≡ Menu

Maafkan Musuh

salam bermaafan

Banyak peristiwa mengenai sifat pemaaf Rasulullah s.a.w. yang boleh dijadikan inspirasi buat kita.

Dalam satu peristiwa Baginda s.a.w diancam oleh seorang musuh yang menghunus senjata kepada Baginda sambil berkata:
 
“Siapakah yang akan menyelamatkanmu?” Lalu, dengan yakin dan tegas Rasulullah s.a.w. menyebut: “Allah.”
 
Sejurus Baginda menyebut nama Allah, senjata itu jatuh ke bumi lantas diambil oleh Rasulullah s.a.w. dan menghunusnya pula kepada musuh tersebut.
 
Ternyata tiada sesiapa yang dapat menyelamatkan musuh itu, namun Rasulullah s.a.w. telah melepaskannya pergi walaupun dia tidak mahu memeluk Islam. Namun demikian, dia berjanji untuk tidak akan memerangi Rasulullah s.a.w. lagi dan tidak akan memihak kepada mereka yang memusuhi Baginda.
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: