≡ Menu

Panduan Buat Wanita Memilih Suami

Masyarakat zaman sekarang banyak menyerahkan urusan pemilihan lelaki untuk dijadikan pasangan hidup kepada keluarganya. Ada juga yang memilih sendiri mengikut citarasa masing-masing. Akan tetapi, sayangnya citarasa pemilihan lelaki untuk dijadikan suami kadangkala tersilap. Seringkali kemanisan perkahwinan itu terasa pada awalnya, hanya sebahagian sahaja yang merasai kemanisan perkahwinan itu hingga ke akhirnya. Namun, terdapat beberapa perkara tidak diambil kira oleh wanita dalam memilih lelaki kerana kebanyakan mereka memilih lelaki kerana kacak dan bergayanya. Oleh itu, bagi setiap wanita, memilih pasangan hidup adalah penting kerana lelaki itu yang akan menjadi pembimbingnya, bukan sebagai alas kaki untuk dikesat,disepak terajang. Bagi kaum wanita, terdapat beberapa tips dalam memilih pasangan suami..

1-Agama

Pandangilah lelaki itu pada agamanya kerana jika baik agamanya, maka baiklah lelaki itu. Tetapi bukan baiknya agama lelaki itu hanya di depan mata sahaja bak kata pepatah “Depan orang pijak semut tak mati”. Ini kerana jika agam seorang lelaki itu baik,tahu hukum hakam meskipun tidak sehebat ulama, maka lelaki itu boleh membimbing pasangannya apabila berkahwin. Akan tetapi, ramai yang menolak agama ke tepi, tetapi menjadikan paras rupa sebagai kriteria utama dalam memilih suami.

2-Ilmu

Ilmu ini ada dua, ilmu dunia dan ilmu akhirat. Jika hendak memilih suami,lihatlah pada ilmu akhiratnya dahulu kerana ilmu akhirat adalah bekalan untuk kita di alam lain kemudian hari. Tak ada gunanya jika bakal suami kita berstatus profesor tetapi ilmu agamanya rendah mengalahkan kanak-kanak tadika.

3- Pengurusan diri

Ilmu pengurusan dalam kehidupan amat penting kerana ianya mengatur corak kehidupan kita saban hari. Pengurusan diri terbahadi kepada beberapa bahagian. Pertama, pengurusan diri. Hal ini berkait rapat dengan kebersihan diri,masa dan sekeliling. Kebersihan ini sangat dititikberatkan dalam Islam sehingga ianya menjadi separuh daripada iman. Ramai lelaki yang bersikap lepas tangan apabla selepas berkahwin dalam soal pengurusan diri kerana bagi mereka, urusan mengemas itu adalah kerja isteri. Sang suami haya duduk berehat sahaja kerana tugas suami di luar rumah iaitu mencari nafkah sedangkan suami adalah role model bagi anak-anak selepas berkahwin.

Pengurusan yang ke-2 pula ialah pengurusan kewangan. Terdapat beberapa kes penceraian berlaku ga-ra-gara pasangan hidup mereka gemar meminjam, tetapi liat untuk membayar. Perkara ini boleh menggoncangkan kekuatan rumah tangga kerana terdapat satu kata-kata mengatakan bahawa ‘Kemiskinan itu boleh membawa kekufuran”. Suami yang bijak, ialah suami yang mampu menguruskan rumah tangganya dengan baik tanpa mengharapkan bantuan isterinya.

4-Sikap

Seorang wanita perlu meneliti sikap seorang lelaki sebelum memilihnya menjadi pasangan hidup. Ini kerana terdapat beberapa kes penceraian berlaku akibat sikap suami yang ego, cemburu buta, panas baran, pemalas dan kaki pukul. Isteri adalah amanah untuk suami itu mendidik. Bukannya untuk mengikis harta,memerah keringat atau menjadikan isteri itu ‘punching bag’ suami. Awas bagi wanita, seorang lelaki yang dingin tidak bererti dia adalah seorang yang panas baran atau kaki pukul. Awas bagi lelaki, seorang wanita yang dingin tidak bererti dia adalah seorang yang tegas, tetapi dia tegas pada perkara berkaitan dengan kesucian seorang wanita menurut syarak.

Antara sikap-sikap yang perlu ada pada seorang lelaki ialah:
1-Sikap lucu walaupu sedikit
2-Prihatin
3-Murah senyuman
4-Tenang
5-Redha dengan apa yang berlaku.

Peringatan bagi wanita pula, jangan mudah menafsir seseorang lelaki itu melalui mata. Tetapi tafsirlah seorang lelaki itu melalui mata hati….

– Rahsia Menambat Nafsu Isteri – Ebook terbaik buat para suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi

– Rahsia Menambat Nafsu Suami – Ebook terbaik buat para isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 1 comment… add one }
  • MeToYouInformation 02/11/2012, 8:26 am

    Good information thank you closely monitor your success

Leave a Comment