≡ Menu

TIF!!! Hukum menyambut perayaan kaum lain

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Perayaan

    Kini masyarakat Malaysia sedang menikmati cuti Tahun Baru dan Hari Krismas. Banyak permis-premis kerajaan mahupun persendirian dihiasi dengan hiasan yang berwarna-warni. Tak kurang juga ada yang meletakkan pokok rhu yang dihiasi dengan hiasan pokok krismas. Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa perbuatan menyambut perayaan kaum lain bertentangan dengan syariat Islam.

     

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, setiap kali apabila perayaan Ummat Islam bertembung dengan kaum lain, pasti akan diuar-uarkan didalam televisyen kempen ‘Kongsi Raya’ dan sebagainya. Amalan ini sebenarnya merupakan suatu bidaah yang telah wujud kira-kira tahun 600 Hijrah lagi. Hasil daripada perkara ini, ulama’ telah mengeluarkan fatwa mengenai hukum “Kongsi Raya” ini bukan hanya di Malaysia, bahkan ulama’-ulama’ di negara-negara lain.

     

    Dalam kitab Iqtidha’ sirathil Mustaqim fi Mukhalafi Ashabil Jahim oleh Syeikhul Islam Abdul Halim Ibn Taimiah Al-Harrani Rahimahullah dan kitab Tasybihul Khasis bi Ahlil Khamis- Oleh Al-Hafiz Az-Zahabi anak murid kepada Ibn Taimiyyah menyebut bahawa haram bagi ummat Islam menyertai perayaan kaum kuffar.

    1. Firman Allah S.W.T:

    وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

    Maksudnya: dan (hamba-hamba Ar-Rahman itu) mereka tidak menghadiri Az-Zur dan apabila mereka melintas dengan perkara yang sia-sia mereka lalu dengan penuh kemuliaan.

    (Surah Al-Furqan:72)

    Dalam ayat ini, diterangkan tentang sifat ‘Ibadur Rahman atau Mukmin sejati. Pada kalimah Az-Zur, pada asalnya bermakna segala erkara batil dan dusta tetapi nampak elok. Pada kalimah ini terdapat dua tafsiran, pertama ialah saksi yang palsu. Akan tetapi, ianya lemah kerana jika persaksian, maka mesti disebut dengan: لا يشهدون بالزو- . Makala pendapat yang kedua pula ialah majlis-majlis yangpadanya terdapat kebatilan kerana perkara batil ianya dilihat secara luarannya nampak elok. Contohnya mengadakan konsert nyanyian dengan tujuan amal. Menurut riwayat Ibnu Abbas, Az-Zur ialah: Perayaanperayaan Musyrikin. Manakala ulamalain menyatakan ianya adalah ” Majlisul Ghina’ wal Ma’azif’ (Majlis Nyanyian dan Muzik)

    حدثنا قتيبة حدثنا بن لهيعة عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ليس منا من تشبه بغيرنا لا تشبهوا باليهود ولا بالنصارى فإن تسليم اليهود الإشارة بالأصابع وتسليم النصارى الإشارة بالأكف

    Telah memberitakan kepada kami(At-Tarmizi) Ibn Lahi’ah daripada ‘Amru bin Syuaib dari bapanya dari datuknya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: ” Bukanlah daripada kami sesiapa yang meniru dengan selain kami,janganlah meniru Yahudi dan Nasrani dan sesungguhnya salam Yahudi itu dengan isyarat jari dan salam Nasrani itu dengan tapak tangan.

    Berdasarkan hadith ini, ulama melarang kita mengangkat tangan apabila kita berjumpa sebagai isyarat salam. ibnu Taimiyyah mengatakan bahawa hadith Ibnu Umar menyatakan bahawa haram bertasyabbuh walaupun secara zahir hadithnya menyatakan mutad orang yang bertasyabbuh. oleh itu, terdapat beberapa ulama’ mazhab Maliki dan Hanafi berfatwa bahawa orang yang memberi hadiah lilin kepada Nasrani pada hari krismas adalah murtad.

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    Manakala, Ibnu Umar R.A berkata:

    من بنى بأرض المشركين وصنع نيروزهم ومهرجانهم وتشبه بهم حتى يموت حشر معهم يوم القيامة

    “Sesiapa yang tinggal di negeri musyrikin dan membuat perayaan Nairuz dan Mahrajan mereka dan meniru gaya hidup mereka sehingga mati, maka dia akan dibangkitkan pada Hari Kiamat dalam golongan mereka(Musyrikin)”

    Ini menjelaskan bahawa haram menyertai ibadat mereka pada perayaan tersebut dan sehingga kini, masyarakat Syiah masih lagi menyambut perayaan Nairuz dan Mahrajan. Jika menyambut perayaan sesuatu kaum itu haram kerana asalnya datang daripada kaum musyrikin, inikan pula menyambut perayaan Krismas, Depavali Tahipusam dan Tahun Baru Masihi yang secara langsungnya berkait dengan agama.

    عن ‏ ‏أنس ‏ ‏قال‏ ::; ‏قدم رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏المدينة ‏ ‏ولهم يومان يلعبون فيهما فقال ما هذان اليومان قالوا كنا نلعب فيهما في الجاهلية فقال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إن الله قد أبدلكم بهما خيرا منهما يوم الأضحى ويوم الفطر ‏

    (Daripada Anas Bin Malik R.A: Telah tiba Rasulullah S.A.W. di Madinah dan bagi penduduk Madinah itu ada 2 hari yang mereka bermain dan bersuka-suka padanya lalu Baginda bersabda: apakah 2 hari ini? Mereka menjawab: Adalah kami bermain dan bersuka-suka pada keduanya di waktu jahiliah. Maka Bersabda Rasulullah S.A.W.: Sesungguhnya Allah telah gantikan tempat kedua hari ini dengan Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri.)

    (Riwayat Abu Daud,Nasai,Turmizi dan Ahmad)

    Dalam hadith ini, Rasulullah S.A.W melarang para sahabat bermain-main dan bersuka-suka ada hari Mahrajan dan Nairuz dan Allah Taala menggantikannya dengan 2 Hari Raya.

    Hari raya adalah hari untuk menzahirkan kepercayaan-kepercayaan agama. Apakah mungkin umat Islam yang memiliki aqidah mentauhidkan Allah dapat menyambut perayaan lain yang penuh dengan kesyirikan dan kebatilan? Terbayangkah di fikiran kita, apakah mungkin seseorang mengucapkan tahniah kepada penjenayah bunuh, rogol dan seumpamanya. Jika kita mengatakan tidak, maka Kongsi Raya  lebih utama untuk ditidakkan, kerana kongri raya membawa maksud reda dan setuju kepada kepercayaan-kepercayan yang ada dalam sesuatu perayaan tersebut. Apakah masuk akal, seseorang muslim yang mentauhidkan Allah mengucapkah tahniah kepada  seorang Budha, Hindu atau Kristian yang sedang menyembah tuhan  mereka ? Sesungguhnya Kongsi Raya tidak mendatangkan kebaikan kepada umat Islam melainkan ia menghakis keimanan dan jati diri umat Melayu Muslim. Allah swt berfirman :

     Maksudnya : “Jika kamu kufur, sesungguhnya Allah tidak berhajat sesuatu daripada kamu, dan Dia (Allah) tidak redha akan kekufuran  hamba-hambanya, dan jika kamu bersyukur nescaya Dia meredhai kamu dengan kesyukuranmu itu.” (al-Zumar : 7)

     

    Oleh itu, sebaiknya kita dinasihatkan supaya jangan menyambut perayaan kaum lain kerana dibimbangi akan berlaku syirik. Meskipun sesetengah daripada kita menganggap perkara ini adalah remeh, tetapi sebenarnya ianya berkait rapat dengan akidah kita sebagai seorang muslim..

    Perayaan

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment