≡ Menu

Cara Terbaik Menjaga Buah Pinggang Anda

Buah pinggang memainkan peranan penting dalam menjaga jumlah air yang tepat di dalam tubuh. Selain itu, buah pinggang juga membantu menapis sisa berbahaya dan menjaga keseimbangan bahan kimia dalam tubuh. Selanjutnya, buah pinggang berperanan dalam menjaga tekanan darah normal dan jumlah sel darah merah dalam darah.

Apabila seseorang itu mempunyai penyakit buah pinggang, sebahagian penapis yang terdapat di dalam buah pinggang telah pun rosak.Ini akan menyebabkan sisa berbahaya tidak dapat dikeluarkan dan akan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.Dan apabila buah pinggang telah rosak sepenuhnya,seseorang itu perlu menapis darahnya dengan menggunakan suatu mesin khas (suatu prosedur yang dipanggil dialisis) untuk beberapa kali seminggu atau pun melakukan pemindahan buah pinggang.

Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mencegah atau melambatkan datangnya penyakit buah pinggang. Beberapa hal yang boleh dilakukan termasuk:

1. Membuat pemeriksaan darah dan air kencing secara teratur.

Jika anda berfikir bahawa anda berisiko menghadapi masalah buah pinggang, pastikan anda memberitahu doktor anda tentang masalah itu. Faktor risiko untuk penyakit buah pinggang termasuk diabetes, hipertensi, penyakit jantung, dan sejarah keluarga yang pernah mempunyai masalah buah pinggang.Tahap awal penyakit buah pinggang mungkin tidak akan menunjukkan tanda-tanda atau gejala. Jadi sila berjumpa dengan doktor anda untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan tahap kesihatan buah pinggang anda.

2. Pastikan kandungan gula dalam darah sentiasa terkawal

Diabetes boleh menyebabkan penyakit buah pinggang diabetes, juga disebut neuropati diabetes, yang boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi jika tidak ditangani. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, mengawal kandungan gula dalam darah dapat mencegah atau melambatkan proses munculnya penyakit buah pinggang.

3. Kawal Tekanan Darah Anda

Tekanan darah tinggi (atau hipertensi) boleh merosakkan buah pinggang. Institut Kebangsaan Jantung, Paru-Paru, dan Darah mengesyorkan bahawa pengidap diabetis dan mereka yang telah menurun fungsi buah pinggangnya agar menjaga tekanan darah mereka di bawah 130/80 mm Hg. Anda juga boleh memeriksa tekanan darah anda di rumah untuk memastikan tekanan darah anda sentiasa berada di bawah 130/80. Buat pemeriksaan tekanan darah anda sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun.

Tidak semua ubat penurun tekanan darah membantu melindungi buah pinggang anda.Dapatkan dari doktor anda ubat tekanan darah tinggi yang disebut Angiotensin Converting Enzim (ACE) Inhibitor atau penghambat reseptor angiotensin (ARB).Ubat ini didapati lebih melindungi buah pinggang anda berbanding ubat tekanan darah tinggi dari jenis yang lain.

4. Pilih makanan yang sihat dan seimbang

Doktor mungkin akan menasihatkan anda supaya kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein (seperti daging, susu, dan keju). Diet protein tinggi boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang lebih teruk pada masa akan datang.Makanan yang kurang kandungan sodium dan lemak juga suatu idea yang baik untuk diamalkan. Anda boleh dapatkan bantuan seorang pakar pemakanan untuk pesakit buah pinggang untuk merancang diet anda,terutamanya jika anda memang sudah mempunyai penyakit buah pinggang.

5. Kerap melakukan senaman

Kegiatan fizikal boleh membantu anda mengawal kandungan gula dalam darah, berat badan, dan tekanan darah, serta meningkatkan kandungan kolestrol “baik” anda dan akan merendahkan kandungan kolesterol “buruk” anda.Berbincanglah dengan doktor anda tentang rancangan latihan yang selamat, terutama jika anda sudah mempunyai masalah buah pinggang.

Sumber – buahpinggangsihat.com

Dunia Maklumat

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

cara menjaga buah pinggang,penjagaan buah pinggang,makanan yang baik untuk buah pinggang,makanan baik untuk buah pinggang,cara jaga buah pinggang,menjaga buah pinggang,makanan untuk buah pinggang,cara penjagaan buah pinggang,kesihatan buah pinggang,petua menjaga buah pinggang,makanan untuk kesihatan buah pinggang,Jaga buah pinggang,cara menjaga kesihatan buah pinggang,tips menjaga buah pinggang,tips penjagaan buah pinggang,makanan untuk buah pinggang sihat,cara menjaga kesihatan ginjal,makanan yg baik untuk buah pinggang,buah pinggang yang sihat,petua jaga buah pinggang,sakit buah pinggang boleh makan apa,makanan yang bagus untuk buah pinggang,buah yang baik untuk buah pinggang,makanan untuk menjaga buah pinggang,makanan sihat untuk buah pinggang,KAWAL MAKAN PROTEIN JAGA BUAH PINGGANG,kepentingan penjagaan jantung peparu dan ginjal yang sihat,penjagaan ginjal,cadangkan bagaimana anda dapat menjaga kesihatan ginjal,petua kesihatan buah pinggang,cara nak jaga buah pinggang,cara lindungi buah pinggang dari rosak,bagaimana nak buah pinggang sehat,senaman utk pesakit ginjal,7 cara jaga buah pinggang,amalan yang menyihatkan ginjal,pemakanan seimbang dalam penjagaan makan buah pinggang,cara-cara menjaga kesihatan ginjal,makanan yang baik untuk menjaga buah pinggang,KAWALAN MAKANAN UNTUK BUAH PINGGANG,Makanan untuk menjaga kesihatan buah pinggang,Makan apa bagus untuk buah pingang,makanan sesuai untuk jaga buah pinggang,MAKANAN TERBAIK JAGA BUAH PINGGANG
{ 5 comments… add one }
  • Gucci Messenger Bags 21/10/2012, 2:05 pm

    When i absolutely love gucci man chocolates bailey icon lovers is definitely my very own information lovers(the moment im acceptable consumers directly on christmas day)!!! When i carry my very own each time! I’ve a dull long lovers, which i have unfortunateky started grow out of having a black colored cardy lovers, that tend not to protect my very own lower limb in which trend setting! im purely thirteen and therefore i have everything else but! document purely ever in your life would like with respect to an anniversary right now! its certainly my very own(14) bday directly on sat and therefore i should have had gotten the main vintage gucci purses although i already have needed my very own offers! i may certainly reccommend 2012 gucci fiat any of us!

  • Bedak Arab 26/05/2013, 11:44 pm

    Inayallah cuba amalkan cara menjaga buah pingggan nie, thanks info 🙂

  • Azlia 16/04/2015, 7:23 am

    Info berguna. Ramai yang tidak mengetahuinya. Semoga bermanfaat untuk semua.

  • grunge 18/04/2016, 10:17 pm

    Petua yg mudah dan murah yg betul2 berkesan.guna daun sup.rebus dan minum air rebusan daun sup itu.inshaa Allah ia akan membersihkan buah pinggang anda.kongsilah bersama

  • jagungbakar 23/07/2016, 10:59 am

    minum air suam banyak2 ,
    jaga makan.

Cancel reply

Leave a Comment