≡ Menu

Hukum Isteri Meminta Cerai

Kini kadar kes peceraian kian meningkat saban hari. Pelbagai masalah yang berlaku sehingga menyebabkan penceraian demi penceraian berlaku dan mengakibatkan anak-anak terbiar. Namun begitu, penceraian yang berlaku adakalanya bukan salah wanita mahupun lelaki. Seringkali penceraian yang berlaku apabila suami atau isteri mengabaikan tanggungjawab atau keinginan suami atau isteri melampaui batas kemampuan. Namun begitu, banyak kes penceraian yang berlaku hasil daripada isteri meminta cerai atau isteri menuntut fasakh. Terdapat hukum yang berkait dengan tindakan isteri memohon cerai di mahkamah.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir r.a yang menyebutkan bahawa Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda:
“Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian dia mengirimkan bala tenteranya. Orang bawahan yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah lakukan ini dan itu.’ Lalu Iblis menjawab, ‘Engkau belum melakukan apa-apa lagi yang besar.”

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam melanjutkan, “Lalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, “Aku mengikuti manusia sehingga aku tidak meninggalkan mereka melainkan aku telah berhasil memisahkan seorang suami dan isterinya.’’ Lalu iblis memanggilnya agar dia dijadikan dekat dengan Iblis dan berkata, “Sebaik-baik fitnah adalah usaha yang telah engkau lakukan.(Hadis Sahih riwayat Muslim no. 2813)Seorang ulama’ ahlul sunnah pernah menyebutkan bahawa tidaklah ada perkahwinan melainkan seorang wanita itu pasti pernah meminta cerai daripada suaminya lantaran didesak oleh Syaitan.Sabda Nabi bermaksud:

“Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang lebih dibenci oleh-Nya dari talak.” Dan lagi: “Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak.” (Riwayat Abu Dawud)
Hukum isteri menuntut cerai terbahagi kepada dua:
1)Haram
“Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa mempunyai sebab yang diterima Islam, maka diharamkan baginya untuk mencium bau syurga.”(Riwayat al-Hakim)
Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan yang munasabah, maka haram baginya bau syurga.”
Hadith diatas menerangkan kepada kita bahawa isteri tidak boleh meminta cerai dari suami tanpa alasan yang munasabah.  Maksud alasan yang munasabah ialah umpama suami yang kaki judi, merampas wang isteri, minum arak, kaki pukul isteri, tidak memberi nafkah atau apa-apa pelanggaran syari’at yang lain. Termasuk pelanggaran syari’at ialah apabila suami secara sengaja tidak melaksanakan peranannya sebagai pemimpin ke atas isterinya. Jika tanpa alasan yang munasabah, maka isteri tidak boleh meminta cerai daripada suaminya.
2)Harus
Seorang wanita itu boleh menuntut cerai apabila isteri mempunyai sebab yang munasabah untuk membolehkannya menuntut cerai.Menurut Ibn Hazm dalam Kitabnya, al-Muhalla:“Suami wajib  memberi nafkah batin (layanan) kepada isterinya sekurang-kurangnya satu kali suci daripada haid (sebulan sekali). Ayat al-Quran dan hadis serta pandangan ulama menunjukkan pentingnya tanggungjawab suami dari segi memberi nafkah zahir dan batin bagi menjaga kerukunan rumah tangga. Jika tidak perkahwinan akan hancur.”Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam memperuntukkan suami atau isteri yang tidak menunaikan tanggungjawab nafkah batin kepada pasangannya boleh memohon cerai fasakh. Namun peruntukan ini mensyaratkan pengabaian itu adalah tanpa sebab yang munasabah mengikut hukum syarak lebih setahun.

Seksyen 53(1)(d) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor, 2003 memperuntukkan,

“Seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu (d) suami atau isteri tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;”

Berdasarkan peruntukan itu, sesuatu perkahwinan boleh difasakhkan atas satu atau lebih alasan yang dinyatakan mengikut Seksyen 53. Jika memohon fasakh atas alasan dinyatakan di atas dan dibuktikan maka mahkamah ada bidang kuasa membubarkan pernikahan. Namun apa yang biasa timbul di Mahkamah Syariah hari ini terlalu jarang suami memohon fasakh atas alasan itu. Kebiasaannya wanita yang menggunakan peruntukan ini jika suami mengabaikan nafkah batin.

Tidak dinafikan, nafkah batin adalah soal peribadi dan rahsia mutlak wanita. Hanya isteri selain Allah mengetahui dia tidak bersama suami. Isteri harus bersumpah untuk membuktikan dakwaannya.

Fasakh atas alasan tidak menunaikan nafkah batin bersandarkan hukum syarak. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaily dalam kitabnya Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu

“Peruntukan fasakh atas alasan suami tidak menunaikan nafkah batin dibuat berdasarkan pandangan Mazhab Maliki. Menurut pendapat ini, tidak menunaikan nafkah batin diterima sebagai alasan memohon fasakh kerana dianggap penderaan terhadap isterinya. Penderaan merangkumi segala apa yang lahir daripada suami sama ada perbuatan, perkataan dan perbuatannya yang memudaratkan isteri dalam setiap keadaan walaupun suami tidak bermaksud menyakitinya.”

 

Kini jelas kepada kita bahawa ada perkara yang boleh bagi wanita itu menuntut cerai dan ada perkara yang haram bagi wanita itu menuntut cerai. Namun begitu, kita perlu ingat bahawa penceraian itu bukanlah satu jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah rumah tangga. Meskipun isteri itu lebih besar kerjayanya dari suami, walaupun isteri seorang artis sekalipun, tempat seorang isteri itu di sisi suaminya. Jika tanpa alasan dan sebab yang munasabah, haram bagi wanita itu menuntut cerai walaupun cerai itu adalah perkara yang makruh.

“Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang lebih dibenci oleh-Nya dari talak.” Dan lagi: “Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak.” (Riwayat Abu Dawud)

 Wallahu a’lam
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

hukum suami mengabaikan nafkah batin,hukum isteri minta cerai kerana tidak bahagia,hukum suami tidak memberi nafkah batin,isteri minta cerai,nafkah batin,hukum isteri minta cerai,istri minta cerai,nafkah batin menurut islam,hukum suami tidak memberi nafkah,hukum istri minta cerai,hukum suami tidak memberi nafkah zahir dan batin,hukum suami abaikan nafkah batin,suami gagal beri nafkah batin islam,hukum suami tak bagi nafkah,hukum suami tak beri nafkah,isteri minta cerai kerana tiada persefahaman,hukum minta cerai suami penagih dadah,isteri boleh mintak cerai,seorang isteri bole meminta cerai berdasarkan,suami abaikan nafkah batin,buat duit dibrunei,syariah brunei masalah rumah tangga,suami tak bagi nafkah,kebaikan bercerai kerana suami penagih dadah,kes isteri minta cerai,suami penagih dadah bolehkah isteri minta cerai,isteri mitak fasak,isteri mitak cerai di makamah,apa hukum isteri minta cerai,apakah hukum isteri meminta cerai bg suami yang ambil dadah,bolehkah isteri memintak cerai kepada suami tidak memberi nafkah zahir,cerai atas sebab tidak beri nafkah batin,hukum isteri meminta cerai kerana sering dipukul,hukum isteri minta cerai melebihi 3 kali,hukum suami abaikan isteri,alasan suami penagih isteri minta cerai,isteri minta cerai desakan syaitan,isteri minta cerai di malaysia,isteri minta cerai sbb kurang nafkah,tindakan mahkamah syariah terhadap suami isteri yang sudah tidak bahagia
{ 4 comments… add one }
  • moncler femme 30/10/2012, 5:45 pm

    This is the best article I have read, thank you, I have learned a lot of knowledge in this area.

  • bella 27/03/2015, 6:44 am

    ok lets say kalau I nak minta cerai.. sebb dia tidak memberi nafkah zahir pada saya ?? so macm mne plk ek

  • pak tok 16/08/2016, 12:37 am

    Saya telah dibuang oleh isteri dan ank2 kerana kesalahan kecil….isteri pernah mengaku berzina bersama sahabat saya…waktu kejadian l.kurang 20 thn yg lampau. sya tidak ceraikanya kerana bila teringat ank yg masih kecil seramai 3 org waktu itu…sya memendam rasa bertahun2 tiada siapa tahu…tapi sya masih terasa mcm kejadian baru berlaku smlm…bila usia mencapai keangka 59 thun..ank2 telah memegang jawatan besar,…isteri mula menjauhi saya…dan diatas hasutan ank2 menantu, isteri sya nusyuz…tinggalkan sya…dan puas sya pujuk lama2 terpaksa sya ceraikan dgn talaq 1.
    saya amat sedih lgi bila pd 1 & 2 syawal yg lepas tiada seorang pun yg dtg temui saya….Ya Allah berilah aku petunjuk agar aku tidak tersesat dan mengerjakan segala perintahMu….Aamiin

Leave a Comment

Next post:

Previous post: