≡ Menu

Menyantuni Fitrah Berpoligami

10292009-rpsi_poligami-f

Dalam isu kali ini, penulis ingin membawa  pembaca meneliti konsep perkahwinan poligami  yang sering dikaitkan denagn Islam.
 
Pernikahan poligami seolah-olah menjadi imej,  citra dan wajah depan Islam yang popular dan  dikenal umum.
 
Islam sebagai agama fitrah, dianggap wajar   memberi sokongan dan dukungan kepada  keinginan dan hawa nafsu manusia untuk  mempunyai lebih daripada satu pasangan  seksual.
 
Walau bagaimanapun, poligami dalam kalangan  masyarakat Islam khususnya di Malaysia, kerap  pula dikaitkan dengan permasalahan rumah  tangga, penganiayaan, cerai-berai dan  pertelingkahan yang berlarutan. Perdebatan mengenai poligami sering kali menjadi hangat,  dan mewujudkan dua kem yang bertentangan  pandangan; antara kem yang sentiasa cuba menegakkan hujah masing-masing.
 
Apa kata sekiranya perbincangan kali ini, memfokuskan kepada aspek kaitan poligami dengan fitrah manusia, dan bukannya semata- mata dari kaca mata hukum-hakam sahaja?
 
Hanya Lelaki
 
Penulis ingin berkongsi pengalaman ketika  menjalani fellowship di University of   Minnesota, USA pada tahun 2000 yang lalu. 
 
Salah seorang staf wanita berdarah kacukan  Irish dan Latino di Jabatan OB-GYN and Women  Health, UMN yang ditemui beria-ria mengajukan  soalan berikut kepada penulis: “I heard  Muslims can practise polygamous marriage, is  that right?”(Saya ada dengar, lelaki Islam  boleh mempraktikkan perkahwinan poligami, betul?).
 
Sebaik sahaja saya menganggukkan kepala,  dengan senyuman meleret dia terus berkata:  “Lucky you! So you can have more than one  husband!”(Bertuahnya kamu! Jadi kamu boleh  ada lebih daripada seorang suami!).
 
Saya segera memperbetulkan tanggapannya   dengan menjawab: “Oh no, no. My husband can  have more than one wife, but I cannot have  more than one husband.”(Oh, bukan begitu.  Suami saya boleh berkahwin lebih daripada  seorang isteri, tetapi saya tidak dibenarkan  punya lebih daripada seorang suami).
 
Mendengar jawapan saya, kenalan baru saya itu  berkata: “That is not fair! How can that be?  Only your husband can practise polygamy while  you can’t? I don’t understand this.’(Itu  tidak adil! Bagaimana boleh jadi begitu?  Hanya suami kamu yang boleh berpoligami,  sedangkan kamu pula tidak boleh? Saya tidak  faham semua ini).
 
Tentu sekali, menurut logik akal rakan saya  tadi, Islam bersikap tidak adil terhadap  wanita apabila poligami hanya dibenarkan  untuk dipraktikkan oleh lelaki sahaja. Apakah  pula jawapan yang harus kita berikan  kepadanya? Mungkin ada yang bersetuju dengan  rasional yang dipakai oleh rakan non-Muslim  saya tadi.
 
Tidak Cukup dengan Satu Pasangan?
 
Menurut kajian, tabiat semula jadi alam  haiwan mamalia berdarah panas, termasuk  manusia baik lelaki mahupun wanita sebenarnya  tidak cukup dengan satu pasangan seksual.  Malahan dikatakan manusia seperti juga haiwan  mamalia yang lain, mempunyai nafsu kelamin  yang liar dan cenderung bertukar-tukar  pasangan.
 
Jika dilihat dari sudut pandang kesamarataan  gender (gender equality), sekiranya lelaki  boleh berkahwin lebih daripada satu, maka  wanita juga sepatutnya diberi kelonggaran  yang sama. Ditambah pula dengan hakikat  sejarah yang menunjukkan kecenderungan nafsu  kelamin manusia yang semenjak dahulukala  telah mengamalkan perkahwinan poligami.
 
Poligami (ta‘addud al-zawaj) ialah satu  perkataan umum yang lazimnya ditakrifkan sebagai perkahwinan yang melibatkan lebih  daripada satu pasangan sama ada dalam satu- satu masa (definisi yang lebih popular)  ataupun satu persatu dalam tempoh masa  tertentu (berkahwin, bercerai dan berkahwin  semula beberapa kali selepas itu).
 
Sementara poliandri khusus menghuraikan  wanita yang mempunyai lebih daripada satu  pasangan suami dan poligini pula, merujuk  kepada status lelaki yang berkahwin dengan  lebih daripada seorang wanita. Jelaslah apa  yang dibolehkan oleh Islam hanyalah poligini dan bukannya poliandri, melalui ayat ke-3 surah al-Nisa’ yang mafhumnya:
 
“Dan sekiranya kamu khuatir tidak akan mampu  berlaku adil terhadap perempuan yatim, maka  nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi;  dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu  khuatir tidak mampu berlaku adil, maka  (nikahilah) seorang sahaja…”
 
Bayangkan sekiranya poliandri dibenarkan  untuk dipraktikkan dalam kelompok kita,  betapa huru-haranya masyarakat akibat  ketidakjelasan dan kekeliman dari sudut nasab  keturunan manusia. Penulis pernah membaca  satu laporan yang memaparkan mengenai sistem  poliandri yang diamalkan di Tibet, di  kepulauan Marquesas, Polinesia dan di  Bahamas. Sebab utama berlakunya poliandri  adalah kerana kurangnya bilangan wanita dalam kelompok tersebut.
 
Poliandri dibahagikan kepada dua – poliandri  fraternal (para suami ialah adik-beradik  daripada keluarga yang sama) dan poliandri  non-fratenal (suami-suami tidak mempunyai  ikatan persaudaraan). Kebiasaannya, anak-anak  yang lahir dalam perkahwinan poliandri  fraternal akan dikira anak kepada semua  lelaki bersaudara dalam keluarga tersebut  yang berkongsi isteri yang sama. Sementara  penetapa siapakah bapa kepada anak yang lahir dalam perkahwinan poliandri non-fratemal
pula, akan ditentukan oleh si ibu melalui satu ritual kebiasaan dalam kelompok  tersebut.
 
Mencabar Naluri
 
Selain dari aspek fitrah keinginan  berpasangan lebih daripada seorang, poligami juga secara amnya amat mencabar naluri
manusia yang sememangnya tamak haloba dan  membuahkan perasaan cemburu yang mendalam.  Tiada manusia yang sanggup berkongsi kasih,  namun hakikatnya poligami memerlukan  pengorbanan yang besar dari sudut perasaan  dan emosi.
Dalam pada itu, sekalipun Islam menggariskan  perlunya keadilan diterjemahkan dari sudut  pembahagian giliran bermalam, makan minum,  rumah, pakaian dan perhatian, terpaksa diakui  bahawa perasaan kasih sayang hampir mustahil  untuk dibahagikan sama rata. Begitu banyak  masa, tenaga dan wang ringgit yang terpaksa dicurahkan oleh semua keluarga yang
mengamalkan poligami, dalam menguruskan  konflik dan pergeseran akibat emosi dan jiwa  yang sentiasa bergolak.
 
Islam yang begitu menjaga keluhuran nasab dan  keturunan manusia, telah menetapkan bahawa  poligini sahaja yang dibenarkan. Anak-anak  yang lahir daripada beberapa orang wanita  yang bersuamikan lelaki yang sama, bolehlah dinasabkan kepada lelaki tersebut. Di bawah  suasana dan keadaan tertentu, maka Islam  membolehkan perkahwinan poligini diteruskan, dengan syarat ketat terlaksananya keadilan dan tiada sebarang unsur penganiayaan  terhadap semua ahli keluarga yang terbabit.
 
Dalam masa yang sama, Muslimah dididik agar  sentiasa menjaga kehormatan diri dan maruah  keluarga, tinggi sifat malunya, mendalam  kasih sayang dan kesetiaannya kepada seorang  lelaki bergelar suami. Fitrah haiwaniyyah  yang tidak cukup dengan satu pasangan kelamin dibendung dan dikekang seketat-ketatnya, demi  memastikan nasab keturunan anak-anak  terpelihara dan tidak tercemar.
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment