≡ Menu

Kesian PakNil – Rumah Aznil Nawawi Dirompak

Kejadian rompakan tersebut berlaku di kediaman Aznil Hj. Nawani di Taman Yarl. Pada masa kejadian tersebut berlaku, hanya ibunya bersama dua orang amah yang berada di rumah. Manakala Aznil tidak berada di rumah.

Menurut sumber, selebriti terkenal tersebut mengalami kerugian hampir RM40,000. Kejadian yang tidak disedari itu telah mengakibatkan kehilangan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki. Turut hilang ialah sebuah komputer riba dan sehelai pakaian.

Menurut pemerhatian polis, perompak telah mengumpil besi jeriji tingkap untuk memasuki rumah selebriti tersebut.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment