≡ Menu

Perjuangan Menjadikan Islam Sebagai Teras Pendidikan Anak-Anak

anak

Terkadang tercetus rasa penyesalan di hati si fulan kerana sanggup berhenti kerja sebagai pensyarah untuk mengikut suaminya si fulan yang berkhidmat sebagai pengurus besar teknologi maklumat di sebuah syarikat telekomunikasi mobil di Bangladesh pada tahun 1998.
 
Bukan apa, resah apabila memikirkan belum bertemu sekolah yang sesuai.Tiga orang anaknya yang berumur 12 hingga 7 tahun masih belum berdaftar di mana-mana sekolah semenjak berhijrah ke Bangladesh dua minggu lepas.
 
Mereka mahukan sebuah sekolah yang mengintegrasikan Islam dan akademik, yang ada suasana dakwah dan tarbiah, sepertimana ciri yang ada di sekolah lama anak-anak mereka iaitu Sekolah Rendah Islam Hirak di Batu Belah, Klang. Setelah memantau pelbagai sekolah yang ada di ibu kota Bangladesh itu, sifulan mendapati terdapat tiga kategori sekolah:
 
1. Sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Bangla sebagai medium dengan infrastruktur yang sangat menyedihkan: Terkeluar daripada pilihan.
 
2. Sekolah antarabangsa yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara, mahal, terlalu sekular dan kebaratan: Terkeluar daripada pilihan.
 
3. Madrasah tahfiz al-Quran, murah namun tanpa pelajaran akademik: Boleh dipertimbangkan.
 
Pemilihan terpaksa dibuat. Akhirnya pasangan suami isteri ini memilih untuk memasukkan anak lelaki sulung mereka ke madrasah tahfiz al-Quran, manakala anak kedua dan ketiga ke sebuah sekolah antarabangsa yang namanya berunsur Islam.
 
“Abah! Kami dah dapat buku!” teriak anak kedua si fulan kedua mereka. Adiknya juga beria-ia hendak menunjukkan buku-buku sekolah baru mereka.
 
Alangkah terkejutnya si fulan apabila mendapati buku tersebut mengajar tentang Nabi Isa a.s. menurut versi agama Kristian iaitu Isa a.s. itu anak tuhan. Sedangkan kesemua kakitangan dan pelajarnya beragama Islam.
 
“Astaghfirullah… ini tak boleh jadi!
 
Sesuatu mesti dilakukan,” bisik hatinya.
 
Setelah berbincang panjang, mereka mengambil satu langkah proaktif.
 
“Abang, daripada kita sibuk mengkritik sekolah ni, apa kata kalau saya berkenalan dengan pihak pengurusan sekolah dan menawarkan khidmat perundingan percuma kepada mereka. Mesti mereka alu-alukan.
 
Dengan cara ini kita boleh beri kesedaran kepada pihak sekolah tentang kepentingan mengintegrasikan akidah Islam dalam pengajaran dan pembelajaran,” saran si fulani dengan penuh semangat. Si fulan tersenyum. Hatinya rasa syukur dan bangga mempunyai seolang isteri yang berjiwa dai dan pendidik.
 
Saya sebenarnya sangat meminati bidang pendidikan dan berpengalaman menjadi pensyarah universiti, guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah antarabangsa dan guru sambilan di sebuah tadika Islam di Ottawa, Canada, mula rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu yang bermakna. Lagipun semasa berada Malaysia, dia memang aktif memberikan kursus motivasi serta berkongsi teknik belajar dan mengajar kepada para guru dan pelajar.
 
Syukur alhamdulillah, sesungguhnya Allah memberkati niat yang baik tersebut. Si fulani bukan sahaja telah dapat berkenalan dengan Mrs. Mujahida Lunceford, guru besar sekolah tersebut yang merupakan saudara baru Islam dari Amerika Syarikat, malah mereka menjadi sahabat karib hingga kini. Persahabatan yang berkat itu membawa kepada perkenalan dengan ramai lagi rakan seperjuangan yang sama-sama memperjuangkan sistem pendidikan akademik yang bertunjangkan akidah Islam.
 
Kertas kerja untuk merombak kurikulum sekolah dibentangkan. Kurikulum yang mempersiapkan pelajar untuk cemerlang dalam peperiksaan O-Level, sekali gus menerapkan akidah, ibadah, akhlak, al-Quran dan hadis.
 
Siri latihan untuk guru dan pelajar telah dapat dilaksanakan. Promosi dan pertunjukan busana Muslimah telah dianjurkan untuk memujuk guru-guru wanita menutup auiat. Rupa-rupanya mereka sangat mengalu-alukan perubahan ini.
 
Setelah pulang ke tanah air, perjuangan diteruskan. Pada tahun 2003, telah wujud banyak tadika dan sekolah Islam,tetapi amat sukar mencari tadika Islam yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama. Hasil daripada pelbagai rumusan kajian dan penyusunan isi, bahan, metodologi dan susun atur yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah yang bercirikan islamik, berbahasa Inggeris dan menggunakan pendekatan kreatif, si filani bersama suaminya telah menubuhkan sebuah tadika di Shah Alam. Program tadika ini kini telah dijenamakan sebagai The Little Caliphs Program.
 
Dengan izin Allah, Little Caliphs mendapat sambutan yang sangat positif danpada ibu bapa Muslim sehinggakan ramai daripada kalangan ibu bapa kini menceburkan diri dalam perjuangan pendidikan dan pemiagaan tadika Islam menggunakan program Little Caliphs. Sehingga hari ini terdapat hampir seratus buah tadika Little Caliphs yang sedang beroperasi di seluruh Malaysia.
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment