≡ Menu

Ketahanan Jiwa

Ketahanan Jiwa

MUSLIMAH adalah hiasan dunia. Seindah hiasan adalah Muslimah solehah. Musiimah sinonim dengan kelembutan budi pekerti juga sopan santun yang pasti memikat sesiapa yang melihatnya. Kelembutan Muslimah bukan sebarang lembut, kehalusan budi bicaranya sesekali bisa menyengat.

Ketahanan jiwa yang dimiliki oleh seorang Muslimah sering menjadi perbandingan kepada kaum leiaki. Jika kita melihat Muslimah yang ditimpa musibah atau sebagainya, ketabahan hatinya untuk meneruskan kehidupan lebih jelas terpancar dan bersinar. Usaha gigihnya membuktikan keyakinan diri.

Dalam menjalani kehidupan ini, Muslimah perlu melalui banyak latihan jiwa supaya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai srikandi Islam dengan baik. Maka memiliki ketahanan dan kekuatan jiwa amatlan diperlukan sebagai penguat kepada benteng yang telah ada lantas melahirkan Muslimah yang berjiwa besar dan memiliki nilai diri yang tinggi.

Bukanlah satu perkara yang mudah untuk membentuk dan memiliki jiwa yang kental sekiranya tiada latihan dan keutuhan iman kepada Allah s.w.t. Kerana hanya dengan adanya Iman yang utuh bisa memudahkan langkah-langkah pertarbiahan dan jalan-jalan menuju kejayaan. Dengan iman juga, Muslimah,mempercayai syurga dan neraka. Setiap amalan pasti ada pembalasan. Muslimah akan sentiasa berhati-hati agar tidak terjerumus ke tempat yang membinasakan. Dan sentiasa berusaha ke arah keredaanNya.

Menyingkap satu kisah Ummu Kalthum binti Ali, isteri Umar r.a ketika beliau telah membangkitkan kemarahan Umar dalam urusan rumah tangga mereka.

Pada suatu hari, Umar berkata, “Aku akan merunsingkanmu.”

Beliau lalu menjawab, “Kamu takkan mampu berbuat demikian. Kebahagiaan ku terletak pada imanku, dan imanku terletak pada hatiku dan tiada siapa yang berkuasa ke atas hatiku melainkan Tuhanku.”

Bagaimanakah agaknya sekiranya kita berada di tempat Ummul Kalthum. Mampukah kita menghadapi setiap ujian dan permasalahan dengan akal yang waras dan dibimbing dengan panduan lman. Apakah kita mudah melatah, terus meradang, hilang punca dan arah? Atau sebaliknya. Kita tetap tenang menghadapi dugaan itu dan merasai tiada siapa yang mampu berkuasa atas hati kita melainkan Allah s.w.t.

Timbul lagi satu persoalan, bagaimanakah sangkaan kita kepada Aliah s.w.t ketika tersepit dengan masalah? Sedangkan pada masa itu kita hadapi perasaan yang berkecamuk, resah, dan terbeban. Lalu, apakah takdir yang dipersalahkan atau’ merasakan Tuhan tidak adil terhadap diri kita? Seterusnya, bertalu-talu perkara yang tidak sepatutnyat menghurung kepala dan benak hati, lidah merungut-rungut lantas terungkaplah kalam yang tidak sepatutnya sehingga jiwa menjadi resah, putus asa, makan hati berulam jantung dan merasakan kematian itu adalah lebih baik. Malah lebih dahsyat lagi sekiranya sanggup bertindak di luar batasan manusia yang berfikiran waras.

Teringat kata-kata ‘kita hidup mesti belajar susah’. Tentu pembaca merasa pelik bukan? Mengapa perlu belajar susah, sedangkan kita semua ingin kesenaggan dan kebahagiaan? Rupa-rupanya di sebalik kalimah ‘belajar susah’ terselit seribu ketenangan dan kebahagiaan. Kerana di situ, akan lahir pemilik jiwa sifat rasa syukur, rasa cukup apa yang ada dan memanfaatkan yang dimiliki sebaiknya. Juga mengajar bijak menghadapi masalah, kerana yakin akan hikmah Allah s.w.t. Bahkan, jiwa sentiasa bersedia menghadapi onak duri dengan wajar dan positif.

Harapan saya kepada pembaca sekalian, kita sebagai penuntut ilmu Allah mempunyai tanggungjawab yang besar. Bersiap sedialah untuk menghadapi tugas yang sedang dan bakal terpundak di bahu kita. Dengan latihan, jiwa sentiasa istiqamah terhadap apa yang difardukan clan menyokong diri untuk menambahkan amalan yang digalakkan, belajar untuk tidak bermewah dan mengelakkan diri dari igauan kesenangan. Kenalilah posisi kita berada. Kerana kitalah orang yang meialui kehidupan sebagai Muslimah, anak, ibu, isteri dan nenek. Malah pendakwah kepada masyarakat dan pembantu Allah s.w.t. dalam menegakkan ajaran Islam di muka bumi ini.

Ketahanan jiwa, memainkan peranan yang amat besar dalam mencorakkan kehidupan.

WALLAHU A’LAM.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 1 comment… add one }
  • Farina Al-Khareid 17/06/2015, 7:22 pm

    hebatnya kisah kisah di atas dan satu info yg mnarik. kita perlu isi hati kita dengan iman yg teguh kerana kita terlalu mengikut kata hati. so, banyakkan amalan soleh serta jauhi perkara mungkar.

Leave a Comment