≡ Menu

Maturidiah dan Salafi, Peranan Mereka dalam Tauhid

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Jika kita mepelajari ilmu tauhid, pasti kita akan berjumpa dengan pendapat ulama mazhab Maturidi atau Maturidiah. Pernah kita terlintas di dalam hati kita mengenai siapakah sebenarnya golongan mazhab Maturidiah ini? Pernahkan kita menyoal, dari mana asal-usul mazhab ini? Dan apakah pula yang dikatakan golongan salafi?

     

    Maturidi

    Di sebelah timur negara Islam iaitu di daerah Maturid, wilayah Samarkand, lahir sarjana Islamyang bernama Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Abu Mansur Maturidi. Beliau lahir  pada tahun 332 Hijrah. Beliau membawa aliran ideologi akidah dalam fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah bagi menghadapi beberapa penyelewengan pada zamannya. Beliau adalah sarjana Islam dalam mazhab Hanafi.Beliau muncul di Asia Tengah pada waktu masyarakat Islam dilanda aliran ideologi yangmenyeleweng daripada akidah yang sebenar. Antaranya mazhab Muktazilah, Mujasimah,Muhammad bin Karam Sajassatani iaitu pemimpin fahaman Karamiah, Qaramitah yangdipimpin oleh Hamdan As’ ad, Jaham bin Safuan iaitu pemimpin fahaman Jahamiah, dan ahli tasauf Husin bin Mansur al-Halaj. Imam Abu Mansur Maturidi membawa peranan yang besar  bagi menghadapi penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh mereka.Walaupun beliau hidup sezaman dengan mazhab Imam Abu Hasan al-Asy’ ari, namun beliau mempunyai teknik berhujah dan huraian yang berbeza. Para sarjana Islam menyatakan, ImamAbu Mansur Maturidi lebih cenderung kepada pendapat Imam Abu Hanifah dalam perkara akidah. Ini kerana beliau merujuk risalah-risalah dan buku-buku yang ditulis oleh Imam Abu Hanifah seperti Fikh Akbar, Fikh Absat, Kitab Ilm dan sebagainya.Terdapat beberapa perselisihan antara Abu Mansur Maturidi dengan Abu Hassan al-Asy’ ari.Antaranya dalam isu Makrifatullah (mengenal Allah), Abu Hassan menyatakan wajib mengetahuinya menurut sumber agama tetapi Abu Mansur berkata wajib juga dengan berpandu dengan akal. Dalam isu sifat-sifat Allah, Abu Mansur menambah dengan sifat-sifat maknawiyahiaitu sifat yang menjadi penguat kepada sifat Ma’ani beserta sifat-sifat Madani. FahamanMaturidiah mewajibkan hukum akal beserta syarak sehingga beliau berselisih dengan sebahagiansarjana Fikah dan Hadis. Terdapat lagi huraian-huraiannya berhubung Qadak dan Qadar danlain-lain yang berbeza dengan huraian fahaman Asya’irah.Abu Mansur Maturidi meninggalkan pusaka ilmu yang banyak selain membela fahaman Ahli Sunnah bagi menghadapi pelbagai fahaman yang menyeleweng. Pusaka ilmunya adalah murid-murid yang ramai dan pengikut-pengikut yang meneruskan ajarannya. Antara murid-muridnyaadalah Abu Ahmad Iyad, Abu Qasim Hakim Samarkandi, Abu Hussin Wastaqfani, Abdul Karim bin Musa Inbazadari, Abu Asyimah Abi Lais Bakhari dan lain-lain. Antara pengikut-pengikutyang meneruskan alirannya adalah Sadar Islam Abu Yasir Muhammad bin Muhammad binAbdul Karim Bazadui, Maimun bin Muhammad Nasfi yang dianggap tokoh sarjana terbesar dalam fahaman ini selepas Abu Mansur. Adakala sebahagian menganggap mereka adalahkumpulan kecil seperti Syaharsatani dalam fahaman Asya’irah, Najmuddin Abu HafizSamarqandi Nasqi, Nuruddin Ahmad bin Muhammad Syobuni, Bukamal bin Yam iaitu sarjanaterbilang dalam fahaman Hanafi dan lain-lain lagi.

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    Buku-buku yang dikarang oleh Abu Mansur Maturidi adalah buku Jadal dan Ma ‘akhiz Syarai’.Kedua-dua buku ini membincangkan Usul Fikah. Buku-buku dalam ilmu ketuhanan antaranya,Tauhid, Muqalaat, Ra’du Ala Qawashat, Bayan Wahm Muktazilah, Ra ‘du Amamah LibadduRawafaz dan banyak lagi. Apa yang mendukacitakan, buku-buku itu hilang begitu sahaja. Bukuyang masih tersimpan adalah buku Tauhid dan Maqalaat Selain itu ada buku-buku beliau dalamilmu yang lain.Abu Mansur Maturidi juga seperti Abu Hassan Asy’ari yang membawa pembaharuan dalam pengajian akidah. Beliau memasukkan hujah-hujah logik akal semasa menghadapi perkembangan fahaman baru yang timbul pada zamannya. Pada zaman para sahabat dan generasiawal kalangan tabi” in termasuk imam-imam mujtahidin yang pertama lebih bergantung kepadahujah-hujah teks daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad sahaja.

     

    Salafiah

    Selepas lahir pelbagai teori mengenai akidah, lahir fahaman-fahaman yang bukan sahaja berhujah dengan logik tetapi juga menggunakan falsafah. Maka lahir pula dalam masyarakatIslam orang-orang yang mahu supaya kembali pada sumber asal sahaja. Mereka muncul padazaman terkini iaitu pada kurun ke tujuh Hijrah. Sebenarnya, mereka adalah daripada aliran ImamAhmad bin Hanbal dan teori itu dihidupkan semula. Tokoh yang terkemuka adalah Imam Ibnu Taimiyah.

    Beliau dan pengikut-pengikut menentang keras golongan yang cuba menghuraiayat-ayat yang mutashabihat. Golongan ini mahu supaya ayat-ayat yang mutashabihat tidak dihurai. Mereka hanya menyebut sifat-sifat Allah berpandukan teks-teks yang jelas dalam al-Quran dan hadis. Antara ayat-ayat yang mutashabihat seperti nuzul (turun), istiwak (bersemanyam), al-dhahaq (ketawa) dan lain-lain dengan tidak menyamakan Allah denganmakhluk. Selain itu, mereka membangkitkan kembali isu amalan masyarakat dengan huraian-huraian yang panjang mengenai dengan perkara-perkara yang membawa kepada syirik, sepertikesilapan-kesilapan yang berlaku dalam perkara tawassul (mohon perantaraan), ziarah kubur dansebagainya.Mereka juga tegas menentang penggunaan ilmu logik menyebabkan golongan salaf yang baru ini bergeser dengan fahaman Asya’irah dan Maturidiah yang menjadikan ilmu logik sebagaisebahagian daripada perbincangan akidah. Golongan salaf ini menolak huraian ayat-ayatmutashabihat yang dilakukan oleh Asya’irah dan Maturidiah. Ibnu Taimiyah yang hidup padaabad yang ketujuh Hijrah menjadi tokoh terkemuka dengan mengemukakan hujah-hujah melalui buku-buku yang karangannya.Oleh kerana aliran ini dibawa oleh Imam Ahmad bin Hanbal, mereka hanya meneruskanaliran yang dibawa oleh Imam Ahmad. Beliau ingin perbincangan dan pengajian akidahdikembalikan seperti zaman Nabi Muhammad, para sahabat dan tabi’in. Walaupun ada cabaran baru yang tidak ada pada zaman mereka, kadang-kadang hujah logik dan falsafah perlu digunakan bagi menolak hujah golongan-golongan seperti Muktazilah, Jabariah dan sebagainya.

     

    Dengan sedikit penerangan mengenai fahaman Maturidi dan Salafi, jelaslah kepada kita bahawa mereka juga memainkan peranan penting dalam perkara akidah. Sebagaimana yang kita tahu, akidah adalah bukan perkara yang sewajarnya dimainkan kerana sedikit sahaja kesilapan, ianya boleh menggugat akidah dan keimanan kita. Semoga Allah Taala memelihara kita daripada syirik dan kerosakan akidah…

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment