≡ Menu

Punca Fitnah Dalam Agama

Faisal_Mosque_Islamabad2-300x195

Perbincangan kali ini masih berkisar tentang  fitnah. Makalah kali ini akan membincangkan secara ringkas berkenaan punca fitnah dalam  agama. Sebab-sebab fitnah terlalu banyak dan luas  skopnya. 
 
Di sini akan disebut beberapa sebab besar dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan sebahagian kita pada hari ini.
 
Mengikut Hawa Nafsu dan Niat Yang Rosak
 
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud “Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (hukuman) antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya, orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Surah Sad 38: 26)
Firmannya juga yang bermaksud: “Maka, pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmunya.” (Surah al-Jathiyah 45: 23)
Hawa nafsu ialah sesuatu yang membuatkan seseorang menjadi buta dan tuli. Dia akan melihat perbuatan mungkar seperti satu kebaikan dan perbuatan baik sebagai satu kemungkaran! Untuk menjelaskan ayat ini, ulama memberi penjelasan dalam Minhaj al-Sunnah (jil. 3, hlm. 64)
 
“Sesiapa yang mahu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dia mestilah benar-benar berilmu dan mahir tentang perkara yang disuruhnya dan mengetahui juga perkara yang ditegah daripadanya. Berlembut dan berbelas kasihan dalam perkara yang diserunya dan ditegahnya. Wajib mempunyai ilmu sebelum bertindak. Berhati-hati dan berlemah-lembut ketika memberi arahan juga selepas membuat arahan.
 
“Sekiranya dia bukan seorang yang berilmu, dia tidak akan mampu mempertahankan sesuatu yang dia tidak tahu atau mahir tentangnya. Jika dia seorang yang berilmu, tetapi tiada sikap belas kasihan serta berlemah-lembut pada dirinya, maka dia seperti seorang doktor yang tidak mempunyai sifat ini dan akan berkasar kepada pesakit yang menyebabkan pesakit tidak menerima manfaat daripadanya. Jika dia seorang pendidik, dia menjadi seorang pendidik yang kasar yang cuba membaiki adab atau akhlak anak-anak muridnya, pastinya sukar untuk diterima.”
Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi Musa dan Nabi Harun, maksuclnya: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun dan katakan kepadanya dengan kata-Kata yang |emah-lembut, semoga dia beringat atau takut (kepada Allah dan insaf) (Surah Taha 20: 43-44)
 
Kemudian apabila melakukan amar makruf nahi mungkar, maka kebiasaannya dia akan sering ditentang dan disakiti. Maka dia mestilah bersabar dan berlembut, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai anakku, dirikanlah solat, suruhlah (manusia) mengerjakan perkara yang baik, cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa-apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya, demikian itu termasuk dalam hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)!’ (Surah Luqman 31: 17)
 
Allah s.w.t. juga memerintahkan Nabi agar sentiasa bersabar dengan kejahatan kaum Quraisy dalam beberapa ayat, sedangkan Baginda s.a.w. ialah imam (ketua) kepada mereka yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Pertamanya, manusia mestilah menyedari perintah Allah, kemudian berniat untuk mentaati Allah dalam semua perintahnya. Allah suka kepada mereka yang membaiki keadaan dan meminta hajat kepadanya.
Sekiranya semua itu dilakukan kerana mencari atau menghendaki kekuasaan (kepimpinan) bagi diri atau kumpulannya dan merendahkan orang lain, maka amalan ini tidak akan diterima oleh Allah. Begitu juga bagi mereka yang melakukannya kerana kemegahan dan riyak, maka amalannya juga sia-sia.
 
Apabila perkara ini dikembalikan kepadanya atau diberitahu bahawa dia telah tersilap dan tujuannya salah, maka dia akan mencari sebab untuk membela dirinya. Syaitan akan mula meracuni fikirannya. Pada awalnya dia telah memulakan pekerjaan kerana Allah, tetapi hawa nafsunya telah menguasai dan menuntut agar dia melawan sesiapa sahaja yang boleh menyakitinya.
 
Kemungkinan dia akan menyerang balik orang tersebut dan ini akan memberi kesan kepada mereka yang mempunyai pandangan atau pendapat yang berlainan. Apabila mereka percaya bahawa kebenaran milik mereka, maka dirasakan hanya mereka yang berpegang dengan sunnah.
 
Kebanyakan daripada mereka telah dikalahkan oleh hawa nafsu, melakukan segala-galanya hanya untuk mempertahankan pangkat dan kedudukan yang dimiliki. Mereka tidak lagi menjadikan kalimah Allah itu yang paling tinggi dan agama itu untuk Allah keseluruhannya.
 
Bahkan mereka akan marah dan membenci perbezaan atau khilaf dengan mereka. Sedangkan seorang mujtahid itu diberi keuzuran, Allah tidak akan memurkainya (jika tersilap dalam ijtihad bahkan diberi pahala walaupun pandangannya itu tidak boleh dikuti kerana tersilap!) Manakala dia pula hanya akan meredai orang yang bersetuju dengannya sahaja, walaupun orang tersebut jahil, buruk niatnya, tiada ilmu dan langsung tiada niat baik.
Maka, perbuatan mereka ini menjadikan mereka memuji orang yang tidak mendapat pujian Allah dan Rasulnya dan akan mengeji orang yang tidak dikeji oleh Allah dan Rasulnya.
 
Mereka akan memberikan ketaatan dan permusuhan mengikut hawa nafsu bukan berdasarkan agama Allah dan Rasulnya. Beginilah keadaan orang kafir yang hanya mementingkan hawa nafsu mereka. Mereka akan berkata: “Ini saudara kami dan itu musuh kami.” Mereka tidak akan melihat kepada pengikut agama Allah dan Rasulnya atau musuh Allah dan musuh Rasul. Bermula di sinilah fitnah akan tersebar dalam kalangan manusia.
 
Firman Allah s.w.t. yang bemaksud: “Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah.” (Surah al-Anfal 8: 39)
 
Terlalu Melampau dan Cuai
 
Kita hendaklah sedar bahawa terlalu melampau dalam kenyataan dan tindakan (ghuluw) dalam agama antara punca terbesar yang membawa kepada fitnah. Seorang ulama berkata: “Hawa yang menguasai dalam agama lebih buruk daripada nafsu yang menguasai dalam syahwat.” (Kitab Amar Ma‘rufi 27)
“Jauhi dan berjaga-jagalah Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “Jauhi dan berjaga-jagalah kamu daripada melampaui dalam agama, sesunggugnya ia telah memusnahkan mereka yang sebelum kamu kerana perbuatan mereka yang ghuluw dalam urusan agama. Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
 
Ibn Taimiyah berkata lagi:” Kufur, fasiq dan maksiat punca perpecahan dan permusuhan. Jika seorang lelaki atau sekumpulan manusia telah berbuat dosa, manakala sekumpulan yang lain hanya diam dan tidak mencegah kemungkaran itu, mereka akan turut berdosa. Jika ada sekumpulan lain yang mencegah benda yang dilarang, tetapi dengan cara yang diarang, ia termasuk dalam dosa mereka juga, maka terjadilah perpecahan, ikhtilaf,fitnah dan keburukan. Inilah sebesar-besar finah dan keburukan sama ada sejak dahulu atau sekarang.” (Al-Hisbah fi Al-Islam, hlm. 88)
Daripada penjelasan lalu, kita dapati terdapat tiga golongan manusia; berada dalam kemungkaran, hanya diam dan membiarkan mereka ini berada dalam kemungkaran, dan mengingkari tetapi mereka mencegah dan mengingkarinya secara keterlaluan, maka mereka akan melampaui batas dan akan berlakulah fitnah.
Sudan pastinya ada golongan yang keempat iaitu yang berpegang dengan kitab Allah dan Rasulnya s.a.w. dalam mencegah kemungkaran.
 
Sheikh al-Islam rhm. berkata lagi:                                                                                                                                                                     “Sesiapa yang meneliti fitnah yang berlaku, dia akan mendapati sebab serta akan nampak perkara yang berlaku antara para pemimpin umat ini dan para ulamanya. Dan sesiapa yang mengikutinya secara umum dalam perkara fitnah, maka inilah puncanya.”
 
Yang terbaik dan selamat adalah mengikut perkara yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. Terdapat banyak hadis yang merekodkan sifat-sifat Rasulullah s.a.w. sebagai seorang nabi dan pendakwah yang sangat berlemah lembut dan tegas serta seimbang antara kedua-duanya dalam menjalankan tugasnya. Wallahu a‘lam.
 
Jika Bukan Kerana Allah dan Rasul
 
Sekiranya agama itu bukan dikhaskan hanya untuk Allah keseluruhannya, maka akan berlakulah fitnah. Asas agama adalah mencintai, membenci, memberi ketaatan dan bermusuhan kerana Allah. Ibadat juga hanya bagi Allah, memohon perlindungan, takut, berharap, taat, menegah dan menjauhi kerana Allah. Dan ini semua dilaksanakan dengan mengikut contoh Rasulullah s.a.w. yang menyuruh melakukan sesuatu, menegahnya, taat dan bermusuh kerana Allah.
Pengikut hawa nafsu yang telah dibutakan dan ditulikan oleh nafsunya tidak akan ada matlamat untuk Allah dan Rasulnya dan dia tidak akan mencarinya lagi. Dia tidak akan meredai sesuatu kerana Allah dan Rasulnya. Dia juga tidak akan membenci kerana Allah dan Rasulnya. Bahkan dia akan puas apabila dapat mencapai apa yang dituntut oleh hawa nafsunya, dan akan marah apabila mendapat apa yang dibenci oleh hawa nafsunya.
 
Di samping tindakannya yang buruk itu, dia juga mempunyai sifat syubhah iaitu menggunakan hujah agama apabila ingin membincangkan keburukan pandangan ulama yang mereka tidak suka, maka digunakan istilah ulama al-jarh wa al-ta‘dil (disiplin yang digunakan oleh ulama hadis untuk menilai seorang perawi). Perkara yang dia reda dan benci baginya adalah benar kerana agama, mengikut sunnah, kebenaran dan agama yang hakiki!
 
Jika dianggarkan apa yang dia bawa sahaja yang benar bahawa perkara yang dilakukan itulah agama Islam, sedangkan dia tidak bermaksud untuk menjadikan agama ini milik Allah sepenuhnya, tidak menjadikan kalimah Allah itu sebagai perlembagaan yang paling tinggi, bahkan bertujuan menjaga kepentingan dirinya semata-mata serta para kroninya, riyak untuk membesarkan diri dan dipuji orang mahu menunjukkan keberanian, kerana habuan dunia atau bukan jihad di jalan Allah, maka amalan itu membawa kepada fitnah.
 
Inilah keadaan orang berselisih yang memecah belah agama mereka, berpuak-puak serta mengkafirkan dan memfasiqkan antara satu sama lain. Allah berfirman, mafnumnya “Dan tidaklah berpecah belah orang yang didatangkan Kitab (Taurat dan Injil) melainkan sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata. Padahal mereka tldak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadanya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. Yang demikian itulah agama yang benar.” (Surah al-Bayyinah 98: 4-5)
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

punca fitnah,sebab berlaku perbuatan memfitnah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment