≡ Menu

Kerana Cinta

Kerana Cinta

Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan doktor. Wajah doktor wanita yang bulat bersih itu kutatap sungguh-sungguh. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidupdan mati.Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin rautku.Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lesung pipit yang terdapat di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana. nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi Siti Fatimah az- Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul. Maka membesarlah dia dalam limpahan kasih sayangku dan suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak mempemleh anak lagi selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan redha. Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekali pun mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain. Bahagianya hati suamiku. Sejuk perutku yang mengandungkannya. Syukurku melimpah kerana di anugerahkan seorang puteri. [click to continue…]

{ 0 comments }

Cinta Antara Pemuda Pemudi

Love at first sight? Kata-kata ini amat masyhur bagi orang yang sedang bercinta. Cinta sememangnya intim dalam kamus kehidupan insan, namun sering kari disalah tafsirkan dan salah penafsiran ini mendorong kepada salah tindakan. Maksud cinta itu sendiri adalah perasaan atau berperasaan sangat berahi(asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan. [click to continue…]

{ 0 comments }

Kiamat dan Tunjang Aqidah

Muqaddimah

Hari kiamat merupakan salah satu daripada tunjang aqidah seseomng muslim. Terkandung dalam rukun iman yang kelima, seorang muslim boleh terbatal aqidahnya dan menjadi murtad apabila menolak keyakinan akan berlakunya kiamat. Peristiwa kiamat ini termasuk di antara perkara ghaib yang amat dahsyat diceritakan kepada umat manusia. Selain itu kedatangan kiamat ini juga menjadi garis pemisah kepada anutan seorang muslim dengan golongan lain daripada beberapa sudut dan dasar yang telah ditetapkan oleh Islam. [click to continue…]

{ 0 comments }

Ketahanan Jiwa

Ketahanan Jiwa

MUSLIMAH adalah hiasan dunia. Seindah hiasan adalah Muslimah solehah. Musiimah sinonim dengan kelembutan budi pekerti juga sopan santun yang pasti memikat sesiapa yang melihatnya. Kelembutan Muslimah bukan sebarang lembut, kehalusan budi bicaranya sesekali bisa menyengat. [click to continue…]

{ 1 comment }

Islam vs Globalisasi

Islam vs Globalisasi

Dunia globalisasi kini telah menjadikan Islam tersebar dengan pelbagai bentuk antaranya yang tetrkini “Islam Hadhari”, “Islam Era 2020”, “Islam of the future” dan lain-lain lagi diperbentuk mengikut alat masa kini. Namun di sebalik Islam yang cuba dicanangkan, adakah dapat direalisasikan mengikut jalan Allah dan Rasul s.a.w.?

[click to continue…]

{ 1 comment }