≡ Menu

Dilema Seorang Anak

anak-anak

Cucu-cucu yang dikasihi,
 
Baru-baru ini nenek menerima sepucuk surat daripada seorang pelajar perempuan IPTA bernama Ina (nama samaran). Beliau megadu dan menceritakan kesedihannya berkenaan bapanya yang mempunyai hubungan dengan perempuan lain.
 
Menurut Ina, ayahnya telah “digunagunakan”  oleh perempuan tersebut. Ibu dan ayah sering  bergaduh, malah hubungan ayah dengan anak- anak menjadi semakin renggang.
 
Sejak hari itu, Ina sangat membenci ayah yang  kerap tidak pulang ke rumah. Pelajaran adik- beradiknya pula semakin merosot. Perasaan  benci Ina mendorongnya berdoa supaya ayahnya segera mati daripada melukai hati ahli keluarga. Astaghfirullah. Nenek sangat  bersimpati dengan apa yang berlaku kepada  Ina. Namun Islam menuntut kita agar menghormati ibu dan ayah sekalipun mereka berakhlak buruk. Bukan sahaja tidak boleh menderhaka, tidak mendoakan kesejahteraan kedua-duanya juga sudah dianggap derhaka, apatah lagi mendoakan kecelakaan.
 
Cucu-cucuku,
 
Memang agak sulit untuk menangani seorang ayah, apalagi memandangkan kedudukan kita sebagai anak. Betulkah seorang ayah itu jahat kepada keluarganya? Jika benar si ayah tadi “diguna-gunakan”, kita sebagai anak wajar membantunya, bukan membenci.
 
Paling tidak, sekurang-kurangnya bantulah diri kita sendiri terlebih dahulu. Cuba lawan rasa kecewa, marah dan benci yang ada dalam diri. Kemudian jalani hidup dengan sebaik-baiknya. Bukankah setiap masalah itu adalah hukum kehidupan yang perlu diterima oleh semua manusia.
Lihatlah di sekeliling kita. Insafilah, ada orang lain menghadapi masalah yang lebih sukar daripada kita. Misalnya ada adik-beradik yang ramai tetapi telah kematian bapanya. Ibu pula sakit kerana bertungkus Iumus mencari rezeki. Sedangkan kita?Syukur kepada Allah s.w.t. kerana masih mempunyai ibu dan bapa yang sihat.
 
Anggaplah Ujian Satu Cabaran
 
Nenek sebenarnya ingin memberikan semangat kepada cucu-cucu, jangan terlalu mengharap dunia akan jadi seperti apa yang kita idamkan. Janganlah hendaknya tekanan masalah ini mengganggu tugas cucu-cucu sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan dan sandaran keluarga dan masyarakat.
 
Tunjuklah teladan yang baik temtama kepada adik-adik yang masih muda. Mereka melihat kita. Jika kita “stabil” dalam menghadapi cabaran ini, maka mereka juga akan mendapat suntikan semangat. Sebaliknya, jika mereka melihat kita goyah, mereka juga akan goyah dan mungkin terus patah. Begitu juga si ayah, dia pasti berbangga dengan prestasi anak-anaknya. Gunakanlah kelebihan ini untuk mendekati dirinya. Apabila sudah ada interaksi, maka mudahlah berkomunikasi dan menyelami masalahnya. InsyaAllah, kelak kita akan mendapat gambaran masalah ini dengan lebih luas dan jelas. Sekurang-kurangnya ini dapat menghilangkan rasa benci kepada si ayah.
 
Terus Berdoa dan Bersangka Baik
 
Rasulullah s.a.w. pernah menyebut doa merupakan senjata yang ampuh bagi Mukmin. Gunakanlah “senjata” itu untuk menangani masalah ini. Ingatlah, doa anak yang soleh terhadap ayahnya pasti dimakbulkan Allah s.w.t. Sama ada ayah itu masih hidup ataupun sudah mati. Sama ada ayah itu masih siuman ataupun telah “diguna-guna”. Jika benar si ayah “diguna-gunakan”, bermakna dia telah disihir.
 
Hanya kuasa Allah sahaja yang mampu melawan kuasa jahat yang didalangi oleh syaitan itu. Marilah berdoa, menunaikan solat Hajat dan bacalah ayat-ayat suci al-Quran serta beramallah dengan niat melawan sihir yang sedang membelenggu.
Sayangilah ayahmu walau apa jua keadaannya. Berbuat baik terhadap ayah bukanlah kerana kebaikan yang telah, sedang dan akan dicurahkannya tetapi kerana itu perintah daripada Allah s.w.t. Jika kita benar-benar cinta akan Allah, berbuat baiklah kepada ibu bapa walau seburuk mana pun mereka.
 
Cucu-cucuku,
 
Permasalahan orang tua
 
Lebih manis jika orang tua yang menyelesaikannya. Biarlah ibu, bapa saudara serta sanak saudara yang lain memikirkan cara menyalesaikan masalah ini. Berikanlah mereka masa. Peranan kita sebagai anak pula apabila sesekali ayah balik, tunjukkanlah kemesraan tanpa apa-apa perubahan.
 
Tidak mustahil jika diizinkan Allah s.w.t., si ayah akan kembali berfikir dengan tenang dalam membuat pilihan sama ada memilih anak-anaknya atau memilih perempuan itu. Jika cucu-cucu telah menyayangi, mengasihi dan mendoakan kesejahteraannya, nenek tidak teragak-agak Iagi menyatakan bahawa ayah akan memilihmu.
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

dilema seorang anak
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment