≡ Menu

Dosa Dengan Allah

Dosa Dengan Allah

1. Menyekutukan Allah s.w.t. dengan mana-mana makhluk (syirik).

Mereka berharap dengan manusia dan wang. Mereka lupa kepada Allah yang memberi rezeki.
 
2. Meninggalkan solat fardu.
 
Terdapat remaja malah orang dewasa yang tidak mengenal sejadah, apatah lagi masjid. Kalau sudah bekerja dan mendapat pendapatan sendiri, solat ditinggalkan sedikit demi sedikit sehingga akhirnya terlupa semua bacaannya.
 
3. Tidak membayar zakat.
 
Ahli perniagaan yang mengaut keuntungan berganda-ganda tidak pernah terfikir untuk mengeluarkan zakat mahupun menderma kepada orang miskin. Bagi mereka, cukuplah zakat fitrah yang dikeluarkan setiap tahun sebelum Syawal.
 
4. Zina.
 
Ia bukan sahaja berlaku dalam kalangan, remaja malah orang tua juga. Perbuatan ini sudah pastinya daripada cabang dosa besar.
 
5. Homoseksual yang berlaku dalam masyarakat kita tanpa kawalan.
 
Mereka tahu perbuatan ini songsang dan salah, tetapi tetap melakukannya.
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment