≡ Menu

Oppa Gangnam Style- Apa Yang Perlu Anda Tahu?

 

oppa gangnam style

Oppa Gangnam Style, tarian yang dicipta oleh Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang. Tarian dan lagunya, “Oppa Gangnam Style” menjadi kegilaan para remaja sehingga kini. Namun begitu, pelbagai perkara yang perlu kita ketahui disebalik lagu yang pernah mencapai jutaan penontonnya.

-APA ITU GANGNAM STYLE?-

Oppa Gangnam Style bermakna “Big Brother is Gangnam Style”. Gangnam adalah nama bagi tempat di Korea Selatan. Ianya merupakan kawasan elit bagi golongan kaya. Di daerah Gangnam inilah merupakan kawasan tempat tinggal pengasas Samsung Corp dan Hyundai. Walaubagaimanapun, akibat ketidakseimbangan sosioekonomi mengakibatkan jurang antara golongan kaya dan golongan miskin semakin lebar dan juga peningkatan kes-kes rasuah berleluasa. Fenomena ini mengakibatkan golongan awam dan golongan miskin berasa amat menyampah terhadap golongan kaya kerana golongan kaya gemar menghabiskan masa dengan harta dan wanita. Tindakan ini juga mencetuskan idea Psy untuk menghasilkan lagu ‘Oppa Gangnam Style’.

Tarian dan nyanyian ini dicipta oleh Psy, seorang penyanyi rap untuk menyatakan perasaan menyampahnya terhadap golongan kaya di daerah Gangnam. Tarian Gangnam Style menggambarkan Psy adalah seorang kasanova yang tidak tahu menunggang kuda.Tarian yang dikatakan suatu gerakan yang tak senonoh dan lucah ini dipadankan dengan lirik kritikan dan kutukan terhadap golongan kaya di Gangnam sebagai sindiran terhadap mereka.

Walaubagaimanapun, ada yang menjadikan tarian Gangnam Style ini suatu senaman malah disepakati untuk menjadikannya satu trend yang patut diikuti. Perkara ini berlawanan dengan mereka yang mengatakan tarian itu tidak berakhlak dan ianya hodoh untuk dilakukan. Namun begitu, tindakan Psy unuk menari dan menghodohkan dirinya adalah untuk meluahkan perasaannya sahaja. Tetapi ada yang mempraktikkannya kerana dikatakan menghibur dan kelakar, padahal ianya melambangkan imej seorang Playboy yang lucah dan buruk. Ramai yang tidak memandang perkara ini dan terus menghodohkan diri semata-mata hanya kegilaan terhadap tarian dan lagu ini.

 

-PANDANGAN ISLAM TERHADAP GANGNAM STYLE-

 

Islam tidak menghalang seseorang itu untuk berhibur kerana hiburan itu adalah indah. Namun begitu terdapat batas-batas agama yang perlu dijaga. Mengenai fenomena ‘Gangnam Syle’ ini, jelas tarian dan lagu yang ditonjolkan itu bertentangan dengan akhlak seorang Muslim. Menurut Hilal Asyraf:

“Ada orang, hidup tak dapat fikrah Islam.Ada orang, ada fikrah Islam, tetapi belum mampu memahamkan seluruh keluarga. Keluarganya tak faham fikrah Islam, tetapi ada semangat nak tunjukkan ukhuwwah keluarga, buat video menari yang kalau dikira dengan aras ukur ‘masyarakat sekarang ni’, taklah teruk sangat. Kita pun sedia maklum, demam K-Pop memang kuat sekarang ini.”

Memang tidak dinafikan bahawa fenomena K-Pop kini panas melanda seluruh dunia sehingga menenggelamkan fenomena-fenomena lain. Namun begitu, isu yang ditimbulkan bukanlah isu K-pop atau Gangnam Style. Isu yang ditimbulkan oleh para da’ie adalah isu mengenai wajah dan akhlak seorang muslim itu.  Jika seorang muslim atau muslimah menari dengan tarian Gangnam Style atau goyang Inul, maka terpancar pada dirinya keburukan akhlak seorang muslimah itu walaupun muslimah itu bertudung labuh semua. Islam tidak menghalang hiburan itu kerana Saidatina Aisyah r.a pernah melihat sukan untuk wanita bersama Rasulullah S.A.W. Selagi mana perkara hiburan itu tidak bertentangan dengan SYARIAT, AKIDAH dan AKHLAk seorang Islam, maka ianya tidak menjadi haram. Yang menjadi haram apabila hiburan itu bercanggan dengan 3 perkara ini.

Tambahan pula, ada yang mengatakan lirik Gangnam Style ini boleh mempunyai mesij Islamik. Sebenarnya, dakwaan ini tidak benar kerana lirik Gangnam Style ini menggambarkan kehidupan gadis-gadis Korea yang sopan pada siang dan liar pada waktu malam. Ianya juga menggambarkan kehidupan pada waktu malam apabila lelaki dan perempuan bercampur, bersosial dan berpesta. Tidak ada sedikit pun unsur Islamik yang cuba ditimbulkan disebalik lagu ini.

Hakikatnya, tarian Gangnam Style ini perlu dibuang kerana ianya menggambarkan keburukan dan kehodohan diri sendiri. Andai kata kita rela diri kita diburukkan dan dihodohkan, maka baik kita keluar tanpa berpakaian dengan sopan. Menurut Ustaz Azhar Idrus:

“Gaya hidup muda mudi Seoul yang menggalakkan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas dengan menari tayang aurat dan kemaluan yang jelas perilaku yang tidak diredhai Allah dan Rasulullah SAW”.

Tidak salah untuk berhibur selagi mana ianya tidak bercanggah dengan agama. Selagi mana syariat, akidah dan akhlak muslim itu terjaga, maka tidak salah untuk kita berhibur.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment