≡ Menu

Minum Arak Bencana Menanti

minuman-keras

Alhamdulillah, semoga pembaca Solusi sentiasa mendapat input serta kefahaman Islam dengan lebih baik dan semasa ke semasa. Dalam ruangan kali ini, penulis masih membincangkan isu arak.
 
Gejala minuman keras merupakan masalah yang sering dibangkitkan oleh orang barat. Mereka tercari-cari penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.
 
Seorang senator Amerika, J. William Fulbright mempunyai pandangan tersendiri mengenai masalah minuman keras ini. Beliau berkata: “Kita mampu sampai ke bulan, tetapi kaki kita masih terbenam di dalam lumpur. Ini merupakan masalah yang sangat penting seperti yang kita tahu di negara Amerika Syarikat terdapat 11 juta orang penagih minuman keras dan 44 juta orang peminumnya.”
 
Dr. Mat Saad Abd. Rahman berkata: “Arak mempunyai banyak kesan negatif terhadap diri manusia selain menjejaskan kesiuman akal dan kesihatan mereka. Ia juga menjadi punca kepada beberapa kerosakan harta benda dan lahirnya pelbagai jenayah dalam kehidupanmasyarakat seperti zina, pembunuhan, pemerkosaan, rompakan dan lain-lain. Ia juga menjadi sebab Iahimya pelbagai penyakit dalam diri seseorang seperti penyakit  jantung, saraf, jiwa, penghadaman perut dan sebagainya. Tiada manfaat langsung dalam arak sebagai minuman seseorang. Malah ia lebih banyak sebagai bahan perosak dan pemusnah.”
 
Dr. Muhammad ‘Ali al-Bar dalam artikelnya bertajuk The Problem of Alcohol and Its Solution in Islam menyatakan bahawa pada tahun 1979 di Amerika Syarikat, kematian yang diakibatkan oleh kesan arak melebihi angka 60,000 orang. Seramai 25,000 orang mati dalam pelbagai jenis kemalangan (50% daripadanya kemalangan jalan raya), 15,000 orang mati dalam kes-kes pembunuhan dan bunuh diri manakala 15,000 orang mati disebabkan pelbagai penyakit yang kesemuanya berpunca daripada arak.
 
Bahaya Arak Semakin Marak
 
Dalam makalah yang sama, Dr. Muhammad ‘Ali al-Bar menyatakan juga: “Menurut laporan Badan Kesihatan Dunia (bil. 650, tahun 1980), sesudah dijalankan kajian menyeluruh terhadap pelbagai jenayah pembunuhan dan keganasan dalam 30 buah negara termasuk Amerika Syarikat, didapati sebanyak 86% daripada keseluruhan jenayah pembunuhandan 50% daripada jenayah rompakan berlaku akibat kesan arak. Di Perancis, perbelanjaan rawatan pelbagai penyakit yang berpunca daripada pengambilan arak pada tahun 1980 sahaja berjumlah satu juta Franc. Di Scotland pula, jumlah kerugian daripada ketagihan arak iaitu kerugian dari segi produktiviti dan tenaga kerja melebihi 100 juta Pound Sterling setiap tahun.”
 
Risiko arak terhadap kehidupan manusia begitu tinggi sama ada dari sudut kesihatan mahupun harta benda. Walaupun begitu,
statistik penagih arak kian meningkat.
 
Badan Kesihatan Dunia dalam laporannya (bil. 650, tahun 1980) melaporkan bilangan penagih arak di kebanyakan negara telah mencapai peringkat 4 hingga 10% daripada bilangan penduduknya. Rusia ialah negara tertinggi jumlah penagih arak berbanding negara-negara lain.Dianggarkan antara 20 hingga 25 juta penduduknya ialah penagih arak. Tambahan lagi, sebanyak 90% pesakit yang mengambil rawatan pertama akibat keracunan alkohol yang tinggi dalam kalangan penduduk negara itu ialah remaja bawah 15 tahun!
 
The Lancet, sebuah jumal di Britain, dalam artikel bertajuk Longing for Alcohol,memuatkan ungkapan: “Jika kamu sangat rindu pada minuman keras, maka kamu seakan-akan mahu mati.”
 
Seramai 200 ribu orang mati di Barat kerana minuman keras direkodkan setiap tahun. Statistik pula menunjukkan di Amerika, 93% penduduknya meminum minuman keras. Manakala sebanyak 4% lelaki dan 5% wanita menderita penyakit biasa berkaitan minuman keras. Sementara itu, 10% lelaki pula menderita penyakit kronik berpunca daripada arak.
 
Kesan Buruk Arak
 
Allah s.w.t memerintahkan kita menjauhi arak melalui firmanNya yang telah dibincangkan. Larangan daripada mendekati arak memberi kefahaman yang lebih umum dan meluas, bukan setakat meminum, malah mendekatinya juga dilarang. Penulis menukilkan sebahagian hasil kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pakar bahawa tahap kesan racun berbahaya dalam minuman keras berbeza mengikut kadarkandungannya dalam darah.
 
Jika kadarnya pada tahap 20 hingga 99%, makaracun ini menyebabkan perubahan pada tubuh,hilang keseimbangan otot dan menyebabkan tekanan perasaan. Pada kadar 100 hingga 299% pula, kandungan racun akan mengakibatkan rasa mual, pandangan mata menjadi dua dan tubuh mula hilang daya keseimbangan. Manakala pada kadar 300 hingga 399%, kandungan ini akan menurunkan suhu badan seoara mendadak, gagap berbicara dan hilang daya ingatan. Seterusnya jika pada kadar 400
hingga 700%, kandungan minuman keras ini akan membuatkan seseorang tertidur dengan kadar pemafasan yang begitu menurun sehingga dan hampir pada kematian.
 
Umumnya, kesemua organ dalam badan terkesan akibat minuman keras. Bagaimanapun, sistem saraf merupakan komponen tubuh yang paling banyak terkesan. Otak akan gagal berfungsi dengan baik akibat kerosakan di sarafnya. Sel-sel otak akan lemah dan tidak mampu lagi berfungsi untuk membuat analisis dan lebih dahsyat lagi apabila pusat sistem pemafasan otak mula terkesan. Ini kerana pengambilan minuman keras secara berlebihan akan menyumbat jalan pemafasan secara keseluruhan sehingga menyebabkan kematian.
 
Terdapat satu penjelasan menarik dalam buku Alcoholism yang menyatakan bahawa setelah alkohol menyerap ke dalam usus dan sampai ke darah, ia akan menerobos ke lapisan otak (hajiz dimagh) pula. Kemudian ia menyerap masuk ke dalam janin melalui plasenta sehingga akhirnya sampai ke seluruh tubuh. Namun, ia memiliki cara tertentu untuk bersarang dalam lemak.
 
Semakin kompleks dan spesifik fungsi satu-satu organ tubuh, semakin besar pula risikonya terkena kesan beracun alkohol. Jadi, tidak hairanlah jika kita mendapati otak, hati dan kelenjar-kelenjar endokrin merupakan organ-organ badan terawal yang terkesan dengan minuman keras, lalu menyebabkan gangguan fungsi dan kekacauan pada organ-organ tersebut. Semoga kita menjadi hamba Allah yang benar-benar mematuhi perintahNya sehingga mendapat mardhatillah. Amin.
 
“Tidak masuki syurga bagi seseorang yang menderhakai ibu dan bapanya dan orang yangpenggemar mimuman khamar.”(Riwayat Ahmaddan al-Nasa’i)
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment