≡ Menu

Madu Asli

madu asli

Madu: Anda Telah Dimanipulasi Untuk Keuntungan!

Tahukah anda, sebagai pengguna madu, anda sering dimanipulasi secara marketing oleh syarikat-syarikat pengeluar madu hanya untuk keuntungan semata.

Mengapa kami mengeluarkan kenyataan begini?

Ramai pengeluar & pembotol menyatakan mereka adalah pakar madu asli sedangkan mereka hanya mengimport dan membotolkan madu tersebut.  Sekiranya anda membeli sebotol madu hari ini, semak perkara ini dan pastinya mereka bukan pengeluar tetapi hanya pengimport madu tersebut yang hanya membotolkannya sahaja.

Penggunaan botol kaca tidak menunjukkan berat sebenar yang terkandung. Jumlah madu yang terkandung di dalam botol kaca lebih kurang berbanding dengan botol lain. Berat botol kaca sahaja cukup untuk mengaburi mata anda!

Awas! Penggunaan botol plastik yang tidak berkualiti meningkatkan risiko kanser. Botol plastik yang terbaik ialah botol PET (Polyethylene terephthalate) yang terbukti tidak merbahaya kepada pengguna, dan ringan iaitu tidak menipu dari segi berat kandungan madu asli. Oleh itu pengguna akan mendapat madu asli yang bertepatan dengan jumlah yang tertulis pada labelnya.

Kualiti dan khasiat madu liar tidak konsisten kerana musim bunga yang berubah-ubah. Oleh sebab itu banyak “pengeluar” madu liar seperti madu Tualang tidak menyatakan nutrisi kandungan dalam madu keluaran mereka. Berdasarkan kajian yang dijalankan, madu Tualang tidak mempunyai sedikit pun keistimewaan berbanding madu tulen lain (madu asli).

Madu Tualang tidak mesra pengguna. Ia adalah berdasarkan kepada rasanya yang keras, tajam dan menyengat. Penggemar madu pada awalnya terpaksa menelannya sebab khasiat yang diwar-warkan sedangkan ada madu lebih mesra pengguna dan disuka oleh semua golongan.

Banyak pengeluar madu Tualang mengatakan apabila terdapat letupan POP! ketika penutup botol dibuka barulah madu itu madu asli, sedangkan bunyi pop itu adalah dari kesan yis yang terdapat dalam madu akibat pengoksidaan. Yis ini sebenarnya tidak berkhasiat untuk kita dan seeloknya lapisan yis ini dibuang untuk mendapatkan madu. Ada juga pengeluar yang meletakkan ibu yis untuk mendapatkan hasil POP! yang diinginkan untuk memanipulasi pengguna dan mengeluarkan kenyataan mereka adalah PAKAR MADU!

Madu Asli

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah