≡ Menu

Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer Selamat Di Ijab Kabulkan

IRMA HASMIE DAN REDZA KAHWIN

irma hasmie dan redza kahwin tahniah buat pasangan cantik nampak sama cantik sama padan nampak sinar berseri di wajah tanda suci sebuah hubungan hubungan murni sebuah perkahwinan semoga kamu berjaya irma dan redza menempuh gelora di alam rumahtangga agar kebahagiaan tetap milik kamu tahniah lagi sekali,

Jumpa Di Mekah Petanda Baik Hubungan Irma Hasmie & Redza

PETALING JAYA: Suami kepada pelakon dan pengacara, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan menyifatkan kehadiran isterinya itu diumpamakan kurniaan Allah yang begitu istimewa. Redza, 31, berkata, dia sangat bersyukur telah dipertemukan dengan Irma, 30, di kota Mekah ketika menunaikan umrah lalu dan yakin pilihan tersebut merupakan jodoh buatnya dunia dan akhirat. “Walaupun perkenalan kami cukup singkat tetapi saya yakin dengan jodoh dan ketentuan Allah yang mempertemukan kami di kota suci, Mekah. “Tambahan pula pertemuan kami di tempat yang paling mulia dan ia adalah petanda baik buat kami berdua.

“Alhamdulillahlah perjalanan untuk ke alam perkahwinan ini dipermudahkan,” ujarnya ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini, Jumaat. Irma dan Redza telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad dengan sekali lafaz. Pihak perempuan menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin bernilai RM2,220 sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, Irma ketika ditemui berkata, dia bersyukur dengan perkahwinan tersebut dan tidak sabar untuk memulakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Menurut Irma, sifat Redza yang bertanggungjawab, jujur dan penuh dengan kasih sayang telah membuatkan dia jatuh hati kepada lelaki itu. “Seperti mana kata suami, ketika di Mekah semuanya kelihatan mudah dan pintu hati saya benar-benar terbuka untuk menerima suami,” katanya. Pasangan tersebut memberitahu amat gembira jika Allah mengurniakan cahaya mata dengan cepat untuk mereka.

Dunia Maklumat

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

irma hasme dan suami
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment