliki akses keatas akaun maybank2u anda sendiri. Servis ini akan memudahkan segala urusan perbankan anda. Aplikasi maybank2u boleh dimuat turun melalui google play store atau apps store apple. Setelah selesai semuanya, pengguna boleh akses kepada akaun maybank mereka dan boleh menerima servis penuh perbankan atas talian seperti penyata, pindahan wang, pembayaran bil dan pinjaman, dan servis-servis lain.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

Akaun Maybank Atas Talian,buat akaun maybank,buat akaun mybank2you,Maybank
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment