≡ Menu

Rahsia dan Keajaiban Solat Subuh

blogger-image-1494863127

Imam Malik dalam al-Muwatta’ meriwayatkan  pada satu hari Umar al-Khattab r.a. telah mendapati Sulaiman bin Abi Hathmah tidak  hadir untuk solat Subuh berjemaah. Pada pagi  itu pagi, Umar al-Khattab pergi kerumah  sahabatnya itu lalu bertanya kepada ibunya;  al-Shifa’:
 
“Saya tidak melihat Sulaiman semasa solat Subuh?”
 
Lalu al-Shifa’ menjawab: “Dia solat malam lalu tertidur”
 
Umar kemudian berkata: “Sungguh, berjemaah dalam solat Subuh itu lebih baik bagiku daripada solat malam.”
 
Teladan daripada Salafussoleh
 
Begitulah prihatinnya Sayidina Umar tentang  solat Subuh berjemaah. Malah ketika beliau  parah ditikam oleh Abu lu dan keadaannya  sangat kritikal sekali, namun solat Subuhnya tidak sekali-kali diabaikan. Ketika  dikejutkan oleh al-Miswar bin Makhramah untuk  solat Subuh, beliau berkata: Ya, tidak akan  mendapat keuntungan dalam Islam bagi mereka  yang meninggalkan solat.” Padahal  diriwayatkan pada waktu itu darah segar masih mengalir keluar dari lukanya.
 
Bukan sahaja beliau, para sahabat Rasulullah  s.a.w. dan umumnya para salafussoleh juga  sangat mengambil berat tentang solat Subuh  berjemaah. Sudah menjadi tradisi dalam  kehidupan para muqarrabin ini, menjadikan  solat Subuh berjemaah sebagai penanda aras  bagi keteguhan agama seseorang individu. Abdullah bin Umar berkata: “Apabila ada  seseorang yang tidak turut solat Subuh  berjemaah, ini membuatkan kami berprasangka  buruk padanya. Boleh jadi sesuatu yang menimpa diri dan agamanya.”
 
Waktu subuh mempunyai keistimewaannya tersendiri khususnya yang dikaitkan dengan pelaksanaan solat Subuh. Justeru, waktu  itulah yang dipilih oleh para sahabat rasulullah s.a.w. untuk melaksanakan agenda-  agenda penting dalam kehidupan sama ada untuk  diri mereka secara peribadi atau untuk ummah.  Khalid al-Walid tidak akan memulakan perang  kecuali sebaik selesai solat Subuh. Langkah  beliau diikuti oleh panglima-panglima perang  Islam kemudiannya.Seorang panglima perang Muslim; Yusuf bin  Tashifin tidak memulai perang al-Zilaqah yang  terkenal itu kecuali setelah solat Subuh  berjemaah dengan bala tenteranya.
 
Panglima Qutuz, wira Islam yang menyekat  kemaraan tentera Monggol dalam Perang ‘Ain  Jalut itu pun memulakan peperangan selepas  solat Subuh berjemaah dengan tenteranya. Salehuddin al-Ayyubi mendisiplinkan  tenteranya agar istiqamah untuk solat  berjemaah di masjid dan itu menjadi ukuran dalam menyusun barisan tenteranya di medan perang.
 
Begitu juga Sultan Muhammad al-Fatih (raja  yang baik), membebas kota Konstantinopel.  Baginda begitu prihatin tentang solat  berjemaah dirinya dan juga barisan tentera tentera yang baik). Inilah rahsia kemenangan  Islam, yakni mendapat bantuan Allah apabila  pejuang Islam mengutamakan apa yang Allah mutamakan.
 
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Jika  kamu menolong agama Allah, maka Dia pasti  akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”  (Surah Muhammad 47: 7)
 
Waktu Subuh juga dipilih oleh para sahabat  untuk pelantikan khalifah bagi memimpin umat  Islam. Sayidina Umar al-Khattab misalnya,  dilantik menjadi pengganti Sayidina Abu Bakar  selepas solat Subuh di masjid Nabawi. Ini  bermakna, sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang utama yakni golongan Ah! al-Hal wa  al-‘Aqd (dewan perwakilan yang paling tinggi)
terdiri daripada mereka yang konsisten solat  Subuh berjemaah di masjid.
 
Mencari Kekuatan Melalui Solat Subuh
 
Mengapa hakikat ini tidak diambil kira oleh  umat Islam dan para pemimpinnya dalam agenda  memperkasa ummah? Mengapakah panduan yang  datang daripada Allah dan Rasulullah s.a.w.  ini terus dipandang sepi?
 
Padahal Imam Malik telah mengingatkan bahawa usaha pembaikan umat kali kedua tidak akan dapat dijayakan tanpa menggunakan kaedah yang  telah membaiki umat yang pertama. Maksudnya,  jika Rasulullah s.a.w. dan para sahabat berjaya kerana mereka benar-benar  mengutamakan solat Subuh berjemaah, maka kita juga mesti mengutamakannya jika inginkan  kejayaan seperti mereka. Carilah kekuatan di sebalik solat Subuh.  InsyaAllah,mumat yang menjaga solat Subuh  akan teguh. Sesungguhnya rahsia kekuatan  ummah ada pada solat Subuhberjemaah!
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

rahsia subuh,keajaiban subuh,solat subuh
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment