≡ Menu

Memilih Dan Melindungi Perniagaan

international-business

Antara masalah paling krifikal yang anda  akan hadapi pada tahap awal anda  merancang untuk melibafkan diri dalam  bidang perniagaan adalah mencari pegangan  perniagaan dan memastikan keberkesanan  idea anda itu.

Prinsip peniagaan bagi pemiagaan kecil  milik seorang lelaki yang membimbit  sebuah baldi berisi air sabun dan span  untuk membasuh kereta di tempat letak  kereta tentunya berbeza dengan prinsip  pemiagaan milik seorang lelaki yang  mempunyai puluhan pekerja dan mesin serta  peralatan yang bernilai jutaan ringgit.

Sudah tentu pengetahuan dan kemahiran  yang diperlukan untuk mengurus kedua-dua  jenis skop perniagaan ini jauh berbeza.

Namun demikian, untuk berjaya dalam  kedua-duanya, mereka perlu mempunyai satu  prinsip yang serupa iaitu pegangan
perniagaan.

Masalah paling kritikal yang anda akan  hadapi pada tahap awal anda merancang untuk melibatkan diri dalam bidang  perniagaan adalah mencari pegangan  perniagaan dan memastikan keberkesanan
idea anda itu.

Perniagaan dan Undang-Undang

Seorang usahawan memang tidak diharapkan  menjadi seorang peguam tetapi setiap  usahawa mesti mempunyai pengetahuan asas  undang-undang yang berkaitan dengan  bidang perniagaan. Sesebuah syarikat  harus melantik seorang peguam daripada
syarikat guaman untuk menjadi penasihat  yang berkaitan dengan persiapan dokumen  dan aspek-aspek perundangan lain.

Antara undang-undang yang berkaitan
ialah:

1. Pihak berkuasa tempatan atau dewan bandar raya.

2. Jabatan Buruh.

3.  Percukaian.

4. Hak cipta harta intelek.  

5. Permit atau lesen perniagaan yang  berkaitan.

6. Jabatan Kesihatan.

7. Jabatan Bomba.

8. Barang kawalan atau  berbahaya.

9. Mesin dan jentera.

Perniagaan anda perlu dilindungi dari  segi keselamatan dan insurans. Beberapa  kategori perlindungan risiko adalah  seperti kebakaran, kecurian, rompakan,  salah laku awam, bencana alam dan  kemalangan.Sebelum membuat apa-apa  keputusan muktamad, anda perlu membuat  rundingan dengan beberapa ejen insurans.

Premis Perniagaan

Bangunan perniagaan merupakan nukleus  atau pusat operasi sesuatu urusan  perniagaan. Memilih bangunan yang tepat  banyak membantu kejayaan perniagaan anda.

Sebagai seorang ahli pemiagaan, utarakan  soalan berikut kepada diri anda:

1. Adakah anda telah mendapat bangunan  yang sesuai dengan skop dan keperluan  perniagaan anda dari segi kapasiti

2.  Adakah lokasi bangunap perniagaan anda  mendapat kemudahan komunikasi dan  rangkaian yang selesa?

3. Adakah lokasi  bangunan perniagaan anda selesa bagi  pelanggan yang akan mengunjungi?

4.  Adakah bangunan tersebut boleh diubah
suai kepada keperluan perniagaan jika  perkembangan mendesak? Dan adakah kosnya  munasabah?

5. Adakah anda telah  memikirkan untuk menyewa atau memajak  dengan pilihan untuk membeli?

6. Adakah  anda telah melantik peguam syarikat atau  perniagaan anda dan mengarahkannya untuk  meneliti undang-undang yang berkaitan.

Lokasi Premis Pernigaan

Berikut merupakan beberapa panduan dalam  menentukan lokasi premis perniagaan anda:

1. Tentukan kedudukan Iokasi premis  perniagaan.

2. Senaraikan kelebihan  membeli bangunan berbanding menyewanya.

3. Sebelum anda membuat keputusan untik  membeli bangunan perniagaan, lakukan  perancangan ruang da kosnya.

4. Ambil kira pengembangan dan pengecilan operasi  perniagaan anda pada masa akan datang.

5.  Pertimbangkan perkaitan antara kepentingan dan peluang pelaburan dengan  keperluan perniagaan anda.

6. Mengetahui  kepentingan pemasaran dengan bangunan  anda. Mungkin anda perlu mencari  permasaran pilihan.

7. Adakah pelaburan  anda untuk membeli bangunan akan  melonjakkan keuntungan?

8. Dapatkan  perkhidmatan profesional untuk  mengelakkan kerugian besar kerana mereka  dapat membantu anda membuat keputusan  yang tepat.

Apabila Tersalah Pilih Bangunan

Terdapat seorang ahli perniagaan yang  baru membeli sebuah bangunan rumah kedai  tiga tingkat lot sudut di salah sebuah kawasan perindustrian dengan harga RM1.7  juta. Beliau berasa sangat bertuah kerana  mendapat sebuah bangunan yang luas, selesa dan cantik dengan harga yang  rendah. Beliau berpuas hati dengan keadaan  bangunan tersebut. Selain mempunyai  kawasan letak kereta yang luas, keluasan lantai dalam bangunan itu dua kali ganda  daripada unit bangunan rumah kedai biasa.  Cat bahagian luar dan frontal look sudah  sedia cantik. Malah, tuan punya bangunan  asal melahirkan rasa kesal kepada beliau  kerana melepaskan bangunan tersebut  dengan harga terlalu rendah.

Sebulan selepas memasuki bangunan  tersebut, masalah mula timbul. Koloni  tikus bermaharajalela di atas siling  tingkat dua. Semasa mula-mula pindah masuk, hanya beberapa tikus yang  kedengaran berlari dan berdecit di  siling.

Lama-kelamaan, koloni tikus itu membiak  dan membentuk populasi yang banyak.  Haiwan perosak itu mula menggigit salur
penyaman udara dan membuang pelbagai  sampah ke dalam ruang pejabat melalui  lubang penyaman udara di siling.

Beberapa orang pekerja diminta memasang  perangkap tikus. Malangnya, ada tikus  yang mati dan tidak dijumpai bangkainya.
Akhirnya, seluruh pejabat berbau busuk  dan memualkan sehingga memaksa semua staf  memakai topeng mulut. Ini mengganggu  kerja para pekerja dan tetamu yang datang  turut gelisah.

Akhirnya, rahsia penjualan bangunan  dengan harga yang rendah tersebut  terbongkar.

1. Pemilik asal bangunan menjual  bangunannya kerana tidak tahan dengan  serangan tikus yang berterusan.

2.  Pemilik asal bangunan berniaga pakaian  dan sudah tentu tikus menjadi musuh  utamanya.

3. Pemilik asal bangunan  terpaksa menanggung kos mengupah syarikat  anti makhluk perosak iaitu dua bulan  sekali.

Justeru, sebelum membeli sesebuah  bangunan untuk premis perniagaan yang  akan anda jalankan, kajilah dengan lebih mendalam tentang bangunan tersebut dari  sudut luaran dan dalaman, juga dalam  tempoh jangka panjang. Jika ia adalah sebuah bangunan lama, kenal pasti punca  pemilik asal mahu meninggalkan bangunan  tersebut.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment