≡ Menu

Kenapa Jepun Seperti Itu ?

Negara Jepun Hebat

1 – Bermula peringkat rendah dari darjah 1 hingga 6 kanak-kanak Jepun diajar matapelajaran “akhlak” di mana subjek ini mengajar para pelajarnya berakhlak dan cara bermuamalah, bergaul dengan manusia.

2- Dari darjah satu hingga darjah , tidak ada sistem berjaya atau gagal kerana ketika ini tujuan pembelajaran tertumpu kepada pendidikan (tarbiyah), menanam pemahaman (belajar untuk faham) & pembinaan syaksiah peribadi pelajar. Belum masuk kepada pembelajaran ilmu & talqin (mengeja & menulis).

3- Orang-orang Jepun walaupun mereka ini manusia terkaya di dunia sekalipun mereka tiada pembantu rumah. Tanggungjawab di rumah dan anak-anak itu dipikul oleh kedua orang tua masing-masing.

4- Kanak-kanak Jepun akan membersihkan sekolah mereka setiap hari bersama para guru sekitar 15 minit. Aktiviti ini dapat melahirkan generasi Jepun yang merendah diri & cintakan kebersihan.

5- Kanak-kanak Jepun membawa berus gigi ke sekolah. Setiap kali selesai makan, mereka akan membersihkan gigi mereka. Mereka sudah belajar tentang penjagaan kesihatan di awal usia lagi.

6- Setengah jam sebelum, para guru akan makan terlebih dahulu makanan yang disediakan untuk para pelajar bagi memastikan keselamatan mereka. Ini kerana bagi mereka (para guru) itu menganggap para pelajar adalah masa depan Jepun itu sendiri yang wajib dilindungi.

7- Pekerja yang menjaga kebersihan di Jepun diberi nama “jurutera kesihatan” & diberi gaji 5 hingga 8 ribu usd setiap bulan. Pengambilan mereka perlu melalui sesi temuduga.

8- Tidak dibenarkan penggunaan telefon bimbit di dalam keretapi, tempat makan dan kawasan tertutup. Mereka meletakkan nama bagi silent telefon itu dengan nama “akhlak”.

9- Jika anda hadir ke restoran makan secara buffet di Jepun, anda akan mendapati orang-orang Jepun hanya mengambil makanan sekadar yang mahu dimakan sahaja. Dan setiap mereka tidak akan meninggalkan sebarang sisa makanan di pinggan mereka.

10- Peratus kelambatan keretapi untuk sampai tepat pada waktunya dalam masa 1 tahun hanyalah 7 saat sahaja. Ini kerana rakyat Jepun sangat menghargai nilai waktu. Mereka sentiasa menjaga setiap saat dan detik waktu itu dengan penuh kesungguhan dan dedikasi.

source

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

orang jepun hebat
{ 2 comments… add one }
  • Bagitau 04/05/2014, 7:25 pm

    Orang jepun memang baguslah.. patutlah mahathir dulu gigih promote jepun dan guna jepun untuk belajar. cuma org kita je yg tak belajar dr jepun.

  • Noor Azrinna 14/05/2014, 4:15 am

    Good info, tq for sharing.

Leave a Comment