≡ Menu

Perjanjian Damai

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Perjanjian Damai

    Perjanjian salam ataupun perdamaian adalah lakonan terbaru Amerika-Israel bagi mengaburi mata umat Islam. Ia tentunya suatu program yang telah disusun rapi dari siri-siri muslihat (makr) Yahudi antarabangsa, tetapi lakonan terakhir ini paling membahayakan keduclukan bumi umat Islam. Namun begitu, masih ada lagi di kalangan pemimpin negara umat Islam yang dapat diperbodohkan oleh mereka. Kita dapat melihat sebagai contoh yang terbesar adalah di Palestin yang mama perjanjian terus diperbaharui walau pun Yahudi terus menodainya sesuka hati mereka sedangkan pemimpin negara Islam terus merelakan ia berlaku dan bermaharajalela. Malah anggota keselamatan Palestin sendiri digunakan bagi menahan kelnaraan rakyat Palestin. Kezaliman berlaku di bumi Palestin adalah tanggungjawab seluruh umat Islam dan ia merupakan keganasan yang paling lama berlaku berbanding kezaliman dan penindasan di tempatyang lain.

    Keadaan semakin parah lagi apabila persoalan ini dikelirukan oleh fatwa-fatwa yang mengharuskannya. la mungkin kesilapan segelintir mama‘-ulan1a’ yang tidak boleh diiktibarkan, sebagaimana pernah diberi peringatan oleh Saidina Mu’az melalui kata-katanya yang bcrbunyi: “Kamu hendaklah berhati-hati daripada sebarang kekeliman yang dibuat oleh para intelektual dan janganlah kamu merasa takjub dengan perkara demikian kerana kemungkinan besar mereka akan menarik balik pendapatnya.” Tetapi bagi orang awam terutamanya di zaman ini yang mana

    Kejahilan di kalangan umat Islam sendiri mengenai agama mereka begitu meluas akan menyebabkan segala fatwa-fatwa ganjil sebegini akan menam bahkan lagi kekeliman.

    Pertama: Fatwa yang mengharuskan perjanjian salam dengan Yahudi

    Di antaranya fatwa yang mengejutkan dunia Islam yang dikeluarkan antara tahun 1993 hingga 1994 iaitu fatwa yang disandarkan kepada Mufti Umum Kerajaan Arab Saudi, As-Syeikh Abdul Aziz Ibnu Baz (jika benar ia dikeluarkau oleh beliau). Fatwa itu berbunyi:

    “Bahawasanya harus mengadakan perjanjian salam (perdamaian) di antara orang Islam dan Israel samada secara kekal (mutlak) ataupun sementara (Muaqqat)”. Apabila pemerintah mahu mendapatkan maslahah daripada tindakan tersebut, As-Syeikh memberi dua hujjah iaitu:

    1. Firman Allah dalam ayat 61 surah al-Anfal yang bermaksud: “Dan apabila mereka tanduk untuk berdamai, maka hendaklah kamu menyahutnya dan bertawakkallah kepada Allah”.

    2. Perdamaian (hadanah) diharuskan oleh syara’ samada untuk sementara waktu atau secara mutlak. Kedua-duanya pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana contoh untuk perjanjian sementara adalah apa yang berlaku  dalam Perjanjian Hudaibiyyah dengan kafir Quraisy selama 10 tahun. Manakala contoh untuk perjanjian secara mutlak adalah perjanjian dengan qabilah-qabilah arab yang lain yang mana ia berterusan sehinggalah berlakunya pembukaan Mekah. Selepas pembukaan Kota Mekah, kesemua perjanjian itu telah dibatalkan. Segala kenyataan di atas dipetik daripada Majalah Al-Mujtama’ bilangan 1133. Fatwa ini telah mendapat tentangan yang hebat daripada ulama’-ulama’ Islam terutamanya dari negara-negara Arab. Antara mereka adalah al-Ustaz Doktor Ramadhan al-Buthi dan Doktor Yusofal-Qardhawi.

    Kedua: Fatwa yang mengharamkan perjanjian salam dengan Yahudi

    1. Fatwa al-Ustaz Doktor Mohd. Ramadhan Al-Buthi

    Beliau merupakan seorang ulama’, penulis dan tokoh Islam yang terkenal dan berasal dari Syria. Beliau telah menjawab fatwa as-Syeikh Abdul Aziz Ibnu Baz di dalam majlis pengajian mingguannya di Masjid Denkiz. Damsyiq, Syria. Beliau menolak sekeras-kerasnya fatwa itu dan meragui ia datang dari as-Syeikh Abdul Aziz lbnu Baz yang cukup dikenali mengenai ilmu dan agamanya.

    Beliau berkata bahawa perdamaian di antara orang Islam dan musuhnya boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu:

    Pertama: Dalam keadaan musuh Islam jauh dari bumi Islam dan tinggal di negara mereka. Tiba-tiba berlakunya peperangan antara mereka dengan orang Islam, lalu pemerintah umat Islam memutuskan untuk berdamai. Perdamaian yang berlaku dalam keadaan begini diharuskan jika untuk sementara waktu iaitu tidak lebih daripada sepuluh tahun mengikut pendapat majoriti (jumhur) ulama’. Perkara inilah yang telah dibuat oleh Baginda s.a.w dalam Perjanjian Hudaibiyyah.

    Kedua: Dalam keadaan musuh tidak menyerang bumi umat Islam yang dibuka sama ada secara damai ataupun peperangan dan berjaya menduduki sebahagian daripadanya. Dalam keadaan ini diharuskan berlakunya perdamaian dengan dua syarat iaitu:

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    1. Terhapusnya perampasan iaitu kesemua hak-hak yang dirampas mestilah dikembalikan semula dan musuh mestilah meninggalkan bumi umat Islam ke tempat asal mereka. ii. Perdamaian yang menyeluruh dengan erti kata lain wujudnya kata sepakat daripada kesemua pemerintah umat Islam jika mereka berbilang tetapi sekiranya umat Islam hanya mempunyai seorang pemerintah(khalifah), maka masalah ini tidak timbul.

    Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Perdamaian umat Islam itu satu sahaja, tidak harus seorang muslim berdamai tanpa mengambil kira muslim yang Iain melainkan dengan persepakaran di antara satu sama lain. “

    Oleh itu, tidak harus bagi ketua negara umat Islam berseorangan dalam membuat perdamaian dengan Israel sebagai contoh yang paling besar melainkan selepas wujudnya kata sepakat daripada kesemua pemerintah negara umat Islam. Sebabnya begitu jelas iaitu perdamaian yang dibuat tanpa adanya kata sepakat akan menyebabkan berlakunya permusuhan sesama umat Islam. Golongan
    yang berdamai akan menganggap musuh itu telah menjadi kawan, sementara yang lain terus menganggap musuh itu tetap musuh. Jika kedua-dua syarat ini wujud maka baru boleh dibuat
    perdamaian dengan musuh Islam. Islam memang agama yang mengalakkan perdamaian sebagaimana kita fahami daripada maksud firman Allah dalam ayat 61 surah al-Anfal iaitu: “Dan apabila mereka tunduk untuk berdamai, maka hendaklah kamu menyahurnya dan bertawakkallah kepada Allah”.

    Begitu juga dengan apa yang kita fahami daripada maksud ayat 208 surah al-Baqarah yang berbunyi: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke  dalam kesejahteraan (Islam) secara kseluruhannya” Kenyataan ini dipetik daripada surat khabar as-Sabil
    bertarikh 23 Januari I995.

    2. Fatwa Doktor Yusof Al-Qardhawi.

    Beliau merupakan mudir Ma’ahad al-Sunnah dan as-Sirah di Qatar. Beliau dalam jawapannya telah
    menolak fatwa as-Syeikh Abdul Aziz Ibnu Baz walaupun beliau menghormati peribadinya.

    Beliau telah memberitahu kata-kata yang pernah diungkapkan oleh al-Imam az-Zuhri kepada Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah yang berbunyi: “Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah yang amat kami kasihi tetapi kebenaran kami lebih daripadanya”.

    Beliau seterusnya berkata, dalil yang pertama yang dibawa oleh as-Syeikh Abdul Aziz iaitu ayat 61 surah al-Anfal memang tidak diragui lagi tentang hukumnya iaitu apabila musuh tunduk untuk berdamai tetapi untuk menghukum ayat ini dengan realiti Yahudi Israel hari ini agak tersasar dan tidak tepat. Ini kerana, Yahudi merupakan perampas yang tidak pernah tunduk untuk berdamai
    dalam erti kata yang sebenar. Bagaimana mereka boleh dianggap mahu berdamai sedangkan mereka
    belum menyerah bumi Palestin yang dirampas dan terus membunuh dengan kejam umat Islam di Palestin serta menghalau penduduk asalnya tanpa sebab bagi meneruskan  agenda jahat mereka untuk mendirikan pusat Yahudi Raya di atas bumi Palestin.

    Beliau menegaskan lagi bahawa ayat yang sepatutnya dibaca ialah ayat 35 surah Muhammad bukannya ayat 61 surah al-Anfal bagi mengeluarkan hukum yang berscsuaian dengan apa yang berlaku. Maksud ayat 35, surah

    Muhammad berbunyi: “Janganlah kamu berasa lemah dan meminta perdamaian sedangkan kamilah yang paling tinggi dan Allah tetap bersama kamu. Dan Dia tidak sekali-kali mengurangkan (pahala) amalan-amalan kamu”.

    Di dalam menjawab hujah kedua yang dikemukan oleh as-Syeikh Abdui Aziz, beliau menyatakandiharuskan berlakunya perdamaian secara sementara (hadanah) bermakna berhentinya peperangan. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya di mana Palestin sekarang bukan sahaja setakat perdamaian bahkan mengiktiraf  kewujudan Yahudi dan tanah-tanah yang telah dan akan dirampas secara ganas dan zalim adalah milik mereka. Seterusnya beliau memperingatkan as-Samahah Abdul Aziz agar terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan penjelasan  daripada pakar-pakar dahulu sebelum mengeluarkan fatwa sebagaimana kebiasaan yang dibuat di dalam Pengumpulan Feqah untuk Kesatuan Dunia Islam yang mana as-Syeikh Abdul Aziz sendiri sebagai ketuanya. Dalam kesatuan ini kesemua pakar dipanggil sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa. Sepatutnya as-Syeikh Abdul Aziz turut berbuat demikian dalam permasalahan ini iaitu dengan mengambil pendapat serta penjelasan daripada pakar-pakar politik yang boleh dipercayai.

    Pendirian kita yang sebenar dan sepatutnya terhadap Yahudi dalam realiti hari ini adalah sebagaimana firman Allah dalam ayat 246 surah al-Baqarah yang bermaksud: “…. Apakah sebabnya kira tidak berperang pada jalan Allah sedangkan kita telah dihalau dari kampung halaman dan anak pinak”.

    Kenyataan ini dipetik daripada majalah al-Mujtama’ bilangan 1133.

    Semoga Allah menunjukkan kepada kita bahawa kebenaran itu benar lalu kita mengikutinya dan juga menunjukan bahawa kebatilan itu tetap batil agar kita terus menjauhinya.

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment