≡ Menu

Kini, kadar perbelanjaan kahwin saban tahun kian meningkat. Peningkatan kadar belanja kahwin ini bukanlah berada di paras berjaga-jaga, tetapi kini berada di paras yang membahayakan. Rata-rata kos perkahwinan sahaja pada abad ini hampir mencecah RM30000 setiap perkahwinan dan kian meningkat saban tahun.

Menurut statistik yang dikeluarkan dalam akhbar, nilai hantaran yang dibincangkan di lama sosial di facebook ada yang mencecah RM30000. Ini kerana kadar nilaian tersebut meningkat mengikut taraf akademik. Ada juga yang mengatakan bahawa lagi cantik dan lagi bijak seorang wanita itu, lagi tinggilah nilai hantarannya. Perkara ini sering menjadi masalah kepada pihak lelaki dalam usaha menyediakan hantaran untuk dihantar kepada pihak perempuan.

Terdapat satu kes penceraian dimana seorang suami itu terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk berkahwin kerana keluarga pihak perempuan menetapkan nilai hantaran yang terlalu tinggi. Dan akhirnya, lelaki itu menanggung hutang yang banyak sehingga dia terpaksa menjual keretanya dan akhirnya perkahwinan itu berakhir dengan penceraian. [click to continue…]

{ 1 comment }

Jika sebut mengenai Jepun, pasti ramai yang memikirkan mengenai makanan dan kartun Anime. Tidak kurang juga ada yang memikirkan tentang teknologi Negara Matahari Terbit itu. Namun begitu, terdapat rahsia di sebalik makanan negara Matahari Terbit itu yang jarang diketahui ramai.

 

Dalam masakan Jepun, setiap chef akan menggunakan beberapa jenis perasa utama yang sering digunakan dalam membuat makanan Jepun, terutamanya sushi. Terdapat 8 jenis perasa yang digunakan untuk membuat masakan Jepun yang popular dan sering digunakan. [click to continue…]

{ 0 comments }

Kita sering mendengar bahawa tabiat mandi malam akan membawa penyakit seperti radang paru-paru, asma dan sebagainya. Namun begitu, kita tidak tahu sejauh mana kesahihan khabar yang didakwa tersebut. Adakah ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan? Ramai kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.

Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik? Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?

Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres. Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

“Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini,” kata beliau.

Menurut Dr. Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.

“Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu.

Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?

Kata Dr. Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

“Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.

“Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi”. Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.

“Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan,” katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan kulit.

“Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun antibakteria,” katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan.

“Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam,” kata beliau.
Apakah pula penyakit Ekzema dan kaitannya dengan mandi malam?

Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami iritasi dan kegatalan. Tiada ubat bagi masalah ini tetapi penjagaan kulit yang baik membantu mengawalnya.

“Bila kulit anda kering, ia bukannya kurang minyak tetapi kurang mengandungi air. Untuk itu, penjagaan kulit harian yang baik serta fokus pada mandi dan penggunaan pelembab diperlukan,” terang Dr. Tan.

Katanya, rawatan bagi kulit yang kering adalah dengan membuatkan kulit mengandungi air dan cara yang terbaik dengan berendam ketika mandi dan menggunakan losyen pelembab selepas itu.

“Tujuan mandi dan memakai pelembab adalah untuk memulihkan kulit kering.

Bagi tujuan ini, kita perlu kurangkan kehilangan air daripada kulit.

“Pakar dermatologi (kulit) mengesyorkan mereka yang ada masalah ini supaya mandi dan menggunakan pelembab pada waktu malam. Kulit anda tidak mungkin kering semasa anda tidur, jadi air lebih senang meresap ke dalam kulit,” terangnya.
Bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai jadual kerja yang padat?

Ada juga ramai yang tidak punya masa untuk mandi secukupnya kerana jadual kerja yang agak ketat. Ada juga yang bermasalah bila berjauhan dari rumah dan tidak sesuai dengan tempat di mana mereka berada.

Pengamal perubatan, Hassan Saidin menerangkan jadual kerja yang ketat menyebabkan ramai ahli perniagaan serta peniaga enggan mandi secukupnya. Ramai peniaga perlu keluar berniaga pada awal-awal pagi lagi dan hanya pulang ke rumah pada lewat malam. Ini menyebabkan mereka malas mandi kerana menyimpan tenaga untuk aktiviti perniagaan pada esoknya.

“Gagal mandi adalah tidak baik bagi kesihatan dan ini boleh mengundang pelbagai penyakit yang mengganggu kehidupan kita. Ia juga boleh mengganggu keyakinan dan produktiviti kita,” kata beliau.

Tetapi orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik, bagaimana?

Nasihat sebegitu mungkin tidak berapa boleh dipakai lagi pada masa kini. Mungkin pada dekad-dekad yang lampau masyarakat masih belum maju dan kebanyakan rumah tidak punya saluran bekalan air paip.

“Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.

“Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur,” kata beliau.

Apakah kebaikan mandi malam pula?

Menurut Hassan, mandi adalah kaedah baik bagi merehatkan otot badan.

“Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

“Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit,” katanya.

Menurut Hassan, amalan mandi malam tidak memberi mudarat bahkan mandi menggunakan air panas akan membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.

“Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur),” tambah beliau.

Menurut pengamal homeopati itu lagi, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan. Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.
Disini, tabiat mandi malam yang dikatakan akan membawa penyakit hanyalah mitos sahaja. Amalan mandi malam ini juga sering menjadi amalan bagi warga Jepun kerana tabiat ini merupakan amalan kesihatan sekaligus menghilangkan stress yang dialami bagi seseorang.

{ 1 comment }

Sambungan dari Part 1

 

Deringan jam di meja memecah kesunyian rumah teres satu tingkat itu. Husni membuka matanya. Badannya masih terasa letih dan sengal. Dia bingkas bangun lalu memerhati biliknya. Kelihatan pakaiannya bersepah di lantai bersama sepasang pakaian lelaki. Dia menoleh lalu mendapati Joe, teman lelakinya sedang tidur nyenyak. Husni menggaru kepalanya, memikirkan bagaimana teman lelakinya boleh berada didalam biliknya. Perlahan-lahan dia bangun lalu mencapai bathrobe yang tergantung di penyidai. Pintu biliknya dibuka perlahan lalu dia melangkah keluar ke ruang tamu. Kelihatan Lin dan John nyenyak tidur dalam keadaan berpelukan di atas sofa rumahnya. Si Yun dengan India tu confirm ada dalam bilik ni, gumamnya. [click to continue…]

{ 0 comments }

IMAN : Percaya dengan hati, menyebut dengan lidah dan melakukan dengan anggota.

Rukun Iman :

1 – Percaya kepada ALlah
2 – Percaya kepada Malaikat
3 – Percaya kepada Kitab-kitab
4 – Percaya kepada Rasul
5 – Percaya kepada Hari Qiamat
6 – Percaya kepada Qada’ dan Qadar Allah.

PERCAYA KEPADA ALLAH

Percaya Kepada Allah : Mengetahui sifat-sifat wajib, sifat-sifat mustahil dan yang harus bagi ALlah. Wajib taat dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Sifat-sifat yang wajib bagi Allah: Wajib kita percaya bahawa Allah Taala itu bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang tidak terhingga banyaknya tetapi wajib diketahui sebanyak 20 sifat.

Sifat Wajib Bagi ALLAH

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA’
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI’UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

Sifat-sifat yang harus bagi Allah Ta’ala : Harus bagi Allah Ta’ala menjadikan segala kejadian atau meninggalkannya.

Allah telah berfirman dalam Al-Quran:

“Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan nyata. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiadaTuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja Yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, Yang mengurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan, Dialah Allah yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk rupa, Yang Mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi, Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
al-Hasyr [59]:22-24

Adanya alam ini dan bermacam makhluk menjadi saksi akan adanya Khalik sebagai Penciptanya, yaitu Allah. Akal manusia juga mengakui bahawa tiada sesuatu yang wujud tanpa ada yang menciptakannya. Adanya sistem yang teratur rapi di alam semesta ini juga menunjukkan bahawa ada yang mentadbir dan mengaturnya. Semuanya tunduk pada hukum Allah (sunnatullah), dan terikat olehnya. Sebagaimana penciptaan manusia dari nuftah yang akhirnya membentuk manusia yang tiada yang lain ikut campur dalam penciptaannya dan perkembangannya. Begitu juga dengan peredaran bintang dalam garis edarnya, andainya ada satu sahaja bintang yang keluar dari garisnya, nescaya alam ini akan hancur.

Penyembahan dan ketaatan hanya layak ditujukan kepada Allah tidak kepada yang lain. Sebagaimana firman Allah:

“Sesugguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah aku.”
al-Anbiya [21]:92

Dunia Maklumat

{ 0 comments }