≡ Menu

Kaedah Mengaji Al-Hira’

Kaedah Mengaji Al-HiraBelajar Al-Quran Dalam Masa 24 Jam- Kaedah Mengaji Al-Hira’

Dr. Haji Muhammad Roihan Al-Madily, merupakan pengasas kepada kaedah pengajian Al-Quran, iaitu Al-Hira. Apakah itu Al-Hira? Bagaimanakah kaedah Al-Hira dijalankan? Al-Hira merupakan satu kaedah pembelajaran Al-Quran yang terkini. Ianya merupakan panduan lengkap pembelajaran membaca Al-Quran dalam masa 24 jam.

Kenapa 24 jam? Kerana pembelajaran Al-Hira adalah sangat sistematik dan mudah difahami. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah mengenal huruf dan membaca ayat-ayat Al-Quran daripada asas kepada pembacaan Al-Quran dengan lancar dan mudah. Kaedah ini sangat berkesan setelah diuji selama 3 tahun oleh Dr. Haji Muhammad sendiri kepada pelajarnya.

Mudah, praktis dan ringkas. Pembelajaran Al-Hira merangkumi 13 pelajaran yang bermula daripada asas mengenali huruf-huruf dan cara bacaan hinggalah kepada cara untuk menghentikan bacaan atau wakaf dan juga acara-cara membaca huruf-huruf muqatta’ah. Di akhir pembelajaran, pelajar akan mudah memahami dan membaca Al-Quran dengan lancar dan tepat.

Hanya dalam masa yang singkat, pelajar akan fasih dan mahir membaca Al-Quran. Inilah objektif utama pembelajaran Al-Hira iaitu supaya pembacaan Al-Quran mudah difahami dan dipelajari oleh pelajar. Sistem penggunaan yang digunapakai dalam pembelajaran Al-Hira juga tidak jauh bezanya dengan pembelajaran Al-Quran kaedah tradisional iaitu dengan cara mengeja dan menyebut huruf-huruf Al-Quran. Bezanya ialah, penguasaan Al-Hira dimuatkan kedalam buku pembelajaran yang kecil dan lebih ringkas berbanding Al-Quran supaya pelajar dapat memahami asas dengan mudah.

Kesimpulannya, pembelajaran Al-Hira ialah satu kaedah belajar membaca Al-Quran dengan ringkas namun padat. Ianya sangat mudah difahami dan dipelajari. Keistimewaan kaedah ini berbanding kaedah lain ialah ianya lebih teratur dan memudahkan pelajar memahami dan menguasai bacaan Al-Quran.

Berminat Untuk Belajar Mengaji Hubungi :

Shah Alam : Ustaz Fadzil 019-522 0253

Penang/ Kulim, : Ustaz Hafiz 017-564 4744

Alor Star, Jitra, Pendang : Ustaz Ridwan 019- 46207372


Kaedah Pembelajaran Al-Hira’

Setiap sesi pembelajaran adalah 1 & 2 jam dan saya akan ke tempat anda sebanyak 12 & 24kali pertemuan bergantung kepada kelapangan yang anda ada iaitu sebanyak 24 jam waktu pembelajaran di mana anda boleh membaca Al-Quran dengan lancar setelah tamatnya sesi pembelajaran.
Lokasi Perkhidmatan Al-Hira’ Lembah Klang

Saya menyediakan kelas mengaji AL-HIRA’ untuk kanak-kanak dan dewasa ke tempat anda di sekitar LEMBAH KLANG sahaja

Lokasi Penang & Kedah

Kami menyediakan perkhidmatan mengaji untuk kanak2 dan juga dewasa di kawasan KULIM, kulim Hi Tech, BUKIT MERTAJAM, Padang Serai, Sungai Petani dan dearah sekitarnya. jika berminat boleh lah hubungi USTAZ HAFIZ 017- 564 4744

Yuran Pembelajaran Al-Hira’

Yurannya hanya RM 50 untuk sejam lebih termasuk pengankutan. Kami akan berulang-alik ke tempat anda sehingga anda pandai membaca Al-Quran

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

buku al hira
{ 1 comment… add one }

Leave a Comment