≡ Menu

Dia Pemuda Yang Diriwayatkan

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Kini genaplah pemergiannya lebih 550 tahun. Pemergiannya telah banyak merubah dunia dan menjadikan orang-orang yang memusuhinya dan agama bergembira dengan pemergiannya. Siapakah orang ini?

    Dia dilahirkan sebagai seorang yang bakal merubah dunia ini. Dilahirkan oleh ibunya, Permaisuri Aishah di istana diiringi dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh bapanya, Sultan Murad di bilik tempat bapanya beribadat. Lahirnya merupakan satu penantian keluarganya dan pihak istana lantaran dialah bakal mewarisi takhta apabila bapanya meninggal dunia.

    Lahirnya membawa kegembiraan pihak istana dan seluruh negara tetapi kelahirannya membawa berita musibah buat musuh. Lantas pada zaman kecil lagi, dia dididik oleh Syeikh Bayram dan bapa saudaranya seorang panglima perang. Didikan demi didikan yang diterima dan asuhan yang diadunkan kedalam hatinya menjadi dirinya seorang pemuda yang cukup baik akhlaknya.

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

    Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat akibat diracun.

    Siapakah dia ini? Dialah Sultan Muhammad Al-Fateh, pemuda yang telah membuka Kota Konstantinopel. Dialah pemuda yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;

     

    “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment