≡ Menu

Islam vs Globalisasi

Islam vs Globalisasi

Dunia globalisasi kini telah menjadikan Islam tersebar dengan pelbagai bentuk antaranya yang tetrkini “Islam Hadhari”, “Islam Era 2020”, “Islam of the future” dan lain-lain lagi diperbentuk mengikut alat masa kini. Namun di sebalik Islam yang cuba dicanangkan, adakah dapat direalisasikan mengikut jalan Allah dan Rasul s.a.w.?

Bila dikaji semula, peranan mereka yang ingin menjalankan sistem Islam sedikit sebanyak telah menyimpang dari jalan yang sebenar. Bukan sedikit hadaf yang diperlukan dalam melaksanakan sistem Islam, tetapi kepandaian mereka mengambil hanya sejuzuk dari sistem lslam.

Telah menyebabkan hadaf Islamisasi yang ingin ditonjolkan nampak terlalu canggung. Contohnya “Islam Hadhari” yang digemburkan boleh mengislamkan Malaysia sepenuhnya adalah satu kajian yang bernas dan baik lalu patut dilaksanakan tetapi kecanggunggan berlaku di sini apabila Islam itu hanya dilaksanakan di bahagian pembangunan dan kemajuan sahaja, tetapi dalam masa yang sama aspek pembinaan syakhsiah kemanusiaan terus dilupakan.

Itu adalah suasana yang berlaku di Malaysia, belum lagi kita mengkaji dunia yang luar dari ‘dunia Malaysia kita’  contohnya Iraq. Di manakah nilai-nilai dan maruah Islam ketika pemimpin besar lraq ditangkap. Saddam Husin dipenjara dan dipertontonkan di hadapan orang bukan Islam. Lebih daripada itu, dia dicela, disumpah dan diejek oleh masyarakat non muslim dalam satu perjumpaan terbuka pemimpin-pemimpin dan ahli politik Amerika Syarikat. Tidak ada negara-negara Islam yang cuba membantah perilaku orang-orang kafir dalam menghukum saudara Islam sendiri  ini. Kalaupun Saddam Husin bersalah dengan pelbagai genjatan sosial yang berlaku terhadapnya, mengapa tidak orang-orang Islam sendiri yang menghukumnya? Malah hingga kini rakyat Iraq yang tidak bersalah masih lagi ditindas oleh pihak-pihak kuffar. Di manakah kita selaku mentaliti agamawan?

Dimanakah pertubuhan terbesar Islam dalam menangani masalah-masalah yang berlaku dalam negara Islam? Bilakah perpaduan akan berlaku hingga kesatuan yang Islam wujudkan dapat menggentarkan anjing kuffar ini. Lalu sentiasalah kita membetulkan niat kita dalam setiap langkah. Buangkan sifat sifat ‘ananiah’ yang membelenggu diri. Thabatkan ilmu dalam menempuh dunia globalisasi. Moga dengan kematangan ilmu yang ada boleh digunakan untuk mengislamkan Malaysia dan  dunia sepenuhnya.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 1 comment… add one }
  • Farina Al-Khareid 17/06/2015, 7:27 pm

    satu info yg menarik. kebanyakan org mengikut ideologi berbanding islam. kita perlu mengambil islam sepenuhnya bukan sebahagian sahaja. jadi, banyakkan ilmu agama.

Cancel reply

Leave a Comment

Next post:

Previous post: