≡ Menu

Cinta Antara Pemuda Pemudi – Tipu daya syaitan atau seruan Ilahi

Cinta Antara Pemuda Pemudi

Love at first sight? Kata-kata ini amat masyhur bagi orang yang sedang bercinta. Cinta sememangnya intim dalam kamus kehidupan insan, namun sering kari disalah tafsirkan dan salah penafsiran ini mendorong kepada salah tindakan. Maksud cinta itu sendiri adalah perasaan atau berperasaan sangat berahi(asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan.

Apabila kalimah cinta diucapkan, nescaya akan bergetarlah hati dan perasaan. Manakala lidah menjadi kelu menunjukkan betapa besarnya kuasa kalimah cinta sehingga kadang-kala dapat menutup akal seseorang untuk berfikir secara waras. Jika cinta yang lahir tidak dibatasi dengan kesempurnaan agama, nescaya akan mengheret diri ke lembah hina.

MERUBAH BUDAYA CINTA

Bukan mudah untuk kita merubah persepsi budaya bercinta sebelum berkahwin. Melihat senario pada hari ini, pemuda-pemudi”berdating” berkepit ke sana ke mari tanpa ada ikatan yang sah sudah menjadi pemandangan yang biasa. Kononnya cinta setulus dan semurni cinta Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet serta Uda dan Dara. Cinta sebenar perlu dibuktikan, bukan hanya sekadar pendaman rasa atau luahan kata. Namun praktikal ‘Love is a verb’ini sangat terbatas apabila hubungan cinta dijalinkan sebelum perkahwinan. Jika cuba dipraktikkan juga nescaya akan menyebabkan keterlanjuran serta melanggar hukum-hukum Allah s.w.t.

Hakikat yang tidak dapat kita nafikan ialah apa yang berlaku kepada masyarakat Islam pada hari ini. Kebanyakan pemuda-pemudi yang menjalinkan hubungan cinta sebelum perkahwinan telah mempraktikkan ‘Love is a verb’ tanpa memikirkan larangan dan batasan agama. Ekoran daripada ini banyak maksiat-maksiat yang berlaku tanpa dapat dibendung. Sesetengah daripada pemuda-pemudi memberi alasan sudah bertunang untuk menghalalkan perbuatanmereka.

Ini merupakan satu fahaman yang salah dan seolah-olah cuba mengeksploitasikan sesebuah ikatan pertunangan. Pertunangandalam Islam tidaklah mempunyai apa-apa keistimewaan kecuali mengharamkan orang lain untuk meminang perempuan tersebut, kerana maksud pertunangan itu sendiri adalah berazam untuk bernikah atau berkahwin.

CINTA TIPU DAYA SYAITAN

Dalam satu n’wayat ada menoeritakan tentang dialog iblis Iaknatuflah dengan Nabi Muhammad s.a.w. Antara isi kandungan perbualan itu adalah berkisar mengenai tipu daya iblis untuk memerangkap anak Adam supaya menjadi pengikutnya. Antara helah  iblis adalah memperdayakan anak Adam melalui hubungan cinta yang tidak berlandaskan syariat.

Sepertimana yang telah diriwayatkan. Rasulullah telah bertanya kepada iblis: ”Hai Iblis, Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah ?” Jawab iblis, “AdaIah satu kemajuan bagi perempuan yang rnerenggangkan kedua pehanya kepada Ielaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat derhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak.

Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malun ya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau beramal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supa ya menambahkan maksiat dan mengambil isteri onang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Apabila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat.”

Lihatlah betapa banyaknya perancangan iblis untuk menggoda anak Adam. Hanya dengan jarum suntikan cinta daripada iblis telah menyebabkan ramai umat Islam terpedaya dan terus dibuai nafsu syahwat yang menggila.

CINTA ADALAH FITRAH

Cinta antara lelaki dan wanita merupakan gambaran cinta yang paling sempurna di dunia antara makhluk-makhluk Allah yang lain. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dihiaskan kepada manusia, mencintai syahwat (keinginan nafsu) seperti perempuan-perempuan, anak-anak dan harta benda yang banyak daripada emas, perak, kuda yang bagus-bagus, binatang-binatang ternakan dan tanam-tanaman. Demikian itulah kesukaan hidup di dunia, dan disisi Allah tempat kembali yang sebaik-baikn ya (iaitu syurga).

Allah s.w.t telah mendahulukan cinta wanita daripada segala bentuk cinta yang laindaripada syahwat-syahwat dunia. Kemudian diikuti cinta kepada anak-anak, cinta kepada emas yang merupakan harta benda yang paling bernilai di dunia ini serta binatang ternakan dan juga tanaman. Dari sini lahirlah hubungan serta ikatan yang kuat antara cinta dan tabiat semulajadi manusia, kerana wanita diciptakan daripada sebahagian diri lelaki, sepertimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan yang kamu daripada diri yang satu dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya berkembang biak lelaki dan perempuan yang banyak. Dan takutlah kepada Allah yang pinta-meminta kamu dengan namaNya, dan(takutlah akan memutuskan) silaturrahim.Sesungguhnya Allah mengawasi kamu

CINTA SEJATI

Ada kah wujud cinta sejati? Sebenarnya jawapan itu telah terjawab dalam setiap diri individu itu sendiri. Ketahuilah! Sesungguhnya cinta sejati itu tidak akan wujud dengan sempurna kecuali selepas perkahwinan. Cinta sejati bukan sekadar luahan kata serta pendaman rasa cinta, bahkan ianya menuntut kepada seribu satu pengorbanan yang tidak dapat tidak harus dilaksanakan oleh setiap pasangan dengan rasa ikhlas dan penuh tanggungjawab.

Tegasnya cinta mempunyai fungsi dan natijah yang sangat besar dalam kehidupan. Di samping itu juga, Allah mengurniakan hukum cinta yang mesti dipatuhi demi mencapai maksud penciptanya. Dengan “hukum” itu, Allah mengatur agar cinta sentiasa selamat dan menyelamatkan. Begitulah cinta dalam Islam, ia mempunyai kaedah dan peraturan demi kemurnian dan kesuciannya.

Selagi manusia berpegang kepada peraturan ini, selagi itulah cinta terpelihara dalam sifat fitrahnya yang asal, yakni murni, indah dan mententeramkan. Sebaliknya, jika peraturan ini dilanggari, cinta akan bertukar menjadi kotor, jijik dan menyeksakan.

Tidak dapat dinafikan setiap sesuatumempunyai zahir dan batin, baik dan buruk,begitu juga dengan cinta, ada cinta hakiki (sejati) dan palsu, serta ada cinta yang dihalalkan dan diharamkan. Cinta yang hakiki diibaratkan seperti bunga mawar yang tumbuh di atas tangkainya, mengembangkan kelopaknya dengan sempurna tanpa dicemari oleh tangan-tangan yang merosakkan. Mempunyai bau yang harum, yang tidak boleh dicium atau disentuh kecuali pemiliknya.

Manakala cinta palsu diibaratkan bungayang tumbuh di atas tangkainya, cantik warnanya serta memikat bagi sesiapa yang melihatnya tetapi tidak mempunyai bau yang harum. Yang manakah menjadi pilihan kita? Tepuk dada tanyalah iman.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: