≡ Menu

Jenis-jenis Perasa Istimewa Masakan Jepun

Jika sebut mengenai Jepun, pasti ramai yang memikirkan mengenai makanan dan kartun Anime. Tidak kurang juga ada yang memikirkan tentang teknologi Negara Matahari Terbit itu. Namun begitu, terdapat rahsia di sebalik makanan negara Matahari Terbit itu yang jarang diketahui ramai.

 

Dalam masakan Jepun, setiap chef akan menggunakan beberapa jenis perasa utama yang sering digunakan dalam membuat makanan Jepun, terutamanya sushi. Terdapat 8 jenis perasa yang digunakan untuk membuat masakan Jepun yang popular dan sering digunakan.

 

1)Dark and Light Soy Sauce.

Dark and Light Soy Sauce atau lebih dikenali dengan panggilan  Shoyu merupakan sejenis kicap yang digunakan dalam membuat masakan Jepun. ianya diperbuat daripada kacang soya, gandum, beras dan beberapa bahan yang lain. Dark Soy Sauce adalah kicap yang selalu digunakan dalam memasak manakala Light Soy Sauce pula mengandungi fructose atau gula buah-buahan. Light Soy Sauce sering digunakan dalam membuat masakan yang tidak gelap warnanya.

 

2)Dashi

Dashi merupakan sejenis perasa yang diperbuat daripada borito dan rumpai laut. Dashi memainkan peranan penting dalam menjaga kesedapan dan kesegaran makanan Jepun terutamanya sushi. Dashi boleh didapati dalam bentuk serbuk atau cecair.

 

3)Mirin

Mirin merupakan sejenis wine yang berwana putih transparent. Ianya diperbuat daripada beras pulut. Ianya hampir sama seperti sake tetapi mempunyai kadar alkohol yang lebih rendah. Akan tetapi, kandungan gula di dalam Mirin lebih tinggi daripada sake. Ianya sering digunakan untuk membuat sos teriyaki. Mirin juga sering digunakan sebagai pengganti gula dan ianya juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau ikan ketika dibakar.

 

4)Furigake

Furigake adalah sejenis serbuk lada yang diperbuat daripada ikan, biji tumbuhan, rumpai laut, gula, garam, dan monosodium glutamate. Ianya berwarna merah atau terang dan mempunyai pelbagai perisa seperti perisa makanan laut, ikan ataupun pedas. Pada tahun 2003, furigake sering digunakan dalam membakar ikan atau membuat makanan menggunakan ikan mentah. Ianya juga sering digunakan dalam membuat kimchi.

 

5)Miso

Miso merupakan sejenis pes kacang soya. Ianya masin dan berwarna kuning. Miso diperbuat daripada kacang soya, garam dan lain-lain bahan. Miso sering digunakan bukan sahaja sekadar membuar sup miso, bahkan ianya juga sering digunakan dalam membuat ramen (mee), jeruk dan sebagainya.

 

6)Mustard

Sebut mengenai mustard, pasti ramai yang tidak tahu mengenai mustard. Mustard adalah sejenis sos yang berwarna kuning. Rasanya masam dan sering digunakan sebagai sos dalam makanan segera di negara Amerika Syarikat.

 

7)Wasabi

Wasabi adalah sejenis tumbuhan yang digunaka untuk membuat horseradish. Kepedasan wasabi ini lebih kuat daripada cili yang mana ianya menghasilkan kepedasan yang merangsang saluran pernafasan hidung. Ianya berbentuk serbuk dan berwarna hijau. Wasabi ini lebih berbentuk seperti pes.

 

8)Perisa 7 rasa

Perisa tujuh rasa atau Seven Flavor Seasoning diperbuat daripada lobak putih yang dibakar. Dalam membuat Seven Flavor Seasoning, ianya juga menggunakan lada hitam,lada merah, lada Schezuan, adas, daun cili, dan biji bijan. Ianya sering digunakan dalam membuat mee.Sering kali juga ianya digunakan dalam membuat kek beras.

 

Walaubagaimanapun, tidak semua bahan-bahan ini digunakan dalam membuat masakan Jepun. Seperti sushi, ianya menggunakan wasabi sebagai pemedas lidah. Namun begitu, ianya terpulang kepada kita bagaimana cara kita makan.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

resepi sos sushi,resepi wasabi,resepi sushi jepun,cara buat sos sushi,cara membuat sos sushi,resepi sos wasabi,cara membuat kicap sushi,resepi pelbagai sushi,cili pedas jepun,resipi kicap pencicah sushi
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment