≡ Menu

Cara Menulis Artikel Di Blog Dengan Berkesan

 artikelAssamualaikum semua pembaca yang budiman. Apa khabar anda sekarang? Saya harap anda sentiasa sihat dan gembira dengan apa yang anda lakukan.

Kali ni saya memang tak sabar-sabar untuk berkongsi dengan anda tentang cara-cara menulis artikel di blog dengan berkesan. Saya pasti anda yang sedang membaca artikel ini adalah terdiri daripada individu-individu yang memiliki blog.

Seperti juga dengan anda, saya juga masih lagi di peringkat pembelajaran tentang penulisan artikel di blog. Jadi saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tip yang berkesan untuk memastikan artikel yang kita terbitkan itu adalah sebuah artikel yang berkualiti.

1. Sekiranya ayat artikel anda itu panjang, elakkan menggunakan tanda koma dengan kerap. Penggunaan tanda koma dengan kerap boleh membuatkan para pembaca anda menjadi bosan dan mengganggu mereka membaca artikel anda. Secara tidak langsung, keadaan ini menjadikan artikel anda kurang berkesan dan tidak menarik.

2. Digalakkan menggunakan format numbering atau bullet sekiranya perenggan artikel kita itu mempunyai beberapa isi penting. Penggunaan format numbering atau bullet menjadikan artikel kita nampak kemas selain mudah difahami.

3. Kadang-kadang kita ingin menggunakan perkataan-perkataan daripada bahasa asing di dalam artikel kita. Dicadangkan kita ‘ bold , italic dan underline’ perkataan-perkataan tersebut untuk menarik perhatian pembaca. Mata para pembaca mudah menangkap setiap perkataan yang kita ‘ bold , italic dan underline’ itu.

4. Bagi anda yang ingin meletakkan sebarang nukilan pada artikel, saya mencadangkan anda menggunakan gaya font yang berbeza. Langkah ini membolehkan para pembaca dapat membezakan di antara artikel dan nukilan. Tetapi anda boleh menggunakan siaz font yang sama atau berbeza. Terpulang kepada anda.

5. Salah satu kesilapan terbesar para penulis artikel ialah gemar memberikan penjelasan yang berjela-jela. Lebih elok sekiranya mesej pada setiap perenggan artikel terus disampaikan kepada pembaca supaya ia mudah difahami. Tetapi penjelasan perlu diberikan sekiranya mesej yang ingin diberitahu adalah mesej yang susah difahami.

6. Cuba elak daripada menggunakan ayat yang terlalu panjang ketika menulis artikel. Lebih elok menggunakan ayat pendek, ringkas tetapi padat dengan maklumat. Tetapi jangan pula menggunakan ayat yang terlalu pendek malah ini boleh menyebabkan para pembaca menjadi bingung.

7. Bahagikan artikel anda kepada beberapa perenggan. Setiap perengggan mempunyai isi-isi penting. Jangan menghimpunkan semua isi yang ingin disampaikan di dalam satu perenggan. Saya pernah terbaca beberapa artikel panjang tetapi ditulis dalam satu perenggan.

Menulis Artikel

8. Sebelum menulis sebarang artikel, adalah digalakkan membuat sedikit kajian ke atas tajuk artikel yang ingin ditulis. Ambil isi-isi penting daripada artikel tersbut dan olah artikel itu dengan gaya bahasa anda sendiri. Dengan sedikit kajian itu, anda mempunyai kelebihan untuk menghasilkan artikel yang berkualiti.

9. Sila nyatakan sumber artikel yang anda muatkan di blog anda sekiranya artikel itu diperoleh daripada sumber lain.

10. Huraikan dengan jelas tajuk artikel yang kita ingin muatkan di blog. Anda digalakkan memberi beberapa contoh supaya pembaca mudah faham apa yang ingin anda sampaikan. Anda juga boleh meletak gambar yang berkaitan dengan tajuk artikel.

11. Pilih tajuk yang sesuai dan tepat untuk artikel anda.Pemilihan tajuk amat penting untuk menarik perhatian pembaca. Digalakan anda menggunakan tajuk-tajuk yang menjurus kepada penyelesaian masalah, berita atau ulasan topik.

12. Sila semak semula artikel apabila siap ditulis. Semak ejaan , struktur ayat dan tanda bacaan yang digunakan. Minimakan kesalahan pada artikel yang ingin diterbitkan.

Sekian daripada saya kali ini. Diharapkan tip-tip di atas dapat membantu anda menghasikan artikel-artikel yang berkualiti tinggi. Mungkin anda memerlukan sedikit masa untuk mahir. Namun anda boleh bermula daripada sekarang . Semoga berjaya.

– Muhamad Nornizam – niagamaya.com

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment