≡ Menu

Mursi Ni Baik Ke Jahat ?

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Mohamed Morsi, president of EgyptPersoalan yang sering ditanya oleh sebahagian rakyat Malaysia yang baru mengikuti perkembangan Mesir, “Mursi ni baik ke?” Bukan apa, kerana mereka mengikuti perkembangan melalui media yang beritanya tidak tepat bahkan menjejaskan imej Mursi dan Ikhwan Muslimin.

    Saya ingin bawakan jawapan kepada persoalan tersebut. Hari Isnin lepas, seorang peguam Ramadhan Abdul Hameed El-Uqsuri membuat laporan kepada Peguam Negara Tala’at Abdullah bagi menyiasat Ahmed Syafiq, Ketua Polis Dubai Dhohi Khlafan dan bekas pimpinan Fatah, Mohammad Dahlan yang kesemua mereka kini berada di Dubai kerana didakwa “bersekongkol dengan Israel bagi menggulingkan Presiden Mursi.”

    Dalam laporan nombor (571) itu, Ramadhan mendakwa ketiga-tiga mereka menjadikan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai pengkalan melancarkan segala bentuk serangan menggulingkan pemerintahan Mursi termasuk memberikan imej yang buruk terhadap pentadbiran Mursi melalui media massa yang turut disebarluaskan melalui internet, akhbar dan majalah.

    Beliau turut memetik pengakuan seorang penganalisis politik bernama Ibrahim Ad-Darawi yang membongkar pertemuan antara Syafiq, Dahlan dan Khalfan bagi melaksanakan segala perancangan yang telah disusun oleh Zionis Israel bertujuan melemahkan pentadbiran Mursi.

    Antara operasi yang dirancang yang ternyata terkesan ialah melalui media bagi menggalakkan penentangan terhadap Mursi. Media yang dimaksudkan di sini ialah media persendirian yang dimiliki oleh tokoh-tokoh korporat Mesir yang mempunyai hubungan dengan Mubarak atau bekas anggota parti NDP. Modus operandi ini dijalankan dengan menggambarkan Mursi bukan Presiden Mesir yang sah.

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    Laporan ini turut mendakwa terdapat beberapa orang dari kalangan ahli-ahli perniagaan yang berasal dari Mesir telah membeli beberapa syarikat akhbar dan televisyen bertujuan menyebarkan berita palsu ke serata dunia berkaitan Mesir di bawah pentadbiran Mursi. Sehingga terdapat akhbar yang diterbitkan di negara-negara Eropah yang mengandungi berita memburukkan Mesir yang diselia secara langsung oleh Mohammad Dahlan.

    Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh Ad-Darawi, terdapat sebilangan bekas calon-calon Presiden Mesir (yang bertanding selain Mursi ialah seramai 11 orang) tanpa menamakan calon-calon tersebut didakwa memperolehi sumber kewangan dari Dubai dan Iran berjumlah USD 70 juta bagi memastikan modus operandi melalui media dan siri-siri demonstrasi jalanan (yang diupah) berjaya. Tidak hairan, hampir saban hari boleh dikatakan akan diadakan demonstrasi di Tahrir dan di sekitar Istana Ittihadiyah (Istana rasmi Presiden) walaupun yang menyertainya sekadar puluhan orang. Yang pasti, mereka cuba tonjolkan kepada dunia Mesir tidak aman dan rakyat terlalu muak dengan Mursi sementara peranan media ialah mewar-warkan demonstrasi tersebut kepada dunia.

    Jawapannya cukup mudah. Kerana media. Berapa ramai yang terperangkap dengan permainan media yang memburukkan imej Mursi dan Meisr bahkan terdapat mereka yang mendapat gambaran Mesir sudah huru-hara dan tidak selamat untuk dikunjungi.

    Biodata Penulis
    M.Abdul Malik bin Abdul Karim mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar Fakulti Bahasa Arab, Kaherah. Banyak menulis esei berkaitan isu-isu hangat di Timur Tengah, antara buku tulisan beliau bertajuk Mesir Sebelum Dan Selepas Dr.Mursi, Travelog Luka Air Mata Syria dan banyak lagi.

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment