≡ Menu

Qada Puasa dan Fidyah

qadha_puasa_fidyah

Islam ialah agama rahmat yang memberi keringanan kepada beberapa golongan daripada melaksanakan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan antaranya:
 
1. Orang tua yang uzur dan tidak larat berpuasa.
 
2. Orang yang sedang bermusa?r.
 
3. Orang sakit.
 
4. Wanita hamil dan menyusukan bayi.
 
Wanita haid dan nifas termasuk golongan yang haram berpuasa. Sekiranya mereka berpuasa juga, puasa itu tetap tidak sah.
 
Menjurus kepada fiqah wanita, puasa dan wanita mempunyai hukum yang khusus berkenaan dengan qada puasa pada bulan Ramadan yang ditinggalkan sama ada disebabkan hamil, menyusukan bayi, haid atau nifas.
 
Wanita Hamil dan Menyusukan bayi
 
Mazhab Syafi‘i yang menjadi ikutan Muslim hampir seantero benua Asia Tenggara termasuklah Malaysia menetapkan wanita hamil dan menyusukan bayi yang bimbang memudaratkan dirinya sahaja, boleh berbuka puasa tetapi wajib menggantikannya kembali mengikut jumlah hari yang telah ditinggalkan tanpa dikenakan fidyah seperti orang sakit. (Al-Iqna’,2, hlm.22)
 
Hal ini berdasarkan dalil berikut, mafhum firman Allah s.w.t.:
 
“Maka sesiapa antara kamu yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.” (Surah al-Baqarah 2:184)
 
Sekiranya wanita hamil dan menyusukan bayi takut berlaku apa-apa kemudaratan kepada si anak seperti keguguran atau risau susunya berkurangan, maka mereka dibolehkan berbuka dan wajib mengganti semula mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan dan membayar fidyah. (Fiqh al-Manhaji,hlm.351)
 
Hal ini berdalilkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan wajib bagi orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) membeli makan seorang miskin.” (Surab al-Baqarah 2: 184)
 
Abu Daud meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. mengenai ayat di atas bahawa tafsiran ayat itu merangkumi rukhsah bagi wanita hamil dan menyusukan bayi.
 
Fidyah bermaksud memberi makan satu cupak makanan asasi bagi setiap hari puasa yang ditinggalkannya. Sukatannya berbeza mengikut beberapa pendapat. Kitab Fiqh al-Manhaji menetapkan secupak bersamaan dengan 600 gram. Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid pula dalam laman sesawangnya; www.islamqa.inf0 menyatakan istilah dalam bahasa Arab, satu sa‘ atau mud bersamaan 1.5kg.
 
Justeru, kita bolehlah mengambil salah satu pendapat yang dirasakan tenang beramal dengannya kerana kedua-duanya ada dalil yang telah diputuskan oleh ulama.
 
Cara pernberian fidyah ini boleh dilakukan sama ada secupak setiap hari mengikut bilangan hari yang ditinggalkan ataupun mengadakan majlis jamuan makan dan menjemput fakir miskin sahaja untuk datang makan sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat Rasulullah s.a.w., Anas r.a.
 
Tidak Sempat Ganti Puasa
 
Al-Sharbini dalam al-Iqna’ membahaskan, sesiapa yang melewatkan puasa ganti hingga bertemu Ramadan seterusnya sedangkan mereka mampu maka mereka berdosa dan wajib bertaubat Mereka wajib mengqada puasa mengikut bilangan hari yang ditinggalkan berserta fidyah; iaitu sehari secupak makanan asasi. Ini berdasarkan ijmak sahabat.
 
Begitulah juga jika dia berhutang puasa dua atau tiga tahun sebelumnya. jika terlewat disebabkan uzur syarii seperti sakit berterusan sehingga tiba Ramadan akan datang, fidyah tidak dikenakan atas keterlewatan ini.
 
Tetapi jika tiada sebab yang sah di sisi syariat, wajib atasnya membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya sengaja melewat-lewatkan qada hingga dua tahun, maka puasa ganti dan fidyahnya sebanyak bilangan hari dalam dua tahun yang ditinggalkan itu, wajib ditunaikan. Wallahu a‘lam.
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment