≡ Menu

Kiamat dan Tunjang Aqidah

Kiamat dan Tunjang Aqidah

Muqaddimah

Hari kiamat merupakan salah satu daripada tunjang aqidah seseomng muslim. Terkandung dalam rukun iman yang kelima, seorang muslim boleh terbatal aqidahnya dan menjadi murtad apabila menolak keyakinan akan berlakunya kiamat. Peristiwa kiamat ini termasuk di antara perkara ghaib yang amat dahsyat diceritakan kepada umat manusia. Selain itu kedatangan kiamat ini juga menjadi garis pemisah kepada anutan seorang muslim dengan golongan lain daripada beberapa sudut dan dasar yang telah ditetapkan oleh Islam.

Pengertian kiamat menurut bahasa dan istilah

Berasal daripada kata akar (qiam) yang bermaksud: apa-apa yang didirikan daripada urusan manusia dan memperbaiki keadaan mereka. Fnrman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan”. (an-Nisa: 5)

Dari segi bahasa, kiamat bermaksud: menguruskan sesuatu perkara, harta atau kekuasaan pada sesuatu perkara. Manakala  hari kiamat pula bem1aksud: hari kebangkitan segala makhluk untuk dihitung segala amalan mereka. Firman Allah s.w.t :

“Maka Allah akan memberi keputusan di antara kamu pada hari kiamat”. (an-Nisa: 141)

Oleh yang demikian, kiamat merujuk tentang kedatangan suatu hari pada akhir zaman yang merupakan pengakhiran dan penghabisan kepada dunia secara total. Pada hari tersebut akan berlaku berbagai kekacauan, kerosakan, kemusnahan dan kehancuran yang tidak tergambar sama ada oleh mata yang melihat mahupun telinga yang mendengar. Kemudian semua makhluk akan dibangkitkan semula untuk menerima balasan atas perlakuan masing-masing semasa kehidupan di dunia.

Di dalam al-Quran, kedatangan kiamat telah disebut dalam banyak tem pat dan digambarkan dengan pelbagai nama yang mewakili suasana peristiwa tersebut. (Rujuk gambarajah 1)

Kedatangan kiamat menurut perspektif  akal

Menurut Dr. Mustafa Said al-Khin, terdapat beberapa hujah akal yang boleh dipetik daripada pengkhabaran al-Quran tentang kedatangan kiamat ini.

Pertama: Tanda kesempumaan sifat Rububiyyah dan Ilahiyyah Allah.

Kesempurnaan qudrat Ilahi itu tidak akan sempurna tanpa kejadian hari kiamat. Pada hari tersebut, Allah membangkitkan manusia daripada kubur mereka untuk menghitung segala perbuatan yang dilakukan dengan memberikan ganjaran yang setimpal.  Sekiranya ini tidak terjadi, nescaya tiadalah guna peraturan yang ditetapkan daripada perkara-perkara halal, haram, sunat, makmh dan harus serta menjadikan Allah itu berkuasa dengan sebagai Tuhan yang Maha Agung untuk membalasi amalan yang diakukan kerana tidak memiliki keuasaan untuk menghukum.

Kedua : Membatalkan perbuatan yang sia-sia.

Sekiranya manusia tidak dibangkitkan selepas kematian, dan dipindahkan ke alam yang baru untukmenerima balasan, maka kehidupan mereka hanya semata-mata untuk hidup dan mati tanpa adanya pembalasan yang baik, menjadi kosong dan sia-sia. Seumpama membina sebuah rumah kemudian diruntuhkan tanpa ada sebarang kegunaan dan manafaat. Maka ini adalah perbuatan yang sia-sia yang tidak sepadan dengan hikmah kekuasaan Allah sebagai Pencipta yang Maha Bijaksana. Firman Allah s.w.t yang bemaksud:

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhn ya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (al-Mukminun: 115)

Ketiga:Tiada persamaan

Iaitu kepada seorang hamba yang taat dan seorang yang berdosa dalam menerima kemuliaan dan nikmat. Sedangkan hukum Tuhan mengingkari keadaan tersebut. Begitu juga akal yang waras pasti menolak dan  sesiapa yang menerima persamaan antara keduanya maka pasti dianggap gila. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Apakah orang-orang yang membuat kejahatan  itu menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, iaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka? Amat buruklah apa yang mereka sangkakan itu.” (al-Jaathiyah: 21)

Keempat: Melaksanakan keadilan Ilahi.

Betapa ramal orang yang dizalimi itu mati di atas dunia ini tanpa mendapat hak pembalasan kepada orang yang menzalimi mereka. Maka Allah itu Maha Adil dalam menjatuhi hukuman tanpa berat sebelah. Maka wajiblah ada hari akhirat sebagai tempat pembalasan dan melestarikan keadilan Ilahi itu. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira bahawa Allah lalai daripada apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhn ya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu  itu mata (mereka) terbelalak” (Ibrahim: 42)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Maka apakah patut Kami menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir)? Mengapa kamu (berbuat demikian), bagaimana kamu mengambil keputusan?“ (al-Qalam: 35-36).

Hikmah dijanjikan kiamat

Menurut Syeikh Sayyid Sabiq terdapat  beberapa hikmah daripacla perkhabaran tentang kedatangan hari kiamat ini.

Pertama: Golongan musyrikin, khususnya masyarakat Arab jahiliyyah amat  mengingkari berlaku kiamat. Hal ini diceritakan dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan mereka berkata,Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja. Kita mati dan kita hidup sedang tiada yang mebinasakan kita selain masa,” dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja.” (al-Jaathiyah: 24)

Kedua: Sekalipun golongan ahli kitab beriman dengan kiamat, tetapi gambaran mereka telah melampaui ke tahap yang merosakkan. Contohnya golongan Nasrani yang berpegang kepada kiamat dengan kedatangan Yasu’ (Isa a.s) yang mengorbankan dirinya untuk menebus dosa-dosa manusia. Keadaan ini menyerupai golongan Hindu dan Budha dalam kitab-kitab suci mereka. Manakala dari sudut kepercayaan golongan Yahudi pula, tidak kurang rosak dan sesat mereka ini berbanding dengan kepercayaan golongan Nasrani dan Hindu.

Ketiga: Beriman dengan hari kiamat menjadikan kehidupan manusia mempunyai tujuan yang kukuh, matiamat yang tinggi seperti melakukan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, menghiasi peribadi dengan kemuliaan dan membuang daripada kehinaan yang merosakkan sama ada kepada jasad, agama, kehidupan, akal dan juga harta benda. Di situlah letaknya erti pelaksanaan tanggungjawab khalifah.

Peringkat-peringkat kedatangan hari kiamat

Sebahagian ulama membahagikan peringkat-peringkat kedatangan kiamat kepada tiga bahagian. Setiap peringkat ini mempunyai alamat-alamat atau tanda-tanda yang banyak dan tersendiri sebagaimana yang dikhabarkan melalui al-Quran mahupun al- Hadith.

Pertama: Tanda-tanda yang telah muncul dan telahpun berlaku

Tanda-tanda ini dikategorikan sebagai tanda-tanda kecil. Di antaranya ialah kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w, peristiwa bulan terbelah dua, muncul api besar dari tanah Hijaz yang menyinari hingga kelihatan tengkuk-tengkuk unta di Basrah.

Kedua: Tanda yang telah muncul tetapi belum lagi berakhir

Tanda-tanda ini dikenali sebagai tanda-tanda sederhana alau pertengahan. Di antaranya ialah golongan yang jahil dan seumpama mereka menjadi pemimpin masyarakat, memberikan amanah kepada bukan ahlinya (pakar), kemenangan orang-orang Islam ke atas golongan Yahudi, bumi Arab (yang kering kontang) menjadi tanah subur, berlaku banyak pembunuhan dan ramai golongan jahil serta ilmu diangkat.

Ketiga: Tanda-tanda yang belum lagi muncul

Tanda-tanda ini pula dikenali sebagai tanda-tanda besar. Kiamat akan muncul rentetan daripada berlaku peristiwa-peristiwa ini. Di antara tanda-tanda tersebut ialah bumi mengeluarkan asap, keluar Dajjal, binatang berkaki empat yang boleh berkata-kata, terbit matahari dari barat, turun Nabi Isa a.s dari langit,keluar Yakjuj dan Makjuj, berlaku tiga kali gerhana matahari di timur, barat dan di semenanjung Arab; dan akhirnya keluar api dari Yaman yang menghambat manusia ke tempat mereka dibangkitkan.

Dunia akhir zaman dan kealpaan manusia

Sesungguhnya hari kiamat merupakan suatu peristiwa yang amat dahsyat dan mengerikan akan menimpa umat manusia. Tiada siapa menjangkakan kedatangan hari tersebut, apatah lagi membayangkan bagaimana suasana yang bakal menimpa mereka. Selaku Pencipta yang Maha Agung dan Maha  Pengasihani, Allah terlebih dahulu mengkhabarkan peristiwa ini dengan pelbagai cara kepada hamba-hambaNya supaya mereka sentiasa bersiap siaga serta tidak terjebak dalam lembah kekufuran dan kehinaan. Tiada siapa yang dapat menyelamatkan diri melainkan semuanya akan dibinasakan untuk diberikan hak balasan dan ganjaran atas segala perbuatan yang  telah dilakukan di dunia ini.

Sebaliknya manusia sememangnya sentiasa lupa dengan perkhabaran yang diberi dan disampaikan melalui lisan nabi mereka. Lebih malang lagi apabila terdapat golongan ulama yang berperanan mengaburi dan menyelewengkan suruhan dan larangan Allah hingga menjadi turutan dan mainan golongan yang jahil. Keadaan ini tak ubah sebagaimana firman Allah yang bemaksud:

“Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri Ialu dikatakann ya, “Ini daripada Allah ” (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka,  akibat daripada apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan  besarlah bagi mereka, akibat daripada apa yang mereka kerjakan.” (al-Baqarah: 79)

Demikian itu lahirlah lebih ramai lagi golongan manusia yang rnenderhakai Allah s.w.t. Segala suruhan dan larangan-Nya tidak lagi diendah dan dihiraukan. Gejala maksiat semakin terbuka dan berleluasa lantaran tiada lagi halangan yang membatasi kehendak nafsu mereka. Keizinan seumpama permit-permit, tauliah, anugerah dan sebagainya diberikan bagi mereka melampiaskan segala kehendak mereka.Tidak hairanlah banyak pusat-pusat hiburan yang tumbuh melata, golongan penggiat maksiat seperti artis-artis dinobatkan di pentas media, agenda-agenda kemung karan contohnya “Asia Bagus”, “Malaysian Idol”,  “Akademi Fantasia” dan lain-lain lagi semakin subur di tengah-tengah masyarakat Islam. Kesemuanya merupakan hasil perancangan barat dan Yahudi yang mentah-mentah diceduk tanpa memikirkan implikasi buruk yang bakal menimpa.

Pelbagai slogan juga turut dilaung-laungkan bagi membenarkan tindakan golongan ingkar ini. Sedangkan hakikatnya adalah untuk menghalalkan segala perlakuan zalim dan penindasan yang dilakukan. Keadaan ini semakin membarah dan bemanah di kalangan masyarakat apabila bertambah ramai yang bingung dan terkeliru dengan slogan-slogan yang sekadar retorik semata-mata. Pada Iapisan epidermisnyakelihatan seolah-olah memartabatkan Islam tetapi bahagian isinya jelas membusuk lantaran mempermainkan syariat Allah.

Lalu jadilah mangsanya terdiri danpada golongan ulama yang ikhlas, para pejuang Islam yang sabar, masyarakat yang cintakan keadilan dan kedamaian serta tidak kurang pula mereka yang lemah. Golongan ini ditindas daripada segala aspek dan lapangan kehidupan mereka. Hak-hak yang dipelihara oleh Islam seperti agama, nyawa, nasab keturunan, tempat tinggal dan harta benda dirampas serta dicabuli dengan sewenang-wenangnya.

Natijahnya semakin ramai ibu bapa yang melahirkan ‘tuan-tuan’ mereka sebagaimana yang digambarkan oleh hadith dan akhirya mendiami perkampungan warga emas. Golongan fakir miskin dibangkulsampahkan lantaran hak-hak mereka di baitulmal diselewengkan. Pusat-pusat pemulihan akhlak sama ada kepada golongan penangih, perompak dan pencuri, penogol sentiasa penuh serta perlu ditambah hingga membebankan belanjawan negara. 

Firman Allah s.w.t:

“Telah nampak kerosakan di darat dan di  lautan disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan Allah).”(ar-Rum: 41)

Demikian sebahagian fenomena kehidupan yang terjadi akibat membelakangkan perintah dan larangan Allah s.w.t. Segala-galanya berlaku secara jelas sebagaimana  yang disebut dan diramalkan dalam al-Quran mahupun al-Hadith. Lantaran manusia mengingkari iman tentang kewujudan hari pembalasan, gejala- gejala yang terjadi hanyalah mempercepatkan lagi kedatangan peristiwa kiamat sebagai detik kemusnahan alam ini.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment