≡ Menu

Khasiat Teh Hijau

Khasiat Teh HijauTeh hijau atau nama saintifiknya camellia sinensis yang berasal dari negara China. Teh ini telah dibawa ke Jepun sehingga ke seluruh dunia dan merupakan salah satu daripada produk organik yang sihat. Tumbuh di kawasan yang beriklim sejuk, tanaman ini berakar tunjang dan boleh mencecah sehingga 8 meter. Daun the hijau berbentuk bujur bergerigi dan halus. Manakala, bunga the hijau berwarna putih dengan sebuk kekuningan.

Namun begitu, apakah alasannya yang menyebabkan tanaman ini sangat bagus untuk diet seharian? Selain daripada memiliki nutrient yang baik, ia juga berkesan untuk melembutkan kulit wajah dan badan. Teh hijau secara semulajadinya mempunyai bahan antiseptic yang menghilangkan kegatalan dan lebam pada kulit terus boleh mengurangkan keradangan kulit akibat daripada persekitaran dan penuaan.

Selain itu, ianya juga dipercayai mengandungi polifenol yang tinggi dan berperanan sebagai pencegah kanser. Mencegah lebih baik daripada merawat. Sejak daripada 20 tahun yang lalu, kajian telah mendapati teh hijau dan kesannya terhadap kanser melalui penggunaannya keatas haiwan. Sehingga kini, pengambilan teh hijau dipercayai sangat baik untuk mencegah sel kanser daripada tumbuh di dalam badan terus mengurangkan risiko individu untuk mendapat kanser.

Rakyat Jepun juga percaya, flanovoid iaitu antioksidan yang terdapat di dalam teh hijau adalah lapan kali lebih kuat berbanding sebiji epal. Antioksidan melindungi tubuh badan daripada pelbagai penyakit kronik seperti strok, sakit jantung dan juga kanser. Ramai yang percaya juga ianya membantu memanjangkan hayat. Hasilnya, melalui satu kajian di Jepun, kadar kematian masyarakat dinyatakan 10-15% lebih rendah berbanding negara lain hanya kerana rakyatnya mengamalkan teh hijau dalam diet harian.

Terdapat banyak lagi kebaikan yang boleh diperoleh melalui teh hijau. Khasiatnya sangat unik dan berbeza berbanding tanaman lain. Walaupun memiliki pelbagai khasiat, perlu diingati bahawa teh juga mengandungi kaffein. Kesan pengambilan secara berlebihan boleh mengundang insomnia. Namun begitu, kandungannya masih rendah berbanding kopi dan masih dianggap dalam keadaan selamat untuk diamalkan.

 Anda suka kopi ? – Kopi Pak Belalang Murah

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment