≡ Menu

Model Dakwah Nabi Ibrahim a.s

Sayap-Sayap-Rasulullah-Salman-Sayap-Kesederhanaan-dalam-Dakwah1-500x330

Teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim yang berdakwah dengan ayahnya boleh dijadikan model.
 
Nabi Ibrahim memulakan dakwah kepada ayahnya dengan berbincang tentang konsep ketuhanan. Baginda memberitahu bahawa tuhan berhala adalah lemah dan penyembahan itu hanya kepada syaitan. Kemudian beliau mengajak bapanya agar mengikutlnya beriman kepada Allah, sebuah jalan yang lurus yang dapat mengelakkan daripada azab Allah. Lihat surah Maryam ayat 42-45.
 
Setelah dakwah Nabi Ibrahim ditolak oleh ayahnya, baginda mengambil langkah yang positif iaitu berdoa. Berdoa agar bapanya diberikan keselamatan dan meminta keampunan dan’pada Allah untuk bapanya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Nabi Ibrahim berkata: ‘Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan meminta keampunan bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku.”’ (Surah Maryam 19: 47)
 
Doa boleh melembutkan hati manusia untuk berpindah daripada kekufuran kepada keimanan. Kuasa doa memberikan jiwa Mukmin terus kekal optimis terhadap Allah bahawa hidayah ialah miliknya.
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment