≡ Menu

Kerana Cinta

Kerana Cinta

Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan doktor. Wajah doktor wanita yang bulat bersih itu kutatap sungguh-sungguh. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidupdan mati.Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin rautku.Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lesung pipit yang terdapat di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana. nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi Siti Fatimah az- Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul. Maka membesarlah dia dalam limpahan kasih sayangku dan suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak mempemleh anak lagi selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan redha. Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekali pun mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain. Bahagianya hati suamiku. Sejuk perutku yang mengandungkannya. Syukurku melimpah kerana di anugerahkan seorang puteri.

Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kendatipun, demi masa depannya kami merelakan. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya diamampu menangkis segala unsur jahat. Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku,teringat dia yang jauh di rantau orang.

Kerabu pucuk paku dan gulai tempoyak ikan patin sering membuatkanku menitiskan air mata. Lauk itulah kegemaran Nur Amana. Namun, rindu terrubat juga bila sekali sekala  suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga. Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan. Air mataku menitis. Jauh di sudut  hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya nanti.

Di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa  satu perubahan yang, ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun begitu, aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan. Seperti suamiku, aku tidak membantah. “Di Sana terlalu banyak fitnah, Mam,” beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu.

“Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariatNya,” Nur Amana memujukku. Hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, NurAmana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif.

Kehidupan kami berlangsung seperti biasa. Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini. Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung,, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. [tupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya.  Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Namun, tidak berjaya. Nur Amana cukupbijak mengelak dan menyembunyikan sesuatu dari  kami.

Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana Telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya dia ke singapura selama seminggu dan suamiku mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri. Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa. khabar ini, kalau tidak ada apa-apa‘? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam dalam diriku menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. 

Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Cuma pasti, hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solar Maghrib berjemaah bersama. Tapi, Nur Amana memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu. Bila azan Isyak berkumandang selagi lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Sekalilagi juga NurAmana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur  Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Namun, kami cuma membisu. 

Bersabar dan bersabar dan menunaikan solt Isyak terlebih dahulu. Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tanpa beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi. tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk di hadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang barumencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman.

Soalan pertama diajukan oleh suamiku. NurAmana tersentak. Dia menafikan sekeras-kerasnya. Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya. Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi.  Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri Persidangan Penganut Agama Kristian Sedunia. Darahku berderau. Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan Iagi. Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana ke Singapura lagi. memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di alas rak. Aku mengllalnpirinya. Jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu diajadi begitu?

Subhanallah! Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan. Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. “Saya mencintai Adam… pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku. Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.

Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa, “cuma setakat i ni saja hubungan kita.” Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak pantasmelaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Kendati, polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latarbelakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cintai Alangkalh dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Terasa gugurjantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Kepulusan diumumkan.

Suamiku gagal! Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya dan kami tidak berhak menghalang kerana NurAmana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana kulihat tersenyum lega.

Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu? Aku rebah dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitisjatuh ke pipiku. ltulah kali pertama kulihat air matanya gugur. Mengharapkan anak kesayangan kembali ke pangkuan agama dan keluarga tercinta, jauh di sudut hatiku kesayuan, bilakah hukum al-Quran yang menjadi tunjang kepada agama Islam akan tertegak dan digunakan untuk membela umatnya. “Ya Allah, bantulah hambamu ini dalam membela agamamu dan hukumanmu.”

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment