≡ Menu

Meninjau Kebuluran di Somalia

s2

2 September 2011 bersamaan 4 Syawal 1432H,  Malaysia dikejutkan dengan kematian seorang  jurukamera, jurukamera BERNAMA TV akibat  tembakan curi yang menembusi paru-paru  hingga ke bahunya ketika menjalankan tugas  misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia.  Mufti Perak, memfatwakan bahawa beliau mati syahid.
 
Ada beberapa moral daripada berita ini:
 
1. Rakyat Malaysia baru disedarkan bahawa  ada sebuah negara yang bernama Somalia,  yang menghadapi bencana kebuluran tahap ekstrim.
 
2. Negara yang penduduknya hampir 100% umat  Islam ini sedang ditimpa bencana dengan  kematian mencecah 300 orang sehari.
 
3. Adanya gerakan dan tindakan misi  kemanusiaan yang cuba membantu mengurangkan  penderitaan dan survival umat Islam ini.
 
4. Adanya insan yang sanggup berjihad  sehingga mengorbankan diri sendiri demi  umat manusia dan agama Islam.
 
Peristiwa menyayat hati dengan kepulangan  jenazah yang dibawa oleh pesawat C-130  Hercules di Pengkalan TUDM Subang bersama  54 orang anggota misi kemanusiaan itu  berlaku pada saat umat Islam di Malaysia  dan seluruh dunia merayakan Hari Raya  Aidilfitri.
 
Ini juga mengingatkan kita akan kemewahan  makanan, minuman, pakaian dan perhiasan  sehingga berlaku pembaziran terutama ketika hari perayaan pada saat ada umat Islam yang  mati kebuluran. Dalam suasana merayakan  rumah terbuka musim Syawal ini, ingatkah  kita penderitaan umat yang seaqidah dengan  kita di Somalia?
0
 
“Tanduk Kebuluran”
 
Hanya dalam tempoh tiga bulan yang Ialu,  krisis kebuluran terbaru yang melanda  negara ini telah meragut kira-kira 29,000
nyawa kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah. Berita kebuluran di Somalia ini  bukan cerita baru. Negara yang terletak di
bahagian “tanduk Afrika” ini digelar oleh  petugas media dengan nama jolokan “Tanduk Kebuluran.”
 
Seramai 10 juta orang penduduk Somalia  memerlukan bantuan makanan. PBB telah  memohon sumbangan ASD2.4 bilion (RM7.16  bilion) dari negara anggotanya, namun  sehingga kini, badan dunia itu hanya  berjaya mengumpul separuh daripada jumlah  itu.
 
Seorang anak lelaki berusia 11 tahun di  Ghana bernama Andrew Adansi-Bonnah  melancarkan kempen mengutip 20 juta cedi
Ghana (kira-kira RM39 juta) untuk projek “Selamatkan Kanak-Kanak Somalia  daripada Kebuluran”.
 
Malah sebuah badan kebajikan di Gaza,  melancarkan kempen “Dari Gaza: Bersama  Menyelamatkan Kanak-Kanak Somalia!” Apabila  golongan dengan keadaan hidup yang terhad  tanpa sebarang harta seperti umat Islam di  Gazaini bersedia berkorban untuk orang lain  yang berada dalam keadaan lebih getir  berbanding mereka, apa perasaan hati nurani  dan hati kecil anda yang hidup aman  tenteram dan mewah ini?
 
Punca Sebenar
 
Kemarau dan banjir seperti yang ditonjolkan  media, tidak dinafikan menjadi punca krisis  tersebut. Namun ada pelbagai lagi faktor  lain yang menyumbang kepada kebuluran  tersebut.
 
Somalia tidak mempunyai kerajaan yang  berfungsi.Sepanjang tempoh 20 tahun lalu,  sejak Presiden Said Barre digulingkan, negara itu hanya dicemari kekacauan dan sistem anarki. Jika Somalia mempunyai  kerajaan yang ada visi serta melaksanakan
undang-undang dan peraturan, mungkin  kebuluran besar-besaran ini dapat  dikurangkan dan mampu diatasi.
 
Sumber kekayaan muka bumi semula jadi yang dianugelahkan Allah s.w.t. boleh ditukar  menjadi teknologi untuk membina empangan,  menjana kuasa elektrik, membina Iebuh laya,  dan mengairkan tanah yang kontang.  Kebuluran kronik di Somalia pada  pertengahan tahun 70-an dapat diatasi  kerana ada kerajaan yang benindak pantas  menanganinya pada waktu itu.
 
Campur tangan kerap kuasa asing dalam hal ehwal dalaman negara tumt menjadi punca.  Bertopengkan program kemanusiaan PBB,  Amerika Syarikat cuba menentukan arah tuju  politik Somalia pada 1992 dan 1993.
 
Potensi simpanan minyak di Somalia dan  kedudukannya yang strategik menjadi sebab  campur tangan Amen’ka itu. Namun campur  tangan Amerika gagal. Alhasil, kekacauan di Somalia lebih parah, malah lanun  bermaharajalela sehingga menawan dan  mencuri kapal-kapal dagang antarabangsa   yang melintasi Laut Adcn dalam perjalanan  ke Terusan Suez. Kapal dari Malaysia pemah  menjadi mangsa.
 
Washington memberikan sokongan kepada  Kerajaan Persekutuan Sementara (TFG)  Somalia bagi menghalang kebangkitan
Kesatuan Pengadilan Islam (UIC) yang semakin popular. Walaupun UIC kemudian  berjaya menubuhkan kerajaan yang stabll  pada 2006 yang menjamin undang-undang dan  ketenteraman awam,
 
Amerika melalui kerjasama erat dengan kerajaan Ethiopia telah menggulingkan kumpulan Islam itu dengan mendakwa
pertubuhan itu mempunyai kaitan dengan al-  Qaeda. Bekas anggota UIC kemudian membentuk  pergerakan gerila secara besar-besaran dan mengawal sebahagian besar negara termasuk kebanyakan kawasan strategik di Mogadishu pada Mei 2009.
 
Perang saudara dan sekatan yang dikenakan Amerika-PBB ini turut menghalang penghantaran makanan.
Krisis Somalia ini menunjukkan betapa  pentingnya mempunyai sebuah kerajaan yang  berfungsi dan mampu menjaga rakyatnya dan  pada masa yang sama bukan juga menjadi boneka kepada kuasa asing atau polis dunia.
00
 
Suasana Kem Pelarian
 
Mangsa kebuluran di kem-kem pelarian  kendalian kerajaan di Mogadishu berhadapan  ancaman keganasan setiap hari sehingga  membuatkan mereka memilih untuk berlapar  daripada mendapatkan bekalan makanan yang diagih-agihkan oleh agensi bantuan.
 
Di kem Badbaado di Mogadishu yang  menempatkan 20,000 orang pelarian mangsa  kebuluran; kejadian rogol dan keganasan  berlaku hampir setiap hari. Kem ini  terletak berhampiran lokasi pertempuran  yang selalu tercetus antara tentera  kerajaan dengan kumpulan gerakan Islam al- Shabab.
 
Peluru sesat yang membunuh Noramfaizul jugadipercayai daripada senjata kumpulan  militan yang tidak menyenangi kumpulan  misi kemanusiaan dari Malaysia yang  kebetulan dilindungi oleh pihak kerajaan.
 
Akibat persengketaan ini, ramai pelarian  memilih untuk tinggal di kem Hawale, kira-  kira 1.6 kilometer dari Badbadoo demi
keselamatan diri mereka serta anak-anak. Kem Hawale dikendalikan orang persendirian  dan dikawal ketat pengawal keselamatan pada  waktu malam. Walau bagaimanapun, mereka  tidak mempunyai akses untuk menerima  bantuan bekalan makanan dan ubat-ubatan daripada agensi kemanusiaan yang datang  dari seluruh dunia. Satu-satunya kemudahan
yang disediakan oleh NGO dari seluruh dunia  di sini ialah tandas.
 
Mengapa Kita Berdiam Diri?
 
Pertama, hilangnya rasa persaudaraan  seaqidah sekelompok umat Islam terhadap  kelompok umat Islam lain kerana wujudnya  sifat kebangsaan (wataniah atau  nasionalisme) yang telah ditanam oleh penjajah. Ada yang merasakan apa yang  berlaku di Somalia ialah masalah rakyat  Somalia dan bukannya masalah umat Islam  bersama. Malah Iebih teruk lagi sekiranya  ada yang menyatakan “rasa bersyukur” kerana  apa yang berlaku di Somalia tidak berlaku  di Malaysia!
000
 
Kedua, tiada pemimpin umat Islam yang melindungi dan memastikan kebajikan, keselamatan serta keperluan asas umat Islam di seluruh penjuru dunia ini dipenuhi. Berbeza dengan situasi ketika Umar al-Khattab memerintah, dalam menangani masalah kebuluran di Madinah pada era pemerintahannya. Beliau dengan segera menyalurkan bantuan bekalan makanan yang dibawa masuk ke Madinah dari wilayah-wilayah lain seperti dari Mesir dan Syria. Pada masa yang sama, perbendaharaan negara dibelanjakan untuk membeli dan menyediakan makanan kepada penduduk Madinah.
 
Ketiga, inilah salah satu daripada kerosakan yang disebabkan oleh kapitalisme di negara umat Islam. Sistem kapitalisme tidak memberi kebahagiaan kepada manusia tetapi ia datang dengan segala bentuk kerosakan sebagaimana yang berlaku di Somalia ini.
 
Ekonomi Tidak Mapan
 
Walaupun terdapat sejumlah perusahaan dan  perekonomian swasta, perusahaan milik negara  memainkan peranan utama. Nasionalisasi  sejumlah perusahaan asing dilakukan pada  tahun 1970. Pada tahun 1970-an juga Somalia  mengalami kesulitan ekonomi akibat kemarau panjang dan kemasukan ribuan pelarian dari  Ethiopia.Keadaan muka bumi yang tandus, taburan hujan  yang sedikit, sumber hasil bumi yang  terbatas dan cara pengeluaran yang masih  tradisional menyebabkan perekonomian Somalia  tidak dapat berkembang dengan baik. Walaupun  sedikit kemajuan ekonomi diperoleh sejak  tahun 1950, namun hingga kini Somalia tetap  tidak dapat melepaskan did daripada  cengkaman bantuan asing terutama Amerika  Syarikat dan Itali.
 
Ternakan merunkan komoditis eksport Somalia  yang terbesar tahun 1984. Komoditi ini  mencapai 59.6 peratus daripada nilai
eksportnya yang berjumlah So.Sh 1.3 bilion.  Eksport lain ialah pisang 7.9% dan kulit serta haiwan. Barang-barang eskport ini dipesan oleh Arab Saudi, Itali dan Republik  Rakyat China.Sedangkan importnya pula bernilai So.Sh 5.1  bilion mencakupi bahan makanan, kenderaan  pengangkutan, mesin, bahan mentah  perkilangan, minyak tanah, minuman keras, tembakau, bahan kimia, pakaian dan sepatu.  Barang import ini dibawa masuk dari Itali,  Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, England,  Kenya, Thailand, Jepun, Singapura dan  Republik Rakyat China.
 
Hasil bumi yang terdapat di Somalia ialah minyak tanah, bijih besi, uranium, garam, batuan dan pasir.
 
Bagaimana Mengatasi Kebuluran?
 
Menurut Harun Yahya dalam buku beliau, Zaman Kegelapan Islam dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam,ada beberapa langkah boleh diambil bagi mengatasi masalah negara miskin di tengah-tengah perang saudara ini, antaranya:
 
1. Pembahagian sumber~surnber kekayaan bumi perlu dilakukan secara adil.
 
2. Sumber-sumber teknologi negara-negara kaya yang digunakan di serata dunia harus menjurus kepada membantu negara yang miskin.
 
3. Membendung kebejatan masalah moral seperti pentingkan diri sendiri, tamak dan sikap tidak peduli.
 
4. Budaya tidak beragama yang sedang mendominasi dunia hari ini memandu manusia ke arah sikap pentingkan diri sendiri.
 
5. Mengatasi sikap manusia yang enggan berkorban dan berusaha untuk menolong insan yang memerlukan.Budaya ini mencipta dua buah masyarakat yang berbeza; terlampau kaya dan terlampau miskin. Al-Quran telah menerangkan kisah mereka yang enggan memberikan makan kepada orang yang Iapar dan memeriukan seperti ayat Allah yang bermaksud: “Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin.” (Surah al-Ma’un 107: 1-3)
 
6.  Jangan serahkan usaha menyelamatkan dunia ini pada bahu orang yang mendustakan agama, tetapi serahkan kepada pihak dan agensi yang sangat patuh kepada agama dan mengurus dengan adil.
 
Misi Kemanusiaan Somalia
 
Mengetahui penderitaan umat Islam di Somalia, saya telah menyusun satu lagi misi kemanusiaan dengan kerjasama Wisma Putra dan beberapa NGO tempatan dan antarabangsa sebelum peristiwa kematian lagi.
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

gambar kematian disebabkan kebuluran
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment