≡ Menu

Peristiwa Dalam Bulan Syaa’ban

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Bulan Syaa’ban adalah diantara bulan-bulan yang terdapat di dalam kalendar Islam. Perkataan Syaa’ban diambil daripada perkataan Syi’ab yang bermaksud jalan di sebuah gunung atau jalan kebaikan. Didalam bulan Syaa’ban mengandungi malam Nisfu Syaa’ban. Namun begitu, di dalam bulan Syaaban jugalah telah berlaku 3  peristiwa yang besar di dalam Islam yang tidak diketahui ramai.

     

    1) Perpindahan Kiblat dari Masjid Aqsa, Baitul Maqdis ke Kaabah Baitullah.

     

    Didalam bulan Syaaban, setelah lebih setahun kewajiban ummat Islam menunaikan solat, Allah Taala telah menurunkan wahyu memindahkan kiblat kaum muslimin dari Baitul Maqdis ke Kaabah. Firman Allah Taala:

     

    {قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ}

    “Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, Maka niscaya Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram, Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.”

    ( Al-Baqarah: 144)

    Penurunan ayat Al-Quran itu menunjukkan bahawa perpindahan kiblat telah berlaku. Sebelum perpindahan kiblat berlaku, kaum muslimin menunaikan solat berkiblatkan Baitul Maqdis. Perkara ini telah menimbulkan cemuhan di kalangan Yahudi yang ketika itu tinggal di Madinah Munawwarah. Mereka mengatakan Rasulullah s.a.w datang membawa agama baru tetapi kiblatnya masih lagi menggunakan kiblat golongan Yahudi. Kata-kata yang dilontarkan oleh golongan Yahudi boleh mengakibatkan kaum Muslimin yang baru memeluk Islam murtad. Lalu Rasulullah s.a.w berdoa, memohon kepada Allah Taala agar diberikan jalan penyelesaian bagi masalah kiblat. Akhirnya, pada 15 Syaa’ban, turunlah wahyu daripada Allah Taala menyuruh kaum Muslimin berpindah kiblat, dari Baitul Maqdis ke Kaabah Baitullah.

    2) Pengangkatan Amalan manusia.

    Didalam bulan Syaaban inilah, amalan kaum Muslimin selama setahun diangkat, dilaporkan kepada Allah Taala. Hadith  Rasulullah s.a.w seperti mana yang diriwayatkan oleh Usamah Bin Zaid r.a.:

    قُلْتُ يَا رَسُولَ اللهِ، لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ. قَالَ: ذَاكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    “Saya berkata: “Wahai Rasulullah! Saya tidak melihat anda berpuasa pada suatu bulan dari beberapa bulan seperti hanya puasa anda di bulan Sya’ban. Beliau bersabda: Sya’ban adalah bulan yang dilupakan orang-orang di antara bulan Rajab dan Ramadhan. Ia adalah bulan yang di dalamnya amal-amal dilaporkan kepada Tuhan semesta Alam, dan aku senang amalku dilaporkan dalam keadaan diriku berpuasa.” Musnad Imam Ahmad.

    Hadith ini menerangkan kepada kita bahawa didalam bulan Syaa’ban, amalan kaum Muslimin dilaporkan kepada Allah Taala. Namun begitu, ramai yang tidak tahu mengenai peristiwa ini.

    3)Penentuan umur manusia.

    Lazimnya, didalam bulan Syaa’ban, ulama salaf sering membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali. Di dalam bulan Syaa’ban ini jugalah, umur setiap manusia, ditetapkan oleh Allah Taala setahun ke hadapan. Perkara ini telah disokong oleh hadith Rasulullah s.a.w:

    Saidatina Aisyah ra, bertanya kepada Nabi SAW : Wahai Rasulullah, apakah bulan yang Anda paling sukai untuk melakukan puasa adalah bulan Sya’ban? Beliau menjawab: Sesungguhnya Allah pada bulan ini menetapkan setiap jiwa manusia yang akan mati pada satu tahun ke depan, maka aku senang tatkala ajalku tiba aku sedang dalam keadaan puasa.”

    Hadith tersebut menerangkan kepada kita bahawa didalam bulan Syaaban, Allah Taala telah menentukan panjangnya umur kita. Perkara ini disokong oleh ulama salaf dengan amalan membaca Surah Yaasin sebanyak 3 kali dan amalan berpuasa dari 15 Syaaban hinggalah Ramadhan.

    Oleh kerana itu, amalan bacaan Yaasin sebanyak 3 kali, menurut ulama salaf, bacaan yang pertama memohon supaya umur kita dipanjangkan. Manakala bacaan yang kedua memohon supaya dijauhkan dari segala bala dan musibah dan bacaan yang ketiga pula memohon supaya dimurahkan rezeki oleh Allah Taala.

    Walaubagaimanapun, amalan ini semakin kurang dilakukan oleh masyarakat. Masing-masing mula terpaut hati pada Syawal yang bakal menjelma selepas Ramadhan. Amat rugilah sekiranya bulan Syaaban yang datang setahun sekali, dibiarkan tidak diisi dengan amalan-amalan seperti bacaan Yaasin, solat sunat, selawat dan sebagainya.

    Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

    Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat di bulan yang mana bulan paling disukai oleh Rasulullah s.a.w….

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment