≡ Menu

Memey Dan Abby Berpelukan Norman Sebak

PETALING JAYA – Insiden Memey Suhaiza dan Abby Abadi berpelukan sambil menangis merupakan saat paling bermakna apabila kedua-dua mereka mahu menamatkan persengketaan yang berlarutan selama ini.

Norman Hakim berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia bersama isterinya, Memey mahu mengambil anak-anak yang berada bersama Abby di sebuah lokasi di Shah Alam.

“Ketika itu tujuan saya dan Memey ke Shah Alam adalah untuk ambil anak-anak saya yang pada waktu itu dengan Abby. Kalau diikutkan sejak sekian lama saya dan Abby agak jarang berkomunikasi, dan apatah lagi Memey.

“Ketika sampai di lokasi itu, tiba-tiba Abby menarik tangan Memey dan memeluknya sambil menangis.

“Saya sangat terkejut dan semua senyap seketika. Anak-anak pula menjerit kegirangan ‘yeay! Mummy dan mama dah baik!”. Terasa seperti filem Hindustan pula. Ini adalah satu keajaiban sebenarnya yang penuh bermakna dalam bulan Ramadan ini,” cerita Norman ketika dihubungi di sini petang Khamis.

Tambah Norman Hakim, keadaan itu juga membuatkan dia begitu sebak penuh kesyukuran kerana doanya untuk melihat bekas isterinya itu dan Memey menghapuskan sengketa termakbul dan seterusnya dapat menyatupadukan keluarga.

“Saya ada juga bertanya kepada mereka, apa yang membuatkan mereka berdua kembali berdamai? Mereka cakap ‘ ini rahsia perempuan’.

“Apa-apa pun saya bersyukur kehadrat Ilahi, tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit,” tuturnya.

Norman menceritakan pula detik mereka berbuka puasa bersama-sama di rumah Abby pada Rabu lalu, Norman telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta kebenaran untuk berbuka puasa di rumah Abby dan dia tidak mempunyai masalah tentang hal itu.

“Saya berasa seronok sangat kami semua dapat berbuka puasa bersama-sama. Apatah lagi dilihat Abby dan Memey juga rancak berbual mengenai bayi di dalam kandungan Memey yang berusia dua bulan itu.

“Malah Abby telah menghadiahkan sepasang telekung kepada Memey sebelum kami menunaikan sembahyang jemaah Maghrib bersama,” tambahnya lagi.

Ditanya adakah perdamaian itu membuka jalan untuk Norman mengambil semula Abby sebagai isteri, aktor itu hanya menyerahkan perkara tersebut kepada takdir.

“Saya tak boleh nak cakap apa. Lagipun saya tak tahu apa status sebenar Abby sekarang ini. Cuma saya mengharapkan yang terbaik selepas ini dan akan sentiasa berdoa serta berusaha untuk menjaga keharmonian keluarga dan hubungan ini.

“Memey sangat fleksibel dengan saya. Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri.

“Bagaimanapun, saya dan Memey ada merancang dan berniat untuk menunaikan umrah bersama-sama Abby. Itu pun selepas Memey bersalin pada Februari tahun depan,” katanya lagi.

Abby Abadi dan Norman Hakim pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim (8), Marissa Dania Hakim (6), dan Maria Danisha Hakim (63), namun perkahwinan itu terkandas pada 18 Disember 2008

Sumber

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment